Tahap Pemahaman Peribahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Berdasarkan Kesejajaran Model Proses Tiga Serangkai dengan Aras Kemahiran Berfikir

NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF, HASMIDAR HASSAN

Abstract


Pemahaman yang baik terhadap makna peribahasa Melayu membolehkan kecendekiaan orang Melayu diketengahkan kepada masyarakat global. Dalam hal ini, guru menjadi agen utama untuk mengajar generasi muda melalui pendidikan formal. Namun begitu, PdP peribahasa Melayu dilihat hanya berlaku secara literal kerana penjelasan tentang kewajaran pemilihan simbol dan tingkah laku yang dikiaskan dalam peribahasa Melayu tidak dititikberatkan. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti tahap pemahaman makna peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 dan menjelaskan tahap pemahaman tersebut berdasarkan prosedur penginterpretasian metafora dalam Model Hibrid Baharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan 50 orang pelajar Tingkatan 5. Data dikumpulkan untuk menilai pemahaman pelajar terhadap makna peribahasa Melayu dan dianalisis dengan memetakan jawapan pelajar kepada Model Proses Tiga Serangkai (MPTS) serta disejajarkan dengan aras kemahiran berfikir dalam Taksonomi Bloom. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemahaman pelajar terhadap makna peribahasa Melayu berada pada tahap proses metarepresentasi dalam MPTS atau pada aras memahami dalam Taksonomi Bloom. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran berfikir para pelajar masih pada aras rendah kerana mereka tidak dapat memahami dengan jelas perkaitan antara simbol yang menjadi inti peribahasa. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan MPTS mampu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tahap kemahiran berfikir pelajar, seterusnya mencerakin punca kelemahan pemahaman secara empirikal. Penyelidikan ini penting untuk melestarikan akal budi Melayu dengan menekankan aspek pemahaman terhadap simbol dalam peribahasa. Usaha ini akan semakin berimpak apabila kajian lanjutan dijalankan yang menggunakan kaedah visualisasi selari dengan perkembangan kecerdasan buatan bagi memaksimumkan pemahaman makna peribahasa Melayu.


Full Text:

PDF

References


Anderson, L.W., & Krathwohl (Eds.). (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of bloom's taxonomy of educational objectives. Longman.

Asad Mohamed, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Abstraksi objek konkrit dalam peribahasa Melayu; Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Bahasa, 18(2). https://doi.org/10.37052/jb18(2)no1

Asiah Abdul Rahman. (2018). Peribahasa sekolah menengah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2015a). Ensiklopedia bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2015b). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carston, R. (2010). Thoughts and utterances: The pragmatics of explicit communication. Blackwell Publishing.

Eli Aima Shazila, & Julaina Nopiah. (2020). Leksikal ‘ayam’ dalam peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages. https://www.iium.edu.my/media/62584/Leksikal%20Ayam%20dalam%20Peribahasa%20Melayu.pdf

Hamilton, A. W. (1947). Haji’s book of Malayan nursery rhymes. The Australasian Publishing Co.

Hamsiah Juki, & Che Ibrahim Salleh. (2017). Penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan. Mahawangsa, 4(2). http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66195/

Hasmidar Hassan. (2016). Penginterpretasian peribahasa dan hubungannya dengan kemahiran berfikir: Analisis berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 16(1). https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4251/1392

Hasnah Isnon, & Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi guru Bahasa Melayu dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 56-65.

Hishamudin Isam, & Mashetoh Abd Mutalib. (2015). Memahami pemikiran Melayu melalui pembingkaian makna leksis darah dalam peribahasa. Jurnal Melayu, 14(2). https://journalarticle.ukm.my/9455/1/11444-31067-2-PB.pdf

Junaini Kasdan, & Julaina Nopiah. (2021). Padi dalam peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (1). https://journalarticle.ukm.my/16204/1/jatma-2021-0901-06.pdf

Kamus dewan edisi keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ridzuan Md Nazir, & Mary Fatimah Subet. (2024). Sorotan literatur bersistematik: Semantik kognitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa Melayu sekolah menengah, Asia Pacific Journal of Educators and Education, 39(1). https://doi.org/10.21315/apjee2024.39.1.7

Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. (2022). Ayam sebagai rujukan makna inkuisitif berhati-hati, sia-sia dan khianat dalam peribahasa Melayu, Jurnal Kajian Malaysia, 40(1). http://web.usm.my/km/earlyView_May2021/16_KM-OA-06-19-0071.R4.pdf

Nor Hashimah Jalaluddin, (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hasmaliza Hassan dan Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78-90.

Norziana Mat Rabi, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan, & Norfishah Mat Rabi. (2020). Penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam sekolah rendah. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 10(2), 57-67.

Nur Athirah Ariffin, & Faridah Yunus. (2017). Kesediaan guru prasekolah dalam melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pendidikan DiPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017), 147–152.

Nur Fatin Khodri, Tukimat Lihan, Muzneena Ahmad Mustapha, Taherah Mohd Taher, Nurul Atikah Tajul Ariffin, Nur Izzati Abdullah, Nurul Darsani Amat Darbis, Siti Hajar Atiqah Razali, & Shukor Md Nor. (2023). Ramalan kesesuaian habitat rusa sambar (rusa unicolor) di Kompleks Hutan Utama Taman Negara dan sekitarnya. Sains Malaysiana, 52(2). https://pkukmweb.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-51-2-2023/2.pdf

Padmanaban Madawan, Ruhizan Muhammad Yasin, & Mohd Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar kolej matrikulasi terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran. https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/3-15-padmanaban-madawan-ruhizan-muhammad-yasin-mohd-isa-hamzah.pdf

Salinah Jaafar, Huraizah Abd Ghani, & Rohaidah Haron (2018). Perubahan fungsi dan makna peribahasa dalam laman Facebook. Jurnal Komunikasi, 34(2). https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-22

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, & Mohd Mahzan Tamyis. (2012). Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara Kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2, 19–31.

Siti Fatimah Kasmuri, Nurul Ilyana Muhd Adnan, & Siti Nurul Hidayah Abdullah. (2018). Pengetahuan pelajar aliran agama dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terhadap istilah berkaitan Fiqh dan Usul Fiqh: Satu Kajian Awal. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 10(1), 50–65.

Siti Noraisyah Bakeri, & Julaina Nopiah (2021). Falsafah dan akal budi dalam peribahasa Melayu berobjekkan jagung dan nangka: Perspektif Melayu dan Islam. International Young Scholars Journal of Languages, 4(1). https://www.iium.edu.my/media/72210/IYSJL_Falsafah_dan_Akal_budi_dalam_Peribahasa_Melayu_Berobjekkan.pdf

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognitive (2nd ed.). Wiley-Blackwell.

Stöver, H. (2010). Metaphor and relevance theory: A new hybrid model. (Tesis doktor falsafah, University of Bedfordshire). https://uobrep.openrepository.com/handle/10547/145619

Tenas Effendy. (2010). Kearifan pemikiran Melayu. Penerbit Yayasan Tenas Effendy.

Tendahl, M. (2008). A hybrid theory of metaphors: Relevance theory and cognitive linguistic. (Tesis Doktor Falsafah, Universiti of Dortmund).

Tuan Rahayu Tuan Lasan, Mohd Aderi Che Noh, & Mohd Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 15–28.

Wan Nazira Wan Jaafar. (2015). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pemahaman puisi dan prosa komponen sastera Bahasa Melayu. (Projek Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia).

Za’ba. (2002). Ilmu mengarang Melayu: Edisi ejaan rumi baharu dengan pengenalan oleh Asmah haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Peribahasa Melayu: Penelitian makna dan nilai. Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.