Etnosentrisme Suku Dayak dalam Perang Monterado: Suatu Analisis Berdasarkan Naskhah Syair Perang Cina di Monterado

STEVEN ALEZENDER

Abstract


Kajian ini ingin meneliti ketokohan suku Dayak sewaktu terlibat dalam peperangan Monterado di Kalimantan Barat. Terdahulu daripada itu, suku Dayak dalam konteks masa dahulu sering kali dibayangkan sebagai suku yang mundur dan terkebelakang berbanding dengan suku lain yang hidup mengitari mereka. Tanggapan tersebut sedikit sebanyak dipengaruhi oleh budaya hidup masyarakat Dayak sendiri yang cenderung mendiami kawasan pedalaman sehingga menyukarkan berlakunya interaksi sosial di antara suku Dayak dengan suku lain di Pulau Kalimantan. Pendirian suku Dayak yang “memencilkan” diri tersebut sedikit sebnyak telah melambatkan proses mobilisasi  kehidupan suku Dayak ke arah yang lebih baik. Namun begitu, kewujudan naskhah historiografi Melayu berjudul Syair Perang Cina di Monterado yang dikarang di Kalimantan Barat telah membawa sebuah prespektif yang baharu terhadap suku Dayak. Naskhah hisoriografi Melayu terbabit tidak hanya memenuhi tanggungjawab hakikinya untuk memerihalkan peristiwa peperangan di Monterado semata-mata malah turut memberikan ruang untuk mengujarkan peranan suku Dayak sewaktu terlibat dalam perang yang sama. Justeru, naskhah syair terbabit akan dianalisis menerusi pengaplikasian pendekatan etnosentrisme dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa naskhah syair ini telah berjaya memanifestasikan ketokohan suku Dayak dalam peperangan Monterado lewat semangat juang, keberanian, kepercayaann dan kepahlawanan suku Dayak sewaktu bersekutu dengan Belanda dan institusi kerajaan tempatan untuk menentang migran Cina. 


Full Text:

PDF

References


Any Rahmayani. 2015. Monterado 1818-1858: Dinamika Kota Tambang Emas. PATANJALA 7(2): 345-360.

Arena Wati (pngr.). 1989. Syair Perang Cina di Monterado. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Benny G. Setiono. 2002. Tiong Hua Dalam Pusaran Politik. Jakarta: Elkasa.

Burn, J. 1811. Manuscripts on Pontianak. t.tp.: t.pt.

C.James, Jackson. 1970. Chinese In the West Borneo Goldfields: A study In Cultural Geography. England: Iniversity of Hull Publications.

Carr, E.H. 1984. Apakah Sejarah. Terj. Abdul Rahman Hj. Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Coomans, Mikhail. 1987. Manusia Daya Dahulu, Sekarang, Masa Depan. Jakarta: PT Gramedia.

Hamid Darmadi. 2016. Dayak Asal-Usul dan Penyebarannya di Bumi Borneo. Jurnal Pendidikan Sosial 3(2): 322-340.

Hanapi Dollah. 1998.Cerita dari Kalimantan: Naratif Kolonial dan Lisan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Tradisi Lisan Universitas Tanjungpura. Pontianak, November.

Hari Poerwanto. 2005. Orang Cina Khek Dari Singkawang. Depok: Komunitas Bambu.

Ida Bagus Putu Prajna Yogi. 2016. Lanskap Pertambangan Penambang Tiongkok di Monterado Kalimantan Barat: Pendekatan Arkeologi Sejarah. Forum Arkeologi, 29(1): 1-10.

Irwin, Graham. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas: Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Terj. Mohd. Nor Ghani & Noraini Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo, Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu. JEBAT 1(1): 14-23.

Muhammad Yusoff Hashim. 1993. Peperangan Melayu Dalam Tradisi Pensejarahan Malaysia: Suatu Telahan Awal. Dlm. Ismail Hussein, Aziz Deraman & Abd. Rahman Al-Ahmadi (pngr.). Tamadun Melayu Jil. 1, hlm. 197-222. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Purcell, Victor. 1966. The Chinese in South-East Asia. London: Oxford University Press.

Sujarni Alloy, Albertus & Chatarina Pancer Istiyani. 2008. Mozaik Dayak: Keberagaman Subsuku dan Bahasa Dayak di Kalimantan Barat. Pontianak: Institut Dayakologi.

Tjilik Riwut. 1979. Kalimantan Membangun. Kalimantan: Pelangka Raya.

Sumner, W. G. 1911. Folkways: A Study Of The Sociological Importance Of Usages, Manners, Customs, Mores, And Morals. Boston: Ginn & Company Publishers.

Yekti Maunati. 2004. Identitas Dayak Komodifikasi & Politik Kebudayaan. Terj. Eri Setiyawati El-Khatab. Yogyakarta: LKIS Yogyakarta.

Zubir Idris. 2013. Etnosentrisme Dalam Syair-Syair Perang Melayu Belanda. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694