The Framework for IT Auditing Procedures

Noorhidawati Abdullah, Ibrahim Mohamed, Abdul Razak Hamdan, Khairuddin Omar

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu kerangka kerja pengauditan teknologi maklumat (TM) bagi kawalan keselamatan rangkaian. Kerangka kerja ini mengandungi dua sub-kerangka kerja iaitu sub-kerangka kerja polisi kawalan keselamatan rangkaian yang dinamakan PolisiNet, dan subkerangka kerja tatacara proses pengauditan TM yang dinamakan ProsedurNet. Sebagai sokongan kepada kerangka kerja yang dicadangkan, kajian ini telah membangunkan Sistem Sokongan Keputusan (SSK) Pengauditan TM yang dinamakan AuditNet. AuditNet mengetengahkan penggunaan konsep berasaskan pengetahuan. Ia dibangunkan berdasarkan kepada kerangka kerja tatacara pengauditan TM yang dicadangkan. Sistem AuditNet dibangunkan menggunakan perisian WinProlog versi 4.1 untuk enjin pentadbiran, Visual Basic versi 6.0 untuk antara muka, dan Microsoft Access versi 2000 untuk pangkalan data.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my