Isu Tanah dan Hutang dalam Kalangan Orang Melayu Kedah Berdasarkan Surat Undang-Undang, 1882-1909

Haslindawati binti Saari, Azmah binti Abdul Manaf, Norizan binti Abd Kadir

Abstract


Kajian ini membincangkan isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang-orang Melayu Kedah berdasarkan koleksi tempatan iaitu Surat Undang-Undang (SUU). Tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana belenggunya orang Melayu Kedah dalam isu tanah dan hutang sekitar tahun 1882 hingga 1909. Masalah hutang dan kehilangan tanah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan. Perubahan dalam pentadbiran, perundangan dan pemilikan tanah telah mengubah persepsi orang-orang Melayu terhadap kepentingan tanah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Perlis/ Kedah. Hasil kajian menunjukkan betapa seriusnya masalah hutang dan kehilangan tanah dalam kalangan orang-orang Melayu akibat daripada perubahan dalam pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan Kedah. Situasi yang berlaku juga menyebabkan orang-orang Melayu bertindak mempertahankan tanah milik mereka melalui institusi yang sah. Perubahan dalam pentadbiran tanah dan perkembangan pemilikan tanah mengubah persepsi orang-orang Melayu terhadap kepentingan tanah. Tanah bukan sahaja dilihat sebagai tempat bercucuk tanam dan mencari rezeki tetapi tanah sebagai modal untuk keuntungan masa hadapan. 

 

Kata kunci: tanah; hutang; Surat Undang-Undang (SUU); orang-orang Melayu; persepsi


Full Text:

PDF

References


Azahari Mahmudin. 2013. Sistem Pemilikan Tanah dan Kesan Terhadap Tanah Pemilikan Orang Melayu di Kedah 1660 hingga 1941. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Azman Isa. 2013. Perkembangan Undang-Undang dan Pentadbiran Tanah di Kedah, 1667-1965. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Sastera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

CO 716/1 The Annual Report 1906-1920.

CO 716/1 Yearly Report on the Administration of the State of Kedah.

Emerson, Rupert. 1964. Malaysia A Study in Direct and Indirect Rules. Kuala Lumpur: University Press.

Ismail Kamus. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

KAR 1327H (23 Januari 1909-22 Januari 1910).

Ku Din Ku Meh. Undang-Undang Kedah. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Mahani Musa. 2015. The Memory of the World Register: The Sultan Abdul Hamid Correspondence and Kedah History. Kajian Malaysia. Vol. 33 Supp. 2: 53-74.

Mahani Musa. 2005. Sejarah Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah: 1881-1940. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Isa Othman. 1990. Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Isa Othman. 2001. Pengalaman Kedah & Perlis Zaman Penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. 2017. Kegiatan Jenayah di Kedah Menerusi Surat-menyurat Sultan Abdul Hami. Jurnal Sejarah. Vol. 20 No. 20: 51-70.

Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. 2011. Warisan Kesultanan Melayu: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid dan Ekonomi Kedah. Sari-International Journal of the Malay World and Civilisation. 29: 45-66.

Nurizwanfaizi Nordin & Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. 2013. Perkembangan Pentadbiran Tanah di Kedah, 1909-1917. Jurnal Sejarah. Vol. 22 No. 2:99-120.

Othman Lebar. 2009. Penyelidikan Kualitatif; Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rozaini Ahmad & Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. 2014. Dominasi Pengilang Cina, Pengeluaran Beras di Kedah, 1909-1941. Jurnal Sejarah. Vol. 24 No. 2:1-17.

Salinan Surat Kepada Raja-Raja T.H 1313 T.M 1895 No 2.

Salinan Surat-Surat Raja-Raja T.H 1317-1329 (T.M 1899-1911) No. 3.

Sharom Ahmat. 1984. Kedah Tradition and Change in Malay State: A Study Economic and Political Development: 1878-1923. MBRAS, Monograph No. 12.

Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 1- No. 10.

Surat Raja-Raja T.H 1306 T.M 1888 No. 1.

Salinan Surat Undang-Undang T.H 1321- T.H 1327.

SUK/K A T.H 1331-1341 T.M 1912-1922, T.H 1343-1354 T.M 1924-1935.

Wright, A. et. 1912. The Malay Peninsular a Record of the British Progress in The Middle East. London: Unwin.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694