Imej Isteri Misali dalam Hikayat Melayu-Islam: Penerapan Metode Dakwah melalui Teori Pengkaedahan Melayu

Muhd Norizam Jamian, Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin, Aulia Sari Torodji

Abstract


Teks-teks hikayat Melayu-Islam menjadi antara medium penting dalam menyampaikan ajaran Islam di alam Melayu terutama pada abad ke-15. Karya-karya bercorak naratif ini menjadi saluran dakwah ajaran Islam termasuklah dalam aspek akhlak dan kekeluargaan. Turut menjadi fokus hikayat Melayu-Islam ialah pembentukan citra isteri misali, sesuai dengan kedudukan isteri sebagai komponen penting untuk melahirkan rumah tangga dan keluarga bahagia. Makalah ini membincangkan imej isteri misali yang dipancarkan dalam dua buah karya hikayat Melayu-Islam iaitu Hikayat Darmata’siah dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah. Analisis imej isteri misali dalam penulisan ini ditinjau dari sudut metode dakwah yang terkandung dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Sehubungan dengan itu, perbincangan makalah ini akan menganalisis imej isteri misali sebagai sebuah metode dakwah menerusi teks-teks hikayat Melayu-Islam. Daripada aspek metodologi, kajian ini berorientasikan pendekatan kualitatif yang terbahagi kepada kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data kajian melibatkan dua teks hikayat berunsur Islam iaitu Hikayat Darmata’siah yang terkandung dalam Antologi Enam Hikayat selenggaraan Mohd. Yusof Md. Nor (1989) dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah selenggaraan Nik Afifah Nik Abdul Aziz (2017). Hasil kajian mendapati kedua-dua teks menampilkan nilai isteri misali yang digariskan dalam Islam. Antara ciri isteri misali yang signifikan ialah pegangan agama yang mantap, senantiasa mentaati suami, melayani suami seperti raja, dan setia. Tegasnya dari sudut dakwah, inti pati kedua-dua teks hikayat ini dalam menonjolkan imej isteri misali masih relevan dan boleh dijadikan panduan kepada golongan wanita moden hari ini.

Full Text:

PDF

References


Ahmad Hairi Mohd Saat & Raihanah Azahari. 2021. Kesejahteraan keluarga menurut perspektif Islam: kajian kualitatif. Jurnal Syariah 29(3): 481-508.

Cecep Munawar Payumi & Yayu Fatimah Hartati. 2018. The use of close reading technique to improve students reading comprehension. Profesional Journal of English Education 1(3): 187-194.

Hashim Awang. 1993. Menilai hidayah dengan pendekatan dakwah. Dewan Sastera. November.

Hashim Awang. 2002. Teori Pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. Kertas kerja Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu. Anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Melaka, 28-29.

Jawiah Dakir. 1996. Asas pembentukan keluarga perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies 17: 3-18.

Madiawati Mustaffa et al. 2020. Hubungan rakyat dan pemerintah dalam tradisi lisan dari perspektif

kepimpinan. Jurnal Akademika 90(3): 117-128.

Mana Sikana. 2009. Kritikan Sastera Melayu Moden. Singapura: Pustaka Karya.

Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mawar Safei. 2019. Didaktisisme Islami dalam cerpen Melayu mutakhir. Jurnal Akademika 89(Isu Khas/Special Issue): 55-67.

Mohd Firdaus Che Yaacob. 2018. Nilai-nilai murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pangkalan Datu, Kelantan: Satu penelitian pengkaedahan Melayu. Tesis Dr. Fal, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Universiti Malaysia Kelantan.

Mohd Shaffie. 1991. Metodologi Penyelidikan: untuk Ekonomi dan Bidang-bidang Berkaitan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Yusof Md. Nor. 1989. Antologi Enam Hikayat. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Muhammad Farooq Joubish & Muhammad Ashraf Khurram. 2011. Outlook on some concepts in the curriculum of social studies. World Applied Sciences Journal 12(9): 1374-1377.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. 2015. Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: suatu analisis. Jurnal Komunikasi 31(2): 183-194.

Muhd Norizam Jamian & Zubir Idris. 2019. Kebijaksanaan adab dalam hikayat Melayu tradisional. Jurnal Akademika 89(Isu Khas/Special Issue): 81-91.

Najla Ismail & Tengku Intan Zarina Tengku Puji. 2016. Layanan isteri terhadap suami dalam aspek berhias sebagai pendidikan dalam rumah tangga dan kesan pengabainnya. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) 2(4): 42-51.

Nik Afifah Nik Abdul Aziz. 2017. Hikayat Perempuan Bernama Latifah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Sarah Abu Kassim. 2018. Puisi Endoi sebagai instrumen dakwah untuk pembangunan insan. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu 6(1): 241-276.

Norliza Ghazali. 1998. Objektif perkahwinan: satu kajian khusus terhadap kefahaman dan penghayatan masyarakat Islam di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nur Samsiah Mazlan et al. 2021. Citra masyarakat dalam naratif lisan: satu pendekatan Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Development 9(2): 93-106.

Osman Ayob et al. 2020. Analisis dakwah dalam cerpen-cerpen terpilih Rejab F. I. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu 8(2): 49-59.

Pg. Haji Yakup Pg. Ahmad & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. 2018. Sajak-sajak Badaruddin H. O. bertemakan ketuhanan: analisis pendekatan dakwah. Jurnal Pengajian Melayu 29: 156-180.

Sara Beden & Nur Aisyah Shahira Naimon. 2021. Gapura Iman: citra keagamaan Pengkaedahan Melayu. Kertas kerja Prosiding Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021. Anjuran Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Sarawak, 8-9 Mac.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2019. Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi. Jurnal Akademika 89(Isu Khas/Special Issue): 139-149.

Shikin Ali. 2013. Satu kajian persepsi isteri dalam novel dan masyarakat Melayu. Tesis Sarjana, Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore.

Siti Nor Bahyah Mahamood et al. 2005. Cakar Harimau: Tips Kebahagiaan Rumahtangga. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Syahidatul Akmal Dunya. 2020. Ikut panduan Al-Quran selesai krisis rumah tangga. Sinar Harian, 24 Disember. https://www.sinarharian.com.my/article/116164/KHAS/. Dicapai pada: 10 Jun 2022.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694