Model Keluarga Sejahtera daripada Refleksi terhadap Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman

Jamiah Manap

Abstract


 

ABSTRAK 

Keluarga sejahtera tunjang kemakmuran negara. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Keluarga Sejahtera berasaskan Surah al-Waqiah dan Surah ar-Rahman bagi mengukuhkan lagi institusi keluarga. Metodologi penyelidikan yang digunakan melibatkan analisis tematik terhadap Surah al-Waqiah dan surah ar-Rahman, pengesahan empat orang pakar bidang, dan analisis deskriptif daripada 95 responden kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM2113). Kajian mendapati lima elemen utama yang membentuk model kesejahteraan keluarga, iaitu kebahagiaan, kualiti peribadi, komunikasi positif, kediaman sejahtera, serta keselamatan dan jaminan makanan. Kesemua pakar telah bersetuju dengan model yang dibangunkan. Manakala kajian deskriptif turut menyokong pandangan pakar. Impaknya, model ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada garis panduan untuk membina dan mengukuhkan kesejahteraan dan kelestarian keluarga di Malaysia.

Kata Kunci: Kesejahteraan Keluarga, Kualiti Peribadi, Kebahagiaan, Komunikasi Positif, Psikologi Pendidikan Islam.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Dahlan, R. & Hamzah, M. I. (2003). Punca pengabaian warga emas di Malaysia, QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3 (4): 29-36.

Farmanullah, Khan, S., Shah, B., Ali, S., & Alam, N. (2023). A comparative study of the emergence and development of sects in five major world religions: A historical overview. Journal of Positive School Psychology, 7 (1): 1771-1780.

Habibie, H. (2022). Konsep kekekalan akhirat: Komparasi eskatologi Islam dan Kristen. Media SINTHOP, Kajian Pendidikan, Agama, Sosial dan Budaya. 1 (1): 18-35. doi: https://doi.org/10.22373/sinthop.v1i1.2337

Mansur, S. & Mat Hussin, M. N., (2023). Perceraian bagi perkahwinan yang berusia kurang dari tempoh satu tahun di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Journal of Syariah Law Research, 8 (1): 33-70.

Mokhtar, S., Thia, K., Esa, M. S., Ahmad, M. K. L., Adam, S. D. S., & Pullong, A. (2023). Hak persaudaraan dan persahabatan menurut perspektif Islam: Satu tinjauan awal. International Journal of Law, Government and Communication, 8 (32), 292-308.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, (2023). Bayan Linnas Siri ke-139: Al-Quran kalamullah yang mukjizat. Dilihat pada 7 September 2023. https://muftiwp.gov.my/ms/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-al-quran-kalamullah-yang-mukjizat

Santoso, B. (2023). Filsafat Kesadaran Manusia. Jakarta Selatan, Lembaga Penerbitan Universitas Nasional, LPU-UNAS.

Saraswati, I. A. G. A., & Paramita, I. G. A. Konsep syurga, neraka dan moksa dalam kakawin candra bairawa, (2016). Dharmasmrti, Jurnal Ilmu Agama dan Kebudayaan, 15 (28). doi: https://doi.org/10.32795/ds.v15i28.58

Stewart P. (2007). Who is kin? Journal of Human Behavior in the Social Environment, 15(2/3), 163-181.

Utami, D. P. (2023). Problem Pemenuhan Hak Dan Kewajiban Menjadi Factor Penyebab Perselingkuhan Di Kalangan Suami Isteri Yang Bekerja Di Luar Negeri (Studi di Desa Waru Kidul Kecamatan Purwodadi Kabupaten Grobangan), Tesis Sarjana Hukum, Fakultas Syariah, Universiti Islam Negeri (UIN) Raden Mas Said Surakarta.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694