Penyiasatan Kesalahan Pelanggaran Fatwa dalam Media Sosial: Implikasi Terhadap Penguatkuasaan dan Masyarakat di Malaysia

Mohamad Azhan Yahya, Mohd. Kamel Mat Salleh, Suhaizad Saifuddin, Adibah Bahori, Azizah Mat Rashid

Abstract


Kesalahan pelanggaran fatwa dalam talian semakin berleluasa, menyebabkan penyebaran ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan prinsip Islam. Walaupun fatwa yang diwartakan mempunyai implikasi perundangan, cabaran utama dalam penguatkuasaan ialah proses penyiasatan dan pembuktian yang tidak mencukupi. Pihak penguatkuasa agama menghadapi kesukaran dalam mengumpul bukti yang sah dan boleh diterima di mahkamah, terutama apabila kesalahan berlaku di media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis permasalahan dalam proses penyiasatan kesalahan pelanggaran fatwa di media sosial serta impaknya terhadap penguatkuasaan dan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber sekunder seperti buku, artikel, akta, dan enakmen berkaitan perundangan jenayah Syariah. Selain itu, temu bual dengan pengamal undang-undang Syariah dijalankan bagi memperoleh perspektif praktikal mengenai cabaran penguatkuasaan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekangan dalam pendakwaan kes jenayah Syariah dalam talian disebabkan kelemahan dalam penyiasatan, kesahihan bukti elektronik, serta batasan bidang kuasa. Tambahan pula, wujud kekeliruan dalam pengesahan status fatwa yang digazetkan dan lafaz sighah fatwa yang kurang jelas untuk dikuatkuasakan. Bagi menangani isu ini, kajian mencadangkan supaya bidang kuasa dan prosedur penyiasatan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah diperincikan dengan mengambil kira elemen jenayah siber. Selain itu, lafaz sighah fatwa perlu dipinda agar lebih jelas dan mengikat secara perundangan. Penemuan ini diharapkan dapat membantu memperkukuh sistem penguatkuasaan, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepatuhan fatwa, dan mengurangkan kesalahan pelanggaran fatwa di media sosial.

Kata kunci: Pelanggaran fatwa, media sosial, penyiasatan, penguatkuasaan, sighah fatwa


Full Text:

PDF

References


Ahmad Azam Mohd Shariff & Mazupi Abdul Rahman. 2018. Prinsip Syariah Berkaitan Prosedur Siasatan dan Pendakwaan: Khazanah Ilmu Yang Memangkin Perkembangan Perundangan Dalam Masyarakat. AKADEMIKA, 88 (3). pp. 127-135.

Ahmad Yunus Mohd Noor & Asmilyia Mohd Mokhtar. 2021. Sains Tauhidik: Kolaborasi Ilmu antara Al-Qur’an dan Sains Moden. AKADEMIKA, 91 (2). pp. 167-176.

Alias Azhar, & Mohd Shauki Muhammad Baderuddin. 2018. Prosedur Istinbat dan Pewartaan Fatwa Ajaran Sesat di Negeri Kedah: Satu Tinjauan. Journal of Fatwa Management and Research, SeFPIA 2018 Special Edition, 86-99.

Farahwahida Mohd Yusof. 2011. Fatwa, Keberkesanannya Memerangi Ajaran Sesat di Malaysia. Johor: UTM Press.

Hidir Reduan Abdul Rashid. (2022, May 24). Kes ‘Rasul Melayu’: Mahkamah sivil putuskan penahanan Jais tak sah. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/622277

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. (2022). Himpunan Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, & Mohd Zaidi Daud. 2022. Pemerkasaan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah: Ke Arah Penguatkuasaan dan Penyeragaman Standard Sighah Fatwa. Journal of Ifta and Islamic Heritage, 1(1). 88-119.

Mahyudin Daud, & Ahmad Najib Abdullah. (2019). Penginstitusian Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kaifiat Pengeluaran Hukum: Suatu Tinjauan Umum. Al-Basirah, 9(2). 37-51.

Mohamad Azhan Yahya Ahmad Azam Mohd Shariff Fatimah Yusro Hashim. 2021. Keterangan Dokumen Elektronik: Proses Pengumpulannya di Peringkat Pra Perbicaraan dalam Kes Mal Syariah di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 28 JUUM, 67–77.

Mohamad Azhan Yahya, Hammad Mohamad Dahalan & Suhaizad Saifuddin. 2021. Analisis Proses Pengumpulan Keterangan Dokumen Elektronik dalam Kes Jenayah Syariah. ISLĀMIYYĀT 43(Isu Khas): 17 – 28.

Mohd Kamel Mat Salleh, & Mohd Al Adib Samuri. (2020). Autoriti Fatwa & Pendapat Muft dalam Undang-Undang di Malaysia. Selangor: Penerbit UKM.

Mohd Kamel Mat Salleh, Adibah Bahori, & Mohamad Azhan Yahya. 2021. Position of Fatwa in The Constitution: A Legal Analysis. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities 29(24), 2171-2188.

Mohd Sophian, & Akmal Hamdy. 2021. Kesalahan Media Sosial Manual Siasatan dan Pendakwaan. Putrajaya: Jabatan Peguam Negara.

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, and Ahmad Dahlan Salleh & Mohammad Zaini Yahaya. 2020. Seruan melestarikan hubungan sosio-agama melalui pendekatan Fiqh al-Ta'ayush. AKADEMIKA, 90 (2). pp. 149-164.

Muna Hamzan. 2021. Prosedur Pewartaan Fatwa Ajaran Salah Berdasarkan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 dalam Menangani Isu Penyelewangan Akidah di Negeri Kelantan. International Journal of al-Quran and Knowledge 1(2), 26-38.

Norliah Sajuri. 2014. Mekanisme Pewartaan dan Pengutkuasaan Fatwa [Conference session]. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia, Shah Alam, Malaysia.

Nur Ain Mohd Sabirin, Ahmad Azam Mohd Shariff & Mohamad Azhan Yahya. 2024. Penggubalan undang-undang jenayah syariah di Malaysia: analisis ke atas kekaburan bidang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 346-360.

Nur Hazirah Zainal Abidin, Zaini Nasohah & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani. 2024. Penguatkuasaan Kes-kes Kesalahan Berkaitan Akidah di Wilayah Persekutuan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 7(3), 13-28.

Siti Aisyah Abidin i, ‘Ainul Mardhiah Zabidi ii, Siti Izzatulwafa Shamsudiniii, Noor Amalina Mohd Shahiv, Zul-kifli Hussin. 2024. Cabaran Pegawai Penguatkuasa Agama (Ppa) Dalam Menguatkuasakan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Negeri Perak. In International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM (No. 9th, pp. 355-369).

Siti Nurunnajwa Shamsudin, Irwan Mohd Subri & Nuradli Ridzwan Shah Mohd. 2015 Penggunaan Media Baharu Sebagai Wasilah Penyampaian Fatwa Kepada Masyarakat: Kajian Awal Di Negeri Selangor. eProsiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis)

Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Solahuddin Abdul Hami, Kamarudin Ahmad, dan Mohd Akram Dato’ Dahaman@Dahlan. 2018. Kedinamikan Penyampaian Fatwa Negeri-Negeri Di Malaysia: Penilaian Adaptasi Berdasarkan “Kirkpatrick Model Of Evaluation”. Jurnal MANU, 27, 97-116.

Zaini Nasohah & Nur Hazirah Zainal Abidini Nasohah. 2022. Fatwa Authority In Government Institutions In The Federal Territory: Autoriti Fatwa Dalam Institusi Pemerintahan Di Wilayah Persekutuan. Al-Qanatir: International Journal Of Islamic Studies, 27(2), 34-40.

Zanariah Dimon. 2020. Penguatkuasaan Kesalahan Berhubung Fatwa dalam Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Journal of Muwafaqat, 3(1). 116-129.

Zulzaidi Mahmod & Ahmad Hidayat Buang. 2022. Profesionalisme Hakim Syarie Di Mahkamah Syariah Melalui Pemakaian Arahan Amalan Penulisan Teks Alasan Penghakiman. Journal of Fatwa Management and Research, 27(4), 99–125.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.