Usahawan Cina dalam sektor kecil dan sederhana di Semenanjung Malaysia: modenisasi dalam perniagaan keluarga Cina

CHIN YEE WHAH (Universiti Sains Malaysia, ywchin@usm.my)

Abstract


Artikel ini membincangkan interaksi antara budaya dengan keusahawanan di kalangan etnik Cina di Malaysia. Analisis makro-sejarah menunjukkan usahawan Cina bersikap rasional dan pragmatis dalam zaman kolonial, zaman kemerdekaan, zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan zaman pasca DEB di Malaysia. Kajian di peringkat mikro-aktor melalui temu bual dengan 21 orang usahawan Cina pula mendapati nilai-nilai Konfusianisme seperti filial piety atau kesetiaan, kehematan, kerajinan dan kesungguhan telah menyumbang kepada kejayaan usahawan Cina pada peringkat mengasaskan perniagaan mereka. Namun, untuk mengembangkan syarikat mereka usahawan Cina telah bertindak secara rasional dan pragmatis memodenkan perniagaan keluarga dengan menolak cara perniagaan lama, memanfaatkan sistem pengurusan Barat dan Jepun untuk melakukan inovasi dan meningkatkan daya saing. Semua ini menandakan satu perubahan daripada perniagaan keluarga kepada perniagaan melampui lingkungan keluarga dan juga melampaui batasan etnik Cina sendiri.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694