BUDAYA POLITIK DALAM KALANGAN PENGUNDI LUAR KELANTAN DI LEMBAH KLANG PASCA PRU KE-14

mazli mamat

Abstract


Pengundi luar Kelantan lebih cenderung mengundi PAS berbanding parti politik lain walaupun menetap di Lembah Klang. Pada dasarnya masyarakat di Lembah Klang ini majoritinya tidak menyokong Pas seperti mana di Kelantan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan bentuk budaya politik pengundi luar Kelantan yang bermastautin di sekitar Lembah Klang. Kajian ini melibatkan seramai 403 orang pengundi luar Kelantan berbangsa Melayu, berumur 21 tahun dan ke atas yang menetap di Lembah Klang tetapi masih mengundi di Kelantan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dan bola salji. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan ANOVA. Hasil kajian mendapati budaya politik pengundi luar Kelantan berbentuk subjek. Budaya politik subjek ini merujuk kepada masyarakat menerima output dari sebelah pihak sahaja tanpa mempersoalkan apa, mengapa dan bagaimana perkara tersebut berlaku. Hal ini bermakna hubungan individu dengan sistem politik adalah pasif dan bersikap menurut. Masyarakat jenis ini tidak banyak soal dan menerima penjelasan pihak tertentu tanpa menyelidik kesahihan maklumat terbabit. Masyarakat jenis ini biasannya merupakan penyokong tegar sesebuah parti politik. Implikasi daripada budaya politik sebegini menyebabkan pengundi bersikap taat melulu, mendengar kata dan tidak dapat membuat keputusan secara lebih rasional sehingga dianggap berada dalam keadaan minda tertawan.


Full Text:

PDF

References


Ab. Rahman Ismail, 1999. Pembentukan Polisi Awam dan Perkembangan Politik di Kelantan: Satu Kajian Terhadap Persepsi UMNO dan PAS. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2020. Budaya Politik Orang Melayu Kontemporari, Kuala Lumpur. Temu bual, 28 Dis.

Almond. G & Verba. S., 1965. The Civic Culture. Boston: Little, Brown.

Amnah Saayah Ismail & Farid Mat Zain, 2004. Perspektif Islam di Tanah Melayu abad ke-19: Analisis terhadap pemikiran Abdullah Munshi melalui karya “Kisah Pelayaran Abdullah”. International Seminar On Islamic Thoughts Proceedings 7-9 December, hlm. 340-348.

Baharudin Ali Masrom, 1989. Politik Melayu Abad 21. Kuala Lumpur: D Enterprise.

Beer S.H & Ulam, A.B., 1958. Pattern of Government: The Major Political System of Europe. New York: Random House.

Dahl, R. A. (1966). Political Opposition in Western Democracies. New Haven: Yale University Press.

Daimond L., 1993. Political Culture and Democracy in Developing Countries. Boulder, Colorado: Lynene Rienner Publishers Ins.

Dogan Akkas. B & Gilla Camden, 2020. Political Culture in Qatar: State-Society Relations and National Identity in Transformation. Dlm. Magdalena Karolak & Nermin Allam (pnyt.). Gulf Cooperation Council Culture and Identities in the New Millennium, hlm. 53-71, Singapore: Palgrave Macmillan.

Firth, R. W., 1966. Malay fisherman – Their Peasant Economy. London: Routledge & K. Paul. Trench. Trubner.

Ilyas Abdullah & Nurul Saadatun Nadiah Mohd Ngah, 2018. Dinamika budaya politik Melayu dalam pilihan raya tahun 1999-2018: Terhentinya dominasi BN di Terengganu. Sains Insani, 3(2): 30-37.

Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Novel Lyndon & Ahmad Afif Zulkipli, 2016. Pendekatan teori kelakuan pengundi dan pilihan politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Bachok, Kelantan. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities. Special Issue. 1: 60-77.

Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori & Muhammad Hazim Abdul Ghani, 2020. Prestasi dan penerimaan pengundi terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di wilayah Pantai Barat semenanjung Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 17(4): 60-77.

Junaidi Awang Besar, 2021. Sentimen Kepartian dan Personaliti Pemimpin Pada Pilihan Raya Umum 2018: Kajian di Kawasan di DUN Chempaka, Kelantan. Akademika. 91(1): 81-96.

Kavanagh, D., 1987. Budaya Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kessler C.S., 1978. Islam And Politics In Malay State: Kelantan 1838-1969. New York: Cornel University Press.

Macridis R, C., 1961. Interest Group in Comparative Analysis. Journal of Politics: 25-45.

Mazlan Ali, 2013. Faktor dan Isu Kemenangan Parti-Parti Pembangkang di Kuala Lumpur Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Mohammad Agus Yusoff, 2020. Budaya Politik Orang Melayu Kontemporari, Bangi. Temu bual, 16 Dis.

Mohd Ali Kamarudin & Jamaie Hamil, 2005. Budaya politik: Perspektif kepimpinan politik Melayu daripada tradis ke kontemporari. Dlm. Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa (pnyt.). Tinjauan Baru Politik Malaysia, hlm. 96-124. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ali Kamarudin, 2004). Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Hariszuan Jaharudin, 2014. Pilihan Raya Umum Ke-13: Perubahan budaya politik Malaysia dan krisis legitimasi moral Barisan Nasional. Kajian Malaysia 32(2): 149-169.

Mohd Mahadee Ismail, 2018. Budaya politik kontemporari masyarakat Melayu di semenanjung Malaysia: satu penilaian kritis. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue: 470-482.

Mohd Mahadee Ismail & Ab Bassit Husin, 2008a. Demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-12: Satu tinjauan ke atas budaya politik masyarakat Melayu Kelantan. Seminar Politik Malaysia: Shah Alam. Mac 2008, hlm. 228-241.

Mohd Mahadee Ismail., & Ab Bassit Husin, 2008b. Penterjemahan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-12: satu tinjauan ke atas budaya politik masyarakat Melayu Kelantan. Seminar Politik Malaysia: Shah Alam. Mac 2008, hlm. 349-362.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor, 2020. Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: Persaingan, dinamik dan implikasi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 47 (1) : 150-175.

Nash. M., 1974. Peasant Citizens: Politics, Religion, and Modernization in Kelantan, Malaysia. Ohio University, Center for International Studies.

Noor Sulastry Yurni Ahmad & Nor Azila Mohd Azidin, 2013. Transisi kontra hegemoni dalam budaya politik Melayu di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(1): 120-137.

Pye, L. W. & Verba, S., 1965. Political culture and political development. New Jersey: Princeton University Press.

Riduan Mohamad Nor, 2015. Tribut buat sang pencerah. Kuala Lumpur: JUNDI Resources.

Roff W., 1974. The Origin Of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Rosenbaum W. A., 1975. Political Culture. London: Thomas Nelson and Son Ltd.

Shamsul, A.B., 2017. Trend politik semasa Kelantan. Sinar Harian Online: 27 Feb: 1

Sivamurugan Pandian, 2020. Budaya Politik Orang Melayu Kontemporari, Kuala Lumpur. Temu bual, 18 Dis.

Stanley Tsarwe, 2020.Understanding Zimbabwe’s Political Culture: Media and Civil Society. In. Sabelo Gatsheni & Pedzisai Ruhanya (pnyt.). The History and Political Transition of Zimbabwe, hlm. 117-132. Switzerland: Palgrave Macmillan.

Talcott Parsons & Edward A. Shils, 1951. Toward A General Theory Of Action. Cambridge: Harvard University Press.

Wan Abdul Kadir Yusoff, 1997. Kedudukan nilai-nilai ekonomi orang Melayu. Dlm. Norazit Selat (pnyt.). Ekonomi dan Politik Melayu, hlm. 93-109. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Wan Ariffin Wan Ahmad, 2005. Hubungan antara Sosialisasi Dengan Budaya Politik Kelas Menengah Melayu di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tesis PhD. Universiti Putra Malaysia.

Winzeler R. L., 1975. Traditional Islamic Schools in Kelantan. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, (48)1: 91-103.

Zawiyah Mohd Zain, 2021. Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis. Malaysian Journal of Society and Space, 17(1): 297-311.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694