Pemerian Akustik Plosif Bahasa Iban Berasaskan Kaedah Analisis Spektrograf

Shahidi A.H., Shirley Langgau, Norhaniza Abdul Khairi, Rahim Aman

Abstract


Makalah ini meneliti realisasi fonetik bunyi plosif bahasa Iban. Ujian Pengujaran melibatkan seramai 41 orang penutur natif berbangsa Iban. Penelitian ini menggunakan pendekatan fonetik akustik iaitu analisis spektrograf ciri-ciri akustik plosif bahasa Iban yang hadir di posisi awal kata. Hasil analisis akustik menyerlahkan realisasi fonetik yang dimiliki oleh plosif tak bersuara dan plosif bersuara bahasa Iban. Dapatan menunjukkan bahawa bunyi plosif bahasa Iban berada dalam kelompok bahasa yang memiliki Masa Mula Suara (VOT) bercirikan Penyuaraan Tertunda Singkat (SVL) bagi plosif tak bersuara dan Penyuaraan Awalan (VLd) bagi plosif bersuara. Penelitian ini  mendapati VOT mampu menjadi isyarat akustik yang kompeten menyerlahkan ciri-ciri akustik setiap plosif yang diteliti. Data spektrogram menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi bahasa secara spesifik dan menjadi bukti sahih dalam menjelaskan ciri-ciri bunyi kajian. Perbezaan kontras penyuaraan antara plosif tak bersuara dengan plosif bersuara ditentukan dengan kehadiran Transient Burst Of Noise dan palang suara yang menentukan sama ada VOT berkenaan bercirikan positif ataupun negatif. Kajian yang melibatkan bunyi bahasa Iban harus mempertimbangkan fonetik akustik sebagai satu pendekatan kajian kerana pendekatan seperti ini lebih bersifat saintifik dalam meneliti serta memerihalkan isu atau permasalahan yang timbul dalam kosa ilmu.

Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar & Roseline Sandai. 2012. Fonologi Bahasa Iban/Fonologi Jaku Iban. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Badrulzaman A. H. 2016. Analisis Kontras Penyuaraan Bunyi Plosif Kanak-Kanak Melayu Berasaskan Pendekatan Fonetik Akustik. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Badrulzaman A. H., Hasherah Mohd. Ibrahim, & Nuraini Farhana Leria. 2020. Analisis pola Masa Mula Suara konsonan plosif bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penutur Mandarin dewasa. GEMA Online Journal of Language Studies, 20(4), 55-73.

Boersma, P. & Weenink, D. 1992. http://www.fon.hum.uva.nl/PRAAT/.

Chemaline Osup. 2015. Bahasa etnik Iban di Sarawak. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 3(1), 100-113.

Cho & Ladefoged. 1999. Variation and universals in VOT: Evidence from 18 languages. Journal of Phonetics, 27(2): 207-229.

Crystal, D. 2008. A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Edisi ke-6. Malden: Blackwell Publisher.

Docherty, G.J. 1992. The Timing of Voicing in British English Obstruents. Berlin: Foris Publications.

Henton, C., Ladefoged, P. & Maddieson, I. 1992. Stops in the world’s language. Phonetica, 49(2): 65-101.

Ismail Jusoh. 1991. Kajian bandingan fonologi bahasa Melayu dan Bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa, 35(2): 146-172.

Kent, R.D. & Read, C. 2002. The Acoustic Analysis of Speech. United Kingdom: Singular Thomson Learning.

Ladefoged, P. 2003. Phonetic Data Analysis: An introduction to fieldwork and instrumental techniques. N.P: Blackwell Publishers Inc.

Majdan Paharal Radzi. 2020. Pemerian Akustik Bunyi-Bunyi Faringealisasi Bahasa Arab Yang Diujarkan Oleh Penutur Natif Melayu. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mardian Shah Omar. 2010. Persoalan dan Permasalahan Fonologi Hentian Glotis Bahasa Melayu: Penjelasan dari Sudut Fonetik Akustik. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, & Remmy Gedat. 2018. Penggunaan Eufemisme dalam kalangan penutur Iban. International Journal of Language Education and Applied Linguistic, 8(1): 27-40.

Mohammed Azlan Mis. 2012. Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: Kajian lingua franca. Gema Online Journal of Language Studies, 12(3), 903-922.

Norhaniza Abdul Khairi & Shahidi. A. H. 2019. Realisasi masa mula suara bunyi plosif dalam penghasilan bahasa ibunda dan bahasa Melayu oleh penutur lelaki Itali. Dlm. Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Hlm 82-86. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Norhaniza Abdul Khairi, Shahidi A.H., & Rahim Aman. 2021. Realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif awal kata dialek Melayu Patani Lenggong. Jurnal Melayu, 20(1), 126-141.

Padang Luna & Chemaline Osup. 2011. Fonologi Jaku Iban: Malin nembiak enggau pengajar. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

Paitoon, M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahim Aman. 2006. Perbandingan Fonologi dan Morfologi Bahasa Iban, Kantuk dan Mualang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahim Aman. 2007. Lingustik Sejarah. Edisi ke-2. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman (pnyt.). dlm. Lingustik Melayu. Hlm 144-161. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahim Aman, Muhammad Nur Latif & Shahidi A. H. 2018. Lingustik Bandingan Bahasa Iban. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raphael, L.J., Borden, G.J. & Harris, K.S. 2011. Speech Science Primer: Physiology, acoustics and perception of speech. Edisi ke-6. Philadelphia: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins.

Rohani Mohd Yusof. 2003. Perkaitan bahasa Melayu dan Bahasa Iban: Satu tinjauan ringkas. Jurnal Bahasa, 3(3): 457-477.

Simon, E. 2010. Voicing In Contrast: Acquiring a second language laryngeal system. Gent: Academia Press.

Shaharina Mokhtar. 2013. Realisasi Fonetik Bunyi Vokal dalam Pertuturan Bahasa Melayu Oleh Penutur Melayu dan Asing: Pencerakinan Berasaskan Pendekatan Fonetik Akustik. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaharina Mokhtar, Shahidi A. H., & Badrulzaman A. H. 2014. Analisis frekuensi asas (F0) bunyi vokal bahasa Melayu: Pencerakinan berdasarkan fonetik akustik. Jurnal Bahasa. 14(2), 289-300.

Shahidi, A.H. 1999. Mekanisme berbahasa manusia: Penelitian ringkas terhadap penanda akustik dalam gelombang bunyi bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 43(1), 72-81.

Shahidi, A.H. 2000. Analisis fonologi Bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa, 44(4): 434-444.

Shahidi, A.H. 2010. An acoustic and perceptual analysis of the phonetic properties of Malay English in comparison to those of Malay. Tesis Dr. Fal, Speech and Language Sciences Section, University of Newcastle upon Tyne, UK.

Shahidi A.H., Shirley Langgau & Rahim Aman. 2015. Pola pertembungan bahasa dalam komunikasi berbahasa Melayu oleh penutur natif Iban. Jurnal Komunikasi, 31(2), 585-599.

Shahidi A.H., Ain Atiqah Latiff, Muhammad Faiz Fauzi, & Riduan Makhtar. 2020. Penelitian akustik dialek Kedah. Jurnal Melayu, Isu Khas Disember, 577-594.

Shahidi A.H, & Mumad CheLaeh. 2020. Pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani. GEMA online Journal of Language Studies, 20(3), 181-198.

Shirley Langgau. 2014. Pertuturan Bahasa Melayu (Bahasa Kedua) Oleh Penutur Iban: Satu Kajian Fonetik Akustik. Tesis Sarjana Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teoh Boon Seng. 1988. Nasalisasi vokal di dalam kata-kata reduplikasi, dan kata-kata pinjaman Melayu: Satu penjelasan fungsi, artikulatori dan fisiologi. Jurnal Dewan Bahasa, 32(8), 593-598.

Zahariah Pilus. 2002. Second Language Speech: Production and Perception of Voicing Contrasts in Word Final Obstruents by Malay Speakers of English. Tesis Dr. Fal. University Of Winconsin-Madison.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694