Pengetahuan, Sikap & Amalan Pengguna Media Sosial Ke Atas Gangguan Seksual Siber Di Lembah Klang

Muhammad Adnan Bin Pitchan, Norfara Faziera Binti Moh Razali, Jamaluddin Bin Aziz

Abstract


Gangguan seksual siber adalah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana dengan bantuan teknologi zaman sekarang, semua individu yang berada dalam talian berpontensi untuk menjadi mangsa kepada gangguan seksual siber tanpa mengira demografi seseorang. Lazimnya gangguan seksual siber bermula apabila pelaku memancing mangsa berbual perkara berunsurkan lucah dan kotor. Jenayah ini boleh memberikan impak kepada mangsa dari segi kesihatan mental. Menerima gangguan seksual siber boleh menjejaskan emosi mangsa kerana rasa takut, risau dan trauma yang mungkin mendatangkan gangguan tekanan pasca trauma yang selalunya terjadi selepas individu mengalami peristiwa yang traumatik. Pengetahuan pengguna media sosial yang baik tentang kewujudan gangguan seksual siber ini mampu memberikan pendedahan tentang isu ini kepada masyarakat umum. Selain itu, sikap serta amalan yang baik perlu dipupuk dalam kalangan pengguna media sosial untuk menangani masalah gangguan ini. Justeru kajian ini berobjektifkan untuk membincangkan pengetahuan, sikap dan amalan pengguna media sosial terhadap isu gangguan seksual siber. Kajian ini berjaya menemu bual seramai 18 orang pengguna media sosial secara berkumpulan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa para informan mempunyai pengetahuan yang baik tentang jenayah ini, malah kaum lelaki juga sering menjadi mangsa gangguan seksual siber ini. Selain itu, dapatan juga menunjukkan masyarakat harus mengelak sikap perbuatan menghukum lebih awal terhadap seseorang terutamanya kepada mangsa gangguan seksual siber. Di samping itu, kajian juga mendapati masyarakat perlu berani ke hadapan untuk membuat laporan kepada agensi yang berkaitan agar pelaku mendapat pengajaran yang cukup dan masyarakat juga akan sedar tentang kewujudan jenayah siber ini.


Full Text:

PDF

References


Aichner. 2021. Twenty-Five Years of Social Media: A Review of Social Media Applications and Definitions from 1994 to 2019. Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking. 24(4): 215-222.

All Women’s Action Society (AWAM). 2020. Sexual Harassment - AWAM. All Women's Action Society. Diambil Julai 29, 2022, daripada https://www.awam.org.my/awamresources/sexual-harassment/

Aprilia. 2020. The Case of Criminalized Victim Baiq Nuril: A Narrative Case Study of Female Representation in Indonesian Media. Journal of gender studies. 40(23), 123-142

Arbel. 2021. Adaptive Empathy: Empathic Response Selection as a Dynamic, Feedback-Based Learning Process. Frontiers in Psychiatry, 12: 1-11

Arvydas. 2020. The Theoretical Aspects of Attitude Formation Factors and Their Impact on Health Behaviour. Sciendo 83(1), 15-36.

Ashman Adam. 2022. Malaysians think sexual harassment biggest issue faced by women in country; over half in Ipsos survey say comments on physical looks unacceptable. Diambil Mac 13, 2023, daripada https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/03/09/malaysians-think-sexual-harassme nt-biggest-issue-faced-by-women-in-country/2046412

Bo Nilsson & Anna Sofia Lundgren. 2020. The #MeToo Movement: Men and Masculinity in Swedish News Media. The Journal of Men’s Studies.29(1): 8-25

Fatin Adha, Mohammad Rahim & Norruzeyati. 2020. Hubungan Kesukaran Meregulasi Emosi dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja: Perapatan kepada Komuniti sebagai Perantara. Akademika 90(2): 3-16

Gianakos. 2020. #SpeakUpOrtho: Narratives of Women in Orthopaedic Surgery-Invited Manuscript. Journal of the American Academy of Orthopaedic Surgeons. 30(8):369-376.

Grewal, A. 2020.The Impact of Toxic Masculinity On Men's Mental Health. Diambil Mac 13, 2023https://digitalcommons.tacoma.uw.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1067&context=gender_ studies

Isa. 2022. Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?” - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM. Diambil Februari 22, 2023, daripada https://gempak.com/berita-terkini/apa-nak-jadi-dengan-malaysia-ni-alvin-chong-dedah-seri ng-terima-gambar-kemaluan-lelaki-perempuan-bud-72373

Malaysian Communications and Multimedia Commission. 2020. Kajian Pengguna Internet| Malaysian Communications And Multimedia Commission. MCMC. Diambil Februari 22, 2023, daripada https://www.mcmc.gov.my/ms/resources/statistics/internet-users- survey#

McGlynn, C. 2021. Cyberflashing: recognising harms, reforming laws. Bristol UK: Bristol University Press

Mohd Khairie. 2020. Gangguan seksual alam maya. Diambil Mac 13, 2023, daripada https://www.hmetro.com.my/WM/2021/09/758169/gangguan-seksual-alam-maya

Morali. 2021. Could Toxic Masculinity Be The Undercurrent Behind Social Ills? Diambil Februari 23, 2023, daripada https://www.wikiimpact.com/could-toxic-masculinity-be- the-undercurrent-behind- social-ill s/

Parsons. 2021. Dating app Bumble launches campaign to make cyberflashing illegal in the UK. Diambil Mac 13, 2023 daripada https://metro.co.uk/2021/11/03/dating-app-bumble-launches-campaign-to-end-cyberflashing-in-the-uk-15529135/

Pekrun. 2021. Emotions in reading and learning from texts: Progress and open problems.Discourse Processes. 59:1-2, 116-125.

Peng,T.S., Novel, Khairuman & Zaki. 2021. The Role of Social Media Applications in Palm Oil Extension Services in Malaysia. Akademika 91(Isu Khas): 145-156

Pew Research Center. 2021. Social Media Use in 2021. Diambil Mac 13, 2023 daripada https://www.pewresearch.org/internet/2021/04/07/social-media-use-in-2021/

Raveena Nagotra. 2021. Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual. Diambil Mac 13, 2023 daripada https://www.malaysiakini.com/news/579466

Rema. 2020. Women docs sexually harassed during e-consultations, websites try to hide it. Diambil Mac, 13, 2023 daripada https://timesofindia.indiatimes.com/india/women-docs-sexually-harassed-during-e- consultations-websites-try-to-hide it/articleshow/80001279.cms?frmapp=yes&from=mdr

Safe Together Institute. 2020. Empathy for victims isn't the answer (but it's important). Safe & Together Institute. Diambil Februari 22, 2023, daripada https://safeandtogetherinstitute.com/empathy-for-victims-isnt-the-answer-but-its- important/

UNICEF. 2020. Estimating digital connectivity during the COVID-19 pandemic. Diambil Mac 12, 2023 daripada https://data.unicef.org/resources/children-and-young-people- internet-access-at-home-during-covid19/


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694