Kelestarian Langkawi Geopark: Penglibatan Komuniti Kuala Teriang, Langkawi (Sustainable Langkawi Geopark: Participation of Kuala Teriang Community, Langkawi)

Nur Hafizah Yusoff (Universiti Kebangsaan Malaysia, nur_hafizah@ukm.my), Rahimah Abdul Aziz (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstract


In June 2007, Langkawi was conferred the Geopark status by United Nations Educational, Sientific and Cultural Organization (UNESCO). Langkawi Geopark is the only geopark in Southeast Asia and the 52nd geopark around the world. ‘Geopark’ can be regarded as a new brandname given to Langkawi, that could be used to promote Langkawi to the tourists and the world in general. Generally, any area can be recognised as a geopark, but on condition that the area possesses several geoheritage characteristics and significant geological landscapes. Another important component of geopark is the local community participation. This is so because members of the community will contribute towards ensuring sustainability of geopark through its conservation and ecotourism activities. This research is about community participation as an important component of Langkawi Geopark. This research conducted in Kampung Kuala Teriang, Langkawi was generally to identify the participation of Kuala Teriang community in ensuring the success and subsequently the sustainability of Langkawi Geopark. Survey method was employed as well as non- structured interview and non-participant observation for data collection and information. A total of 200 people were sampled to be respondents using stratified and snowball sampling techniques. Only some of the research findings are presented and discussed in this research note. The findings include community participation in the local economic activities such as Fisheries Source Management Community (Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP)) and Woman Economic Group (Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW)).

Keywords: Geopark, Langkawi, community development, community participation, sustainable development

ABSTRAK

Pada tanggal 1 Jun 2007, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menganugerahkan Pulau Langkawi status geopark. Dengan anugerah tersebut Pulau Langkawi menjadi satu- satunya geopark yang terdapat di Asia Tenggara dan yang ke 52 di seluruh dunia. Gelaran geopark merupakan jenama baru yang dapat digunapakai bagi mempromosikan lagi pulau Langkawi bukan sahaja kepada para pelancong tetapi juga kepada seluruh dunia. Umumnya, mana-mana kawasan boleh diberikan gelaran sebagai geopark tetapi dengan syarat mempunyai beberapa ciri geowarisan serta mempunyai landskap geologi yang menarik. Dalam pada itu, komponen lain yang merupakan nadi kepada geopark ialah penglibatan komuniti setempat. Komuniti dianggap sebagai komponen terpenting kerana anggota komuniti berupaya memastikan kelestarian geopark melalui aktiviti pemuliharaan dan ekopelancongan. Kajian ini adalah mengenai penglibatan anggota komuniti sebagai salah satu daripada komponen penting dalam Langkawi Geopark. Kajian telah dijalankan di Kampung Kuala Teriang, Langkawi dan secara umumnya bertujuan mengenal pasti penglibatan anggota komuniti Kuala Teriang dalam menjayakan dan sekali gus melestarikan Langkawi Geopark. Kajian ini menggunakan kaedah survei, temu bual dan pemerhatian tidak ikut serta untuk mengumpul data dan maklumat. Seramai 200 orang telah dipilih sebagai responden melalui teknik pensampelan berstrata dan kaedah snowball. Hasil kajian yang dikemukakan dan dibincangkan dalam nota penyelidikan ini hanyalah sebahagian daripada data yang telah diperoleh dan dianalisis oleh pengkaji. Antara hasil kajian yang diperoleh ialah terdapatnya keterlibatan komuniti terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti aktiviti Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) dan Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW).

Kata kunci: Geopark, Langkawi, pembangunan komuniti, penglibatan komuniti, pembangunan lestari


Full Text:

PDF

References


Cohen, J. & Uphoff, N. 1977. Rural Development Participation: Concepts and Measures for Project Design, Implementation and Evaluation. Ithaka: Cornell University.

Economic Commision of Latin America. 1982. Popular Participation in Development. Community Development Journal 8: 77-9.

Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. 2008. Perancangan dan Pembangunan Pelancongan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Krejcie, R.V. & D.W. Morgan. 1970. Determining size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30 : 607-610.

Mohd Shaffea Leman, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ibrahim Komoo & Norhayati Ahmad. 2007. Langkawi Geopark. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Ong Puay Liu & Sharina Abd Halim. 2009. Heritage, development and local community. Langkawi Global Geopark: Views of the local community, tourists and tour operators. Kertas kerja dibentangkan dalam World Civic Forum 2009, anjuran Kyung Hee University, Seoul dan United Nations Department of Economic and Social Affairs (UNDESA), di COEX Convention Centre, Seoul, Korea, 5-8 Mei.

Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem.

Jabatan Kerja Raya (JKR) http://kedah.jkr.gov.my/petakedah.htm [15 Januari 2010].

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). http://www.lada.gov.my/ [10 Januari 2010].


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694