GAYA BAHASA PERBANDINGAN DALAM PUISI USMAN AWANG

Zubir Idris, Muharam Awang

Abstract


ABSTRAK
Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara Yang Ketiga. Perbincagan ini berkisar terhadap keindahan gaya bahasa perbandingan dalam puisi yang disampaikan dengan begitu berkesan sehingga berjaya menjadikannya seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah air. Data kajian ini melibatkan cabutan sajak-sajak ciptaan Usman Awang yang antara lainnya termasuk Gelombang (1960), Duri dan Api (1967), Kaki Langit (1971), Salam Benua (1987), dan Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). Bagi menganalisis keindahan puisi Usman Awang, maka Model Gaya Bahasa Hendry Guntur Tarigan khususnya gaya bahasa perbandingan diaplikasikan bagi mengenal pasti gaya bahasa ini digunakannya dalam puisi. Keindahan puisi ini terbukti kerana kebijaksanaannya menjalin penggunaan gaya bahasa perbandingan seperti perumpamaan, metafora, personafikasi dan antisipasi dalam ciptaan puisi sehingga menjadikannya sebegitu indah sehingga menyentuh kalbu. Kekuatan ini membolehkan Usman Awang menyampaikan tema kemanusiaan berkesan ketika merakamkan peristiwa sejarah penting tanah air serta yang menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat.
Kata kunci: gaya bahasa; gaya bahasa perbandingan; indah; kemanusiaan; puisi

Full Text:

PDF

References


Aminuddin Mansor. 2013. Patriotisme dalam puisi Usman Awang. Mingguan Malaysia, 1 September: 22.

Amida Abdulhamid. 2006. Prosiding Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. 2004. Usman Awang Yang Saya Kenali. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Asy-Syeikh ‘Ali bin’ Abdul Rahman Al-Kalantani. 2016. Permata Pemberian Yang Indah dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai. Batu Caves Selangor: Al-Hidayah Publication.

Azman Rahmat. 2016. Pejuang Kemanusiaan: Satu Wacana Tentang Ketekalan Tema Kemanusiaan Dalam Puisi-Puisi Usman Awang. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan, Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berelson B. 1952. Content Analysis in Communication research by Bernard Berelson. New York: New York Hafner Press.

Dinsman. 1995. Koleksi Terpilih Sasterawan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Dharmawijaya. 1998. Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Henry Guntur Tarigan. 1985. Prinsip-prinsip Dasar Sastera. Bandung: Angkasa.

Henry Guntur Tarigan 1985. Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa.

Mohd Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad. 2019. Eko-Kritik dalam Puisi Melayu. Akademika 89(Isu Khas/Special Issue). 29-39.

Muhammad Haji Salleh. 1988. Pengenalan Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. 1997. Sastera dan Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 2013. Gaya dan puisi Usman Awang. Mingguan Malaysia, 15 September:10

Rahman Shaari. 2015. Anjakan makna Puisi Usman Awang. Mingguan Malaysia, 11 Oktober :34

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2019. Kebitaraan Peribahasa Melayu dalam Komunikasi. AKADEMIKA 89(Isu Khas/Special Issue); 139-149.

Situmorang, B.P. 1981. Puisi Teori Apreasiasi Bentuk dan Struktur. Medan: Penerbit Nusa Indah- Pencetakan Arnoldus.

Stoddard, L. 1966. Dunia Baru Islam. Jogjakarta: Perpustakaan Islam Jogjakarta.

Suziana Mat Saad, NorHashimah Jalaluddin & Imran-Ho Abdullah. 2017. Kehidupan Adalah Perjalanan: Analisis Metafora Konseptual Dalam Salina Dan La Vie Devant Soi. Akademika 87(1), April 2017:189-205.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an (terj: Sheikh Abdullah Basmeih). 2000. Kuala Lumpur: Darulfikir

Usman Awang & A. Samad Said. 1963. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad.

Usman Awang. 1982. Salam Benua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Awang. 1992. Tulang-tulang Berserakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za’ba. 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurinah Hassan. 1990. Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694