Firm’s Demand on the Information and Communication Technology Industry Workforce in Malaysia

Nur Atiqah Abdullah, Ahmad Khairy Ahmad Domil, Nik Mutasim Nik Ab Rahman

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permintaan firma terhadap tenaga kerja yang berkemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam industri ICT di Malaysia. Data diperolehi menerusi borang soal selidik yang dihantar secara pos kepada pengurus sumber manusia atau pengurus atasan syarikat. Sebanyak 138 orang responden telah memberikan respon. Hasil kajian menunjukkan permintaan terhadap pekerja ICT berbeza mengikut saiz firma dan kategori pekerjaan ICT. Beberapa kesukaran yang dihadapi oleh responden turut dapat dikenal pasti. Mengambil pekerja dengan kemahiran yang dikehendaki didapati adalah lebih sukar berbanding mengambil calon yang berpengalaman dan mempunyai personaliti yang berkualiti. Hasil kajian ini turut mendapati saiz firma mempunyai hubungan yang signifikan dengan permintaan tenaga kerja ICT. Seterusnya, implikasi kajian kepada pihak yang terlibat dalam penawaran sumber manusia dipasaran buruh turut dibincangkan bagi mengatasi masalah mismatch dan memenuhi keperluan gunatenaga ICT dalam negara pada masa hadapan.


Keywords


Tenaga kerja ICT; permintaan firma; pengurusan sumber manusia; industri ICT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my