Pemetaan Inventori Kepustakaan Ilmu Tradisional dalam Kesusasteraan Melayu

salmahjan binti Noor

Abstract


Kepustakaan ilmu tradisional adalah genre yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada 1993, Harun Mat Piah bersama-sama rakan penyelidik memperkenalkan sepuluh inventori utama dalam inventori ini. Himpunan ilmu yang diperoleh daripada manuskrip Melayu membuktikan keabsahan keintelektualan yang dimiliki oleh masyarakat zaman silam. Namun demikian, terdapat permasalahan yang timbul apabila berlakunya isu pertindanan inventori dengan inventori lain berdasarkan perbincangan kajian lepas.  Permasalahan lain ialah terdapatnya ilmu lain yang penting dan membawa kemaslahatan kepada masyarakat tetapi tidak tersenarai dalam genre ini. Hal ini menyebabkan skop perbincangan ilmu tradisional tidak berkembang sedangkan manuskrip Melayu mengandungi kepelbagaian ilmu yang menyentuh pelbagai bidang. Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, makalah ini bertujuan untuk melakukan pemetaan semula inventori kepustakaan ilmu tradisional terlibat dan seterusnya mengenal pasti dan menghuraikan pemetaan inventori ilmu baharu dalam kepustakaan ilmu tradisional. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks.  Makalah ini berhasil mencapai objektifnya dengan melakukan pemetaan semula dengan menyesuaikan nama dan konsep inventori yang sesuai dan pemetaan inventori ilmu baharu dikenal pasti dalam genre kepustakaan ilmu tradisional.  Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak satu inventori ilmu tradisional yang dipetakan semula dan tiga inventori ilmu baharu dalam senarai kepustakaan ilmu tradisional. Dengan adanya penulisan ini, akan dapat membantu memberi pemahaman komprehensif dan dapat dijadikan sumber rujukan kepada khalayak yang memfokuskan pengkajian dalam bidang ini.

Full Text:

PDF

References


Abdul Ghani Hussain. 2015. MSS 2999 Kitab Tib: Pandangan Dan Tafsifran Perubatan Moden Terhadap Manuskrip Perubatan Melayu. Kepong: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

Abdullah Mohamed. 1991. Akademi Seni Tengku Temenggung: Satu Aspek dari Sejarah Sosial Kelantan 1879-1935 .dlm Warisan Kelantan 10. hlm 26-108

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Arba’iyah Mohd Noor. 2014. Menyingkap Ilmu Perubatan Melayu Menerusi Beberapa Manuskrip Terpilih. Jurnal Sejarah 23(1), 21-44.

Braginsky V.I. 1994. Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Nurul Wahidah Binti Fauzi. 2012. Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Jurnal Al-Tamaddun 7(1): 149-162.

Filzah Ibrahim, Nor Farhana Che Mat, Wan Norasikin Wan Ismail dan Muhammad Firdaus bin Hamdan. 2018. Kearifan Tempatan Dalam Kosa Kata Persenjataan Melalui Kajian Manuskrip MS 31: Suatu Pengenalan. AIJLLS 2 (5):115-135.

Gagne, R. 1985. The Conditions of Learning. 4th Ed. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Gallop, Annabel. 1994. The Legacy of the Malay Letter: Warisan Warkah Melayu. London: The British Library, from the National Archives of Malaysia.

Harun Mat Piah dan Naseer Sobree. 2019. Seksologi: Ilmu Perkasihan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad. 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional ( Edisi Kedua) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional (Siri Lestari Sastera). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. 2012. Kitab Tib Sebagai Wadah Ilmu Dan Kearifan Melayu. Kertas yang dibentangkan dalam Wacana Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Harun Mat Piah. 2014. Ilmu Perkasihan (Seksologi) Melayu Tradisional: Satu pembicaraan awal. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu. Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Harun Mat Piah. 2015. Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama. International Journal of the Malay World and Civilisation 3(3): 3-17.

Harun Mat Piah. 2016. Sumber Perbahanan Dalam Ilmu Perkasihan Melayu Tradisional. Kertas Kerja dibentangkan dalam Wacana Manuskrip Melayu pada 19-20 April 2016. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Hilmi Ibrahim. 1991. Leisure and Islam. Leisure Studies 1(2):197-210.

Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu, Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Jelani Harun. 2018. Riadah dalam Hikayat Misa Melayu. Dewan Sastera 8: 45-47.

K.H Choer Affandi. 2007. La Tahzan Innallaha Ma’ana: Bersama Allah di setiap Tempat dan Waktu. Bandung: Pt Mizan Pustaka.

Kamus Dewan (Edisi keempat). 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Katalog Manuskrip Melayu. 2000. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Tambahan Pertama. 2001. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Tambahan Ketiga. 2003. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Khairul Zainie Jasni dan Salmah Jan Noor Muhammad. 2022. Aktiviti Riadah Kesultanan Melayu Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa Berdasarkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu. International Journal of the Malay World and Civilisation 10(2): 27 - 32.

Kitab Tib (MSS 686), Perpustakaan Negara Malaysia.

Mashitah Sulaiman, Mohd Nazir Ahmad, Suhailiza Md Hamdani, Muhammad Khairi Mahyuddin. 2021. Manuskrip Melayu Islam Sebagai Warisan Kearifan Tempatan: Isu Dan Prospek Masa Depan. Dlm. Humane Leadership And Da’wah For Sustainable Future Of Ummah: E-Proceedings Of The International Conference On Da’wah And Islamic Management, ed. Mohd Faridh Hafez Mohd Omar, Ishaq Ibrahim Ahmad Bani Melhem, Ali Nasser Ali Al-Tahitah, dan Abdul Rahim Zumra, 1-37. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Affendi Mohd Shafri. 2020. Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu. Kajang: Akademi Jawi Malaysia.

Mohd Hafiz Ismail. 2020. Kes Perceraian Di Malaysia Rekodkan Peningkatan Luar Biasa. https://www.sinarharian.com.my/article/116749/berita/nasional/kes-perceraian-di-malaysia-rekodkan-peningkatan-luar-biasa (Telah diakses 19 November 2022).

Mohd Yusof Abdullah. 2017. Ilmu Kelautan, Perahu Dan Pelayaran Melayu Terengganu. https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/pdf%20file/PKMM/ILMU%20KELAUTAN%20PERAHU%20DAN%20PELAYARAN%20MELAYU%20TERENGGANU.pdf (Telah diakses pada 20 Februari 2024).

Mohd. Jamil Al-Sufri. 2002. Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara.

Muhammad Haji Salleh. 2006. Puitika Sastera Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Marwan Mohd Tanos, Zahir Ahmad, Nik Safiah Karim. 2018. MSS 2926 Petua Memasak: Penelitian Awal Terhadap Ilmu Kulinari Melayu Tradisional. Jurnal Filologi 26: 17-41.

Muhammad Nasiruddin bin Mohd Sobri. 2019. Ilmu Perkasihan Sebagai Salah Satu Cabang Perubatan Melayu. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam program Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu pada 16 Oktober 2019 di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Nazarudin Zainun. 2015. Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nik Muhammad Lokhman Hashim. 2018. Tanggapan Masyarakat Kota Baharu terhadap Aktiviti Riadah di Gua Ikan, Dabong. Kota Samarahan:Universiti Malaysia Sarawak.

Nor Che Mat Farhana, Filzah Ibrahim dan Rusmadi Baharudin. 2019. Budaya Literasi Masyarakat Melayu melalui Kajian Manuskrip Ilmu Bedil. Manuskripta 9(1): 137-167.

Nudra Shafini Halis Azhan, Mohd Zariat Abdul Rani dan Salmah Jan Noor Muhammad. 2021. Kesusasteraan Melayu dan “novel persuratan”: Satu pengamatan kritis tentang sambutan terhadap Pujangga Melayu. KEMANUSIAAN the Asian Journal of Humanities 28(1): 73–97.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, https://prpm.dbp.gov.my (Telah diakses 04 Januari 2024).

Raja Ali Haji Raja Haji Ahmad. 1892. Bustan al-Katibin.

Salmah Jan Noor Muhammad. 2018. Ilmu Diplomatik Melayu Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Hawa Haji Salleh. 2002. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Salleh (Penyl.). 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya.

Teuku Iskandar. 1999. Catalogue of Malay, Minangkabau, and South Sumatran Manuscripts in the Netherlands. Leiden: Documentatiebureau Islam-Christendom

Tuty Haryanti Ahmad Rodzi. 2022. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/937674/selangor-johor-catat-kes-cerai-paling-tinggi (Telah diakses 19 Januari 2024).

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah dan Siti Radziah Mustafa. 2014. Manuskrip Ilmu Bedil Sebagai Sumber Etnosejarah Teknologi Senjata Api Melayu. KEMANUSIAAN the Asian Journal of Humanities 21(1): 53-71.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Eizah Mat Hussain dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. 2021. Teks Ubat Bedil: Pengetahuan Tekstual Tentang Ubat Bedil Melayu. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 32(2), 134–147.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. 2013. Pengetahuan dan teknologi Melayu berhubung penggunaan senjata api: Analisis Naskhah Ilmu Bedil. Disertasi Master. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. 2015. Kepustakaan Ilmu Tradisional: Sumbangan Naskhah-naskhah Ilmu Bedil Melayu. Jurnal Elektronik Wacana Etnik 5(1) DOI : 10.25077/we.v5.i1.56.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. 2019. Istinggar Dalam Manuskrip Melayu: Tradisi Ilmu Dan Teknologi Minangkabau. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Wacana Manuskrip Melayu Siri 1. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694