Peranan Kesejahteraan Keluarga dan Daya Tahan dalam Pengukuhan Keluarga Sandwich (The Role of Family Wellbeing and Resilience in Strengthening Sandwich Families)

Khadijah Alavi, Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad, Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Salina Nen

Abstract


                                                                      ABSTRAK

 

Cabaran yang dihadapi oleh anak dewasa abad ke 21 yang berhadapan dengan generasi sandwich (iaitu kerjaya, menjaga keluarga nuklear dan  ibu bapa tua mereka) kurang dianalisis atau dibincangkan secara meluas. Kesejahteraan, kebahagiaan dan daya tahan keluarga memainkan peranan utama dalam pengukuhan keluarga sandwich. Tujuan utama kajian ini ialah untuk memahami pengalaman peranan kesejahteraan keluarga dan daya tahan dalam kalangan generasi sandwich di Malaysia. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam ke atas 30 orang responden berumur 33-55 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tema utama komponen kesejahteraan generasi sandwich seperti penerimaan tanggungjawab, kebahagiaan, sokongan sosial dan daya tahan. Hampir semua penjaga dalam kalangan keluarga sandwich mengalami pengalaman positif dalam penjagaan warga tua. Penjaga generasi sandwich yang tinggal bersama ibu bapa tua mereka mempunyai hubungan timbal balik dan saling menyokong aktiviti penjagaan informal dalam keluarga dan komuniti. Penekanan nilai kekeluargaan yang utuh dijalinkan secara harmoni sebagai pemangkin dalam konteks penjagaan informal dalam kalangan keluarga sandwich bagi mencapai kesejahteraan keluarga. Generasi sandwich juga menampilkan kebahagiaan dan daya tahan yang tinggi dalam hubungan intergenerasi. Kajian ini juga mencadangkan bahawa kerajaan dan NGO perlu mengambil kira penyampaian perkhidmatan melalui latihan kemahiran penjagaan kepada penjaga dewasa dan memahami kemampuan keluarga untuk bertahan bagi menjamin kelestarian generasi sandwich di masa depan.

 

Kata kunci: Generasi sandwich; kesejahteraan; daya tahan; penjaga; warga tua

 

                                                    ABSTRACT

 

The challenges faced by the twenty-first century’s ‘sandwich generation’ i.e. mid-life adults with responsibilty for their aging parents, are many. These include maintaining a career whilst also balancing commitments to children and parents. Family well-being, happiness and resilience play key roles in strengthening family units in these circumstances yet, they are not widely analyzed or discussed. The main objective of this study is to understand how well-being and resilience are incorporated into family life in ‘sandwich generation’ Malaysian families. It is based on the results of thirty in-depth interviews of respondents aged 33-55 years. The study’s findings indicate that several major factors affect the well-being of sandwich families. These include: acceptance of responsibility, happiness, social support and resilience. For instance, almost all the respondents had positive experiences in caring for the elderly. Our sandwich generation caregivers who live with their elderly parents experience a relationship of reciprocity, whereby support is offered to the whole family in terms of informal care in both family and community. In this context, family values are interwoven harmoniously with parental and childcare responsibilities, serving as a catalyst for achieving family well-being. Our respondents also express a high level of happiness and resilience in their intergenerational relationships. This study concludes by suggesting that governments and NGOs should consider offering training in the skills necessary for adult caregivers, to better equip sandwich generation families to deal with challenges, and to ensure the sustainability of sandwich generation families in the future.

 

Keywords: sandwich generation; well-being; resilient; caregiver; aging



DOI: http://dx.doi.org/10.17576/akad-8501-03


Full Text:

PDF

References


Andrew, P. 2007. The sandwich generation. Australia: McCrindle Research, ABS, NATSEM Income and Wealth.

Braithwaite, V. 1992. Caregiving burden: making the concept scientifically useful and policy relevant. Research on Aging 14(1): 3-27.

Khadijah Alavi & Rahim M. Sail 2010. Peranan wanita Melayu Malaysia dalam proses penjagaan warga tua: Dilema dan cabaran era globalisasi. Jurnal Kajian Malaysia 28(2): 71-105.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 2004. Laporan kajian penduduk dan keluarga Malaysia 2004. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kuala Lumpur: Penerbit LPPKN, KPWKM.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 2013. Laporan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2011. Kuala Lumpur: Penerbit LPPKN, KPWKM.

Lyubomirsky, S., Boehm, J. K., Kasri, F. & Zehm, K. 2011. The cognitive and hedonic costs of dwelling on achievement-related negative experiences: Implications for enduring happiness and unhappiness.

Emotion 11(5): 1152-1167.

Martire, L. M., & Stephens, M. A. P. (2003). Juggling parent care and employment responsibilities: The dilemmas of adult daughter caregivers in the work force. Sex Roles: A Journal of Research 48(3-4): 167-173.

Mohd Taib Osman. 1989. Masyarakat Melayu: Struktur, organisasi dan manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mui, A. C. 1992. Caregiver strain among black and white daughter caregivers: a role theory perspective. The Gerontologist 32(2): 203-212.

Norehan Abdullah & Nor’Aznin Abu Bakar. 2011. The Causal Relationship between Fertility and Women Labor Force Participation: Evidence for the Four Selected ASEAN Countries. European Journal of Social Sciences 26

(2): 154-158.

Noor Rahamah Hj Abu Bakar. 2013. Masa kerja fleksibel dalam sektor formal di Bandar: Mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Akademika 83(1): 77-80.

Pinquart, M., & Sorensen, S. 2003. Associations of stressors and uplifts of caregiving with caregiver burden and depressive mood: A meta-analysis. Journals of Gerontology: sychological and Social Sciences 58B(2): 112–P128.

Syed Abdul Razak Syed Mahadi dan Mustafa Omar. 2007. Pengalaman perubahan keluarga dan tingkat fertility di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia: Satu analisis dari aspek demografi. Jurnal Penyelidikan Borneo 1(1): 55-76.

Rahimah Abdul Aziz. 2000. Kepentingan perancangan penjagaan warga tua. Dlm. Warga Tua Isu dan Fenomena, disunting oleh Abdul Aziz

Jemain, Rahimah Abdul Aziz & Lukman Z. Mohamad, 179. Bangi :

Penerbit UKM.

Ritchie, J. & Lewis, J. 2003. Qualitative research practice: A guide for social science students and researchers. London: Sage Publications.

Ross, L., Holliman, D., & Dixon, D. R. 2003. Resiliency in family caregivers: Implications for social work practice. Journal of Gerontological Social Work 40(3): 81-96.

Ruhaini Hj Zawawi. 2013. Active aging in Malaysia. Paper presented at the second meeting of the committee on international cooperation on active aging, ASEAN-Japan, 19 July 2013,Tokyo, Japan.

Tey Nai Peng. 2007. Trends in delayed and non-marriage in Peninsular Malaysia. Asian Population Studies 3(3): 243-261

Walsh F. 1998. Strengthening Family Resilience. Guilford Press, NewYork: London.

Walsh, F. 2003. Family resilience: Strengths forged through adversity. In Normal Family Processes, edited by Froma Walsh, 399-421. New York: The Guilford Press.

Windle, G. 2011. What is resilience? A review and concept analysis. Reviews in Clinical Gerontology 21(2): 152-169.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694