PENDIDIKAN SPIRITUAL UNTUK ANAK JALANAN DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR

Haziyah Hussin, Farah Hamizah Samsuddin

Abstract


Fenomena anak jalanan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur amat membimbangkan. Anak jalanan ini menghabiskan banyak masa di jalanan disebabkan tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah dan hidup dalam persekitaran negatif. Mereka juga menghadapi konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan justeru mereka mengalami penurunan motivasi dan masalah kestabilan emosi. Oleh itu, pendidikan spiritual wajar diberi perhatian kepada anak jalanan kerana ia memberi kekuatan dalaman untuk mereka mengubah diri dan keluar dari kitaran kehidupan di jalanan. Artikel ini bertujuan mengkaji peranan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan. Ia turut menganalisis cabaran yang dihadapi dalam memenuhi keperluan pendidikan spiritual untuk golongan ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data dikumpulkan daripada temu bual dan analisis kandungan, seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa SBJK memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan melalui modifikasi kurikulum dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta profesionalisme keguruan yang yang tinggi. Cabaran utama dalam melaksanakan pendidikan spiritual bagi anak jalanan adalah kekurangan tenaga pengajar, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, limitasi penempatan murid di sekolah dan kekurangan sokongan keluarga. Kajian ini menunjukkan pendidikan spiritual amat signifikan dalam meningkatkan keyakinan diri dan kestabilan emosi anak jalanan serta mendorong mereka kembali kepada ajaran agama.

 


Full Text:

PDF

References


Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. 2016. Pembinaan Hubungan di antara Guru dengan Pelajar. Technical and Social Science Journal (TSSJ). 5(1):138-148.

Anuar Ahmad & Norhaidawati Mohd. 2016. Persekitaran Keluarga dan Kesannya Terhadap Pendidikan Anak-Anak Jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. doi: 10.13140/RG.2.2.15130.75202.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Buku Laporan Tahunan 2018. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). https:www.moe.gov.my/en/education/secondary-school/Sekolah-Bimbingan-Jalinan-Kasih

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy Ibrahim. 2013. Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 6, 1-7.

Children Rights Coalition Malaysia. 2012. Status Report on Children’s Rights in Malaysia. Petaling Jaya: Child Rights Coalition Malaysia. https://wao.org.my/wp-content/uploads/2020/11/CRCM-STATUS-REPORT-2019-FINAL.pdf (wao.org.my).

Education Performance and Delivery Unit (PADU). (2018). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Annual Report 2017. Putrajaya: Ministry of Education Malaysia.

Herlina Astri. 2014. Kehidupan Anak Jalanan di Indonesia: Faktor Penyebab, Tatanan Hidup dan Kerentanan Berperilaku Menyimpang. Aspirasi (5)2, 145-155.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Laporan Tahunan 2016: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Mawaddah Baderun & Haziyah Hussin. 2020. Pembentukan Sahsiah Pendidik Unggul Menurut Syeikh Sa’id Hawwa. Bangi: Penerbit UKM.

Mohammad Nasir Bistamam, Aslina Ahmad, Amelia Mohd Noor, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohd Bazlan Mustafa, Noraini Ismail, Samsiah Mohd Jais, Faizura Rohaizad & Mohd Noor Idris. 2015. Profil Tingkah Laku Remaja Berisiko Mengambil Dadah. Jurnal Antidadah Malaysia 9(1), 1-19.

Mohamad Sharani Ahmad, Risalshah Latif & Wan Anor Wan Sulaiman. 2011. Kanak-kanak Jalanan Sabah. Jurnal Kebajikan Masyarakat 37: 43-56.

Mohd Alif Jasni, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Jal Zabdi Mohd Yusoff, Khariyah Md. Shahid, Noralina Omar & Zaiton Azman. 2019. Faktor Penghijrahan dan Penumpuan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Jurnal Geografia 14 (1), 87-101.

Muhammad Wafi Ramli & Sharifah Rohayah Sheikh Dawood. 2017. Memahami Permasalahan Golongan Terpinggir di Bandar: Kajian Kes Gelandangan di Ceorge Town, Pulau Pinang. Jurnal Geografia 5(2), 78-94.

Nor Aishah Abdul Aziz, Mohd. Zolkifli Abd. Hamid, Ismail Saliyan, Nurul Izzati Mohd. Fuad. 2013. Kualiti Pendidikan di IPT: Pendekatan Spiritual Dalam Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE). 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education 2013. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Nur Shahidah Paad, Yusmini Yusoff & Norrodzoh Siren. 2015. Elemen Motivasi Intrinsik Dalam Model Pembangunan Diri Remaja Dari Perspektif Islam: Kajian Terhadap Motivasi Alihan Pelajar di Kuala Lumpur. International Journal of the Malay World and Civilization 3(2): 43-51.

Rifanto Ridwan. 2013. Permasalahan Anak Jalanan dan Penyelesaiannya Menurut Syariah, Undang-undang dan Hak Asasi Manusia: Kajian Kes di Kota Semarang Indonesia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rivanlee Anandar & Hery Wibowo. 2015. Model Pendekatan Centre-Based Dalam Menangani Anak Jalanan Perempuan. Social Work Jurnal 5(2): 106-208.

Rohana Hamzah, Kamarudzaman Md Isa & Roziah Mohd Janor. 2010. Spiritual Education Development Model. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 1-12.

Said Hawwa. 1990. Tarbiyatuna al-Ruhiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Saifulazry Mokhtar. 2014. Strategi Pelaksanaan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Penilaian Modul Kerohanian di Penjara Sandakan. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salasiah Hanin Hamjah, Ermy Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit & Zainab Ismail. 2012. Kaedah Meningkatkan Motivasi Motivasi Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Islam. Prosiding Seminar Pemantauan Penyelidikan Tindakan/Strategik.

Salina Mat Sehor, Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. 2016. Metafizik Islam Menangani Unsur Sekularisme dalam Pendidikan Moden Masa Kini. Dlm. Falsafah dan Pedagogi Pendidikan Islam Isu dan Cabaran, disunting oleh Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Nor Faizah Abu Hashim & Nur Syamira Abdul Wahab, 29-41. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hajar Abu Bakar, Noralina Omar, Abd Hadi Zakaria, Haris Abd Wahab. 2012. Intervensi Sosial Untuk Komuniti Tersisih: Ke Arah Pembangunan Ummah. Jurnal Hadhari 4(2): 29-44.

Siti Khatijah Said. 2017. The Influence of Spiritual Well-Being Towards Generic Skills Among Students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 7(8): 137-145.

Siti Nur Fathanah Abd Hamid, Yarina Ahmad & Nor Suziwana Tahir. 2017. Can Street Children Rely on “Friends” to Survive on the Streets? A Comparative Study between Street Children in Kuala Lumpur City and Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Administrative Science Special Edition: Socio-Economic Issue 14(3): 1-20.

United Nations Children’ Fund (UNICEF) Malaysia. 2009. Hak Untuk Semua Kanak-Kanak.

World Health Organization (WHO). 2000. Working with Street Children. Switzerland: Mental Health Determinants and Populations.

Yapandi. 2018. Spiritual Strengthening Model for Street Children Between the Hope and Challenges of ASEAN Economic Community (MEA). Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat 1(1): 1-11.

Sarmia Mohd Abdul. 2016. Pendekatan Spiritual Bagi Menangani Stress Jururawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Safina Ramli. 2017. SBJK Bakal Ubah Kawasan Chow Kit. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sbjk-bakal-ubah-kawasan-chow-kit-1.523812 [30 September 2017].

Zulkernai Fauzi. 2013. MOE Malaysia’s Programme to Provide Education for Street Children in Kuala Lumpur: Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Strategic Partner Meeting on Flexible Learning Strategies Reach Out-of-School Children in Asia and The Pacific. Bangkok, Thailand, 14-15 November.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694