Manfaat daripada Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan di Daerah Song, Sarawak

Chin Hoe Kwok (Universiti Malaya, kwokchinhoe@yahoo.com), Haris Abd Wahab (Universiti Malaya, haris@um.edu.my)

Abstract


(Benefits of Poverty Eradication Program Implementation in the District of Song, Sarawak)

Community involvement is one of the approaches that have gained public attention especially in bringing success to the community development programs. The concern to involve communities in the development arises from the discovery that community involvement is an essential element in the development process and is the key to community development projects. One of the involvement aspects that should be given attention is the involvement in sharing the benefits. If there is the absence of any form of benefits or virtues that can be enjoyed by the local community, as a result of their involvement in the programs, then their involvement would be meaningless. In this regard, this study aims to identify the involvement of the Iban community in sharing the benefits from programs under the People’s Welfare Development Scheme or Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). A total of 260 Heads of Households (KIR) of the Iban community from the long houses have been interviewed using structured questionnaires. Findings of the study show that almost all KIRs in the long houses have received at least one benefit from the programs implemented under SPKR at their places. However, it is found that most of the KIRs who were involved in the sharing of activities and programs under SPKR indicated that they did not receive any facility in terms of crop’s seeds or livestock, fertilizers or livestock feeds, and marketing of their produce as well as advisory services provided under that scheme. A number of the KIRs stated that they did not receive social benefits from participating in activities such as excursion, knowledge-enhancing skill improvement and training, as well as courses and workshops conducted under SPKR.

Keywords: Involvement; community involvement; poverty; poverty eradication; Iban community

ABSTRAK

Penyertaan komuniti adalah antara pendekatan yang telah mendapat perhatian umum khususnya dalam menjayakan program berbentuk pembangunan komuniti. Keprihatinan untuk melibatkan komuniti dalam pembangunan timbul berikutan penemuan bahawa penyertaan komuniti merupakan elemen penting dalam proses pembangunan dan merupakan kunci kejayaan kepada projek-projek pembangunan komuniti. Salah satu aspek penyertaan yang harus diberi perhatian adalah penyertaan dalam berkongsi manfaat. Sekiranya tidak wujud sebarang bentuk manfaat atau faedah yang dinikmati oleh komuniti setempat hasil daripada penyertaan dalam projek yang diadakan, maka penyertaan mereka itu tidak bermakna. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan manfaat oleh komuniti Iban dalam pelaksanaan program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Seramai 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang telah ditemu selidik menggunakan borang soal selidik. Penemuan kajian menunjukkan hampir kesemua KIR di rumah panjang telah menerima sekurang-kurangnya satu manfaat daripada program di bawah SPKR yang dilaksanakan di tempat mereka. Walau bagaimanapun, didapati sebahagian besar daripada KIR yang telah terlibat dalam berkongsi manfaat aktiviti dan program di bawah SPKR memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang kemudahan dari segi benih tanaman atau ternakan, baja atau makanan ternakan, perkhidmatan pemasaran serta khidmat nasihat yang disediakan di bawah skim tersebut. Ramai juga bilangan KIR yang menyatakan mereka tidak menerima faedah sosial seperti menyertai aktiviti lawatan, meningkatkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta menyertai latihan, kursus dan bengkel yang dilaksanakan di bawah SPKR.

Kata kunci: Penyertaan; penyertaan komuniti; kemiskinan; pembasmian kemiskinan; komuniti Iban


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Embong. 2007. Pembangunan Negara, Komuniti dan Insan Melampaui 2020. Bangi: Institut Kajian dan Antarabangsa.

Arnstein, S. 1969. A ladder of citizen participation. Journal of the American Institute of Planners 35(4): 216-224.

Asnarulkhadi Abu Samah. 1988. KEMAS, pembangunan komuniti dan kemiskinan: Satu kajian kes di Daerah Jasin, Melaka. Disertasi Ijazah Sarjana Falsafah, Universiti Malaya.

Asnarulkhadi Abu Samah & Aref, F. 2011. The theoretical and conceptual framework and application of community empowerment and involvement in processes of community development in Malaysia. Journal of American Science 7(2): 186-195.

Awortwi, N. 2013. The riddle of community development: Factors influencing involvement and management in twenty-nine African and Latin American community. Community Development Journal 48(1): 89-104.

Bowen, G. A. 2008. An analysis of citizen involvement in anti-poverty programmes. Community Development Journal 43(1): 65-78.

Brian, F. B. & Oscar, H. 1975-1976. Helping committee members become more active. Journal of Extension 14(1): 16-22.

Brokensha, D. & Hodge, P. 1969. Community Development: An Interpretation. California: Chandler Publishing.

Cohen, J. & Uphoff, N. T. 1977. Rural Development Involvement: Concepts and Measures for Project Design, Implementation and Evaluation. New York: Cornell University Ithaca.

Cornwall, A. 2008. Unpacking involvement: model, meaning and practices. Community Development Journal 43(3): 269-283.

Edward, A. D. & Jones, D. G. 1976.Community and Community Development. The Hague: Mouton.

Haris Abd. Wahab. 2007. Penyertaan Masyarakat Tani dalam Pembangunan Komuniti. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Haris Abd. Wahab & Abd. Hadi Zakaria. 2012. Penilaian Keperluan dalam Pembangunan Komuniti. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Haslina Hashim & Regina Garai Abdullah. 2009. Penyertaan komuniti dalam program pembangunan luar bandar: Kajian kes di Pusat Pembangunan Desa Gedong, Sarawak. Akademika 77(1): 41-67

Hedayat Allah Nikkhah & Ma’rof Redzuan. 2009. Involvement as a medium of empowerment in community development. European Journal of Social Sciences 11(1): 170-176.

Hedayat Allah Nikkhah. 2010. Women empowerment through non-govermental organization’s programs in Shiraz, Iran. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Buku_Tahunan/files/BKKP/2011/Buku_Tahunan_Perangkaan_Malaysia_2011[Laporan_Lengkap].pdf. Tarikh capaian: 20 Ogos 2013.

Kementerian Kewangan Malaysia. 2011. Laporan Ekonomi: Bab 1 Pengurusan dan Prospek Ekonomi. http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1112/bab1. [Laporan Lengkap] pdf. Tarikh capaian: 20 Ogos 2013.

Kishor, P. G. 1990. Involvement of forest user’s committee forestry activities in the Midhills of Nepal. Disertasi Ijazah Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Lahiri-Dutt, K. 2004. I plan, you participate: A southern view of community involvement in urban Australia. Community Development Journal 39(1): 13-28.

Madeline, B. 2003. Toward National Vision Policy: Review of NEP and NDP among the Bumiputera Communities in Sarawak. Kertas kerja dibentangkan di Seminar on the Bumiputera Policy: Dynamics and Dilemma, anjuran Universiti Sains Malaysia, 23-25 September 2003, Pulau Pinang.

Madeline, B., Faridah Shahadan & Salfarina Abdul Gapor. 2006. Alleviating Bumiputera poverty in Sarawak: Reflections and proposal. Kertas kerja dibentangkan di The Malaysian Research Conference, 4th International Conference, 19-21 Jun 2006, Salford, England.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10). 2011. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Saheb, B. Z. & Nobaya Ahmad. 2010. Involvement and community development. Current Research Journal of Social Sciences 2(1): 13-14.

Zazali Salehudin. 2004. Dasar, strategi dan pelaksanaan kemiskinan daripada perspektif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Dlm. Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar, disunting oleh Mohamad Khairudin Mohamad dan Ahmad Syahir Sarani.Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694