Faktor Tidak Memeluk Agama Islam dalam Kalangan Cina Peranakan di Kelantan

Muhamad Faisal Ashaari, Anuar Puteh, Muhammad Faris Abdul Fattah

Abstract


Masyarakat Cina Peranakan telah datang ke Kelantan sejak tiga abad yang lalu. Mereka bergaul rapat dengan masyarakat Melayu Islam di negeri ini sehingga boleh mengadaptasikan sebahagian budaya dan gaya hidup Melayu serta boleh bertutur dalam slanga Melayu Kelantan dengan fasih. Walau bagaimanapun, hubungan ini hanya setakat dapat mempengaruhi gaya hidup dan slanga bahasa sahaja, tidak sampai ke tahap mengubah kepercayaan dan agama. Objektif artikel ini ialah untuk mengkaji faktor yang boleh menyebabkan Cina Peranakan di Kelantan tidak menerima Islam sebagai agama dan selesa dengan agama nenek moyang mereka. Beberapa kajian lalu mendapati enam faktor yang menjadi halangan kepada orang Cina untuk memeluk Islam iaitu; a) sikap komunal dan etnosentrik Melayu Kelantan. b) Sikap etnosentrik dan komunal orang Cina. c) perbezaan kepercayaan. d) jati diri Cina peranakan. e) diskriminasi ekonomi. f) pelaksanaan politik Islam. Kajian ini mengkaji sejauh manakah enam faktor ini benar-benar menjadi halangan kepada Cina Peranakan memeluk Islam. Seramai 12 orang informan Cina Peranakan di Kelantan telah ditemubual secara separa berstruktur dan mereka terdiri dari wakil kaum yang dipilih dari setiap jajahan di Kelantan. Kajian mendapati bahawa majoriti responden boleh menerima baik masyarakat Melayu dan mengamalkan gaya hidup Melayu. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak memeluk Islam iaitu sikap komunal orang Cina yang lebih mementingkan ikatan kekeluargaan, lebih selesa berpegang kepada agama yang sedia ada berbanding agama yang baharu.


Full Text:

PDF

References


Ab. Aziz Mohd Zain. 1998. Kajian Tentang Non-Muslim Keturunan Siam di Kelantan. Jurnal Usuluddin (8): 41-5.

Adi Syahid Mohd Ali & W.A Amir Zal. 2018. Pemilikan Modal Sosial Ikatan Dalam Kalangan Cina Muslim Kelantan. Journal of Nusantara Studies 3(1): 19-29.

Ahmad Zaid. 2006. Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia dan Global. Dlm Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bunnell, T. 2002. Kampung Rules: Landscape and the Contested Government of Urban(E) Malayness. Urban Studies 39 (9): 1685-1701.

Chin, Yee Wah. 2003. Budaya keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Chuang, Loo Hong, Pue Giok Hun, and Ong Puay Liu. 2021. Awang”: Making Chinatown And Heritagising The Peranakan Identities In Kuala Terengganu. Kajian Malaysia 39(2): early view.

Eyo Leng Yan, Rosdeen Suboh, Pue Giok Hun. 2021. Warisan Budaya Tidak Ketara Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Kajian Kes Upacara Koi Hoi di Kampung Pasir Parit. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(8): 28-44.

Faridah binti Ali. 2003. Pandangan Non-Muslim di Bandar Teluk Intan terhadap Islam. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Fatimah Sham bt. Arifin. 2000. Pandangan Pelajar Non Muslim terhadap Islam: Kajian Khusus di Fakulti Perubatan UM. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Francis, Loh Kok Wah. 1988. Chinese New Villagers and Political Identity. Dlm, Cushman, Jennifer W. & Wang, Gungwu (pnyt.). Changing Identities of the Southeast Asian Chinese since World War II. Hong Kong: Hong Kong University Press.

Francis, Loh Kok Wah.. 2000. Chinese New Villages: Ethnic identity and politics. Dlm. Lee, Kam Hing & Tan, Chee-Beng (pnyt.). The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Hanisa Hassan, Nasirin Abdillah, Mohd Zaimmudin Mohd Zain, Siti Nur Anis Apandi and Nik Maheran Nik Muhammad. 2021. The Identity of Kelantan Peranakan Chinese Through Clothing: An Aesthetic Morphology Approach. AIP Conference Proceedings 2347(1), 020107.

Khairul Azhar Meerangani, Muhammad Asyraf Ahmad Termimi & Rushdi Bin Ramli. 2013. Dakwah terhadap Bukan Muslim di Malaysia: Realiti dan Cabaran. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013.

Khoo Kay Kim. 2010. The Penang Baba/ Peranakan Chinese Community. Dlm. SohaimiAbdul Aziz (Pnyt.). Penang Peranakan Chinese and Chinese Muslim: An Historical and Caltural Journey. Hlm 1-17. Pulau Pinang: Persatuan Karyawan Pulau Pinang.

Lee Yok Fee. 2004. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia. SARI (22): 167-181.

Lee, Kam Hing & Heng, Pek Koon. 2000. The Chinese in the Malaysia Political System. Dlm. Lee Kam Hing & Tan Chee Beng. The Chinese in Malaysia. New York: Oxford University Press.

MAIK. 2010-2018. Laporan Pengislaman Saudara Baharu MAIK, 2010-2018.

Mohamad Nazri Ahmad, Hanapi Dollah, Teo Kok Seong. 2011. Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat Cina Kelantan. Jurnal Melayu (8): 111-132.

Mohamed Mihlar Abdul Muthaliff, Mohd Rosmizi Abd Rahman, Muhammad Khairi Bin Mahyuddin, Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar, Yuseri Bin Ahmad. 2017. Non-Muslims’ Perception Of Islam And Muslims In Seremban, Negeri Sembilan Malaysia: An Empirical Study. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 3(5): 134–151.

Mohamed Yusoff Ismail. 2010. Buddhism in A Muslim State: Theravada Practices and Religious Life in Kelantan. The Muslim World. 100, 321-336.

Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin, Muhammad Ridhwan Sarifin & Mohamad Fauzi Sukimi. 2020. Konsumerisme dan Kelas Sosial dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu. Akademika 90. 1, 35-49.

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. 2013. Pengekalan dan Perubahan Identiti Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Satu Kajian Kes di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana. Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS). Universiti Sains Malaysia.

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. 2014. Jatidiri Kaum dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan di Malaysia. Kajian Malaysia, 32(1): 119-148.

Nik Zawawi Salleh. 2016. Kajian Pendekatan Dakwah kepada Masyarakat Buddha di Negeri Kelantan. Tesis Dr. Fal. Selangor: Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini M. Noor. 2009. The future of Malay-Chinese relations in Malaysia. Peace Psychology in Asia. Hlm. 161-172.

Nur Azuki Yusuff & Khuzaiton Zakaria. 2018. Loghat Kelantan Pemangkin Jati Diri Rakyat Kelantan: Kelestarian dan Pemerkasaannya. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1(2), 25-39.

Osman Abdullah@Chuah Heck Long. 2009. Da’wah to Non-Muslim Chinese in Malaysia: Some Preliminary Thoughts in Readings in Islamic Da’wah. Kuala Lumpur: IIUM Press.

Phang, Hooi Eng. 2000. The Economic Role of the Chinese in Malaysia. Dalam Lee Kam Hing & Tan Chee Beng (Eds.). The Chinese in Malaysia. New York: Oxford University Press.

Pue Giok Hun. 2012. Peranakan Sebagai Fenomena Sosial dengan Tumpuan Kepada Komuniti Cina Peranakan di Kelantan. Tesis Dr. Fal. Selangor: Institut Kajian Etnik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pue, G. H. 2017. ‘Our Chinese’: The mixedness of Peranakan Chinese identities in Kelantan, Malaysia 1. In Mixed Race in Asia (pp. 147-161). Routledge.

Pue, G. H. 2018. Cina Peranakan Kelantan menerusi lensa sosiologi. UKM Press.

Pue, G. H., Ong, P. L., & Loo, H. C. 2019. Kelantan Peranakan Chinese language and marker of group identity. GEMA Online® Journal of Language Studies, 19(2), 33-51.

Razaleigh Muhamat. 2009. Ethnic relationship of Chinese Muslim converts and their Malays counterpart in penisular Malaysia: a historical background. Journal of Human Sciences. 41 (1): 1-39.

Sa’adiah Ma’alip & Rahilah Omar. 2018. Penguasaan Bahasa Baba-Nyonya Dalam Kalangan Masyarakat Baba-Nyonya Di Melaka. Jurnal Melayu 17(2): 312-327.

Suhaila Abdullah. 2011. Masyarakat Peranakan Cina Muslim Di Melaka. Dlm. Roslan Mohd Nor. Muslim Minority. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. Hlm 23-36.

Syarul Azman Shaharuddin, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Sahlawati Abu Bakar & Siti Khaulah Mohd Hamzah. 2018. Persepsi Masyarakat Non-Muslim Terhadap Dakwah Islam di Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di 4th International Conference on Islamiyyat Studies 2018, 18-19 September 2018. Tenera Hotel. Bandar Baru Bangi. Selangor.

Tan Chee Beng. 1982. Peranakan Chinese in Northeast Kelantan with Special Reference to Chinese Religion. JMBRAS (55): 26-52.

Teo Kok Seong.2008. Chinese-Malay-Thai Interactions and the Making of Kelantan Peranakan Chinese Ethnicity. Dlm, Michael J. Montesano and Patrick Jory (Pnyt.) Thai South And Malay North Ethnic Interactions On A Plural Peninsula. Singapore: NUS.

Tu Wei-Ming. 1994. The livingTre: The Changing Meaning of Being Chinese Today. Stanford: Standford University Press.

Wang Gung Wu. 1991. China and the Chinese Overseas. Singapore: Times Academic Press.

Winzeler, Robert L. 1990. Ethnic Relation in Kelantan. London: Routledge.

Yao Sua Tan, Kamarudin Ngah, Sezali Md Darit. 2018. Formation and negotiation of identity: the case of the Kelantan Kampung Pasir Parit Peranakan Chinese. Asian Ethnicity 19(1): 16-35.

Zaireeni Azmi. 2020. PAS: Permuafakatan Politik Sebagai Tapak Integrasi Dan Peranan Wanita. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies. 47 (3): 428-462

Zuriati Mohd Rashid & Wan Mohd Azam Mohd Amin. 2020. Religiuos Interaction of Muslims and Buddhists in Pasir Mas, Kelantan. AL-ITQĀN, Special Issue 2, 123–140.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694