Persepsi Pesakit Mental Terhadap Stigma Masyarakat (Mental Patients’ Perception Towards Social Stigma)

Rose Fazilah Ismail, Haris Abd. Wahab

Abstract


ABSTRAK

 

Gangguan mental berlaku apabila individu berhadapan dengan gangguan dalam hubungan interaksi sama ada dalam diri sendiri mahupun persekitaran kumpulan sosialnya dan gangguan tersebut menyebabkan perubahan daripada aspek kognitif, emosi mahupun sosial. Individu yang mengalami gangguan mental sering dilabel dan dikenakan stigma oleh masyarakat disebabkan kelakuan dan penampilan mereka yang dianggap menyimpang dari norma masyarakat. Tinjauan awal ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi individu yang mengalami gangguan mental terhadap reaksi masyarakat. Seramai 31 orang individu yang mengalami masalah gangguan mental kategori neurosis dan sedang menjalani rawatan susulan di Klinik Psikiatri Hospital Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan teknik pensampelan mudah. Gangguan mental neurosis merujuk pada kelakuan atau pemikiran yang tidak normal sehingga mengakibatkan penderitaan pada pesakit. Gejala-gejala neurosis meliputi keadaan emosi yang teruk secara patologikal, seperti dalam keadaan keresahan atau murung, kelakuan dan fikiran yang menyedihkan seperti fobia, obsesif atau juga penyakit-penyakit fizikal seperti histeria atau hipokondria. Walau bagaimanapun, individu yang mengalami gangguan neurosis masih sedar akan persekitaran sosialnya. Maklumat dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik. Stigma masyarakat diteliti berdasarkan pandangan individu yang mengalami gangguan mental tentang reaksi masyarakat menerusi tindakan dan tingkah laku masyarakat terhadap mereka. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 21 dan dibentangkan dalam bentuk taburan dan peratusan. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar individu yang mengalami masalah gangguan mental menyatakan reaksi masyarakat terhadap mereka adalah positif. Penemuan ini menggambarkan bahawa tidak semua individu yang mengalami gangguan mental berhadapan dengan stigma negatif dari anggota masyarakat.

 

Kata kunci: Stigma; gangguan mental; neurosis; psikosis; psikiatri

 

ABSTRACT

 

Mental disorders occur when individual facing disturbance in the interaction either in themselves as well the social environment and interference results in a change of cognitive, emotional and social. Individuals with mental disorders are often be labeled and stigma imposed by society due to the behavior and appearance that are considered to deviate from the norms of society. This initial survey aims to identify the perceptions of individuals with mental disorders on people’s reactions. A total of 31 individuals suffering from mental disorders neurosis category and are undergoing further treatment at the Penang Hospital Psychiatric Clinic were selected based on convenience sampling technique as respondents. Neurosis mental disorder refers to any behavior or thinking which causes instability condition and suffering to the patient. Neurosis Symptoms may include severe emotional condition by pathological, such as conditions of anxiety or depression, behavior and thoughts sad like phobias, obsessively or even physical illnesses such as hysteria or “hypokondria”. However, individuals have awareness on their social environment. Information gathered through structured interviews using questionnaires. Stigma examined based on view of individuals who suffering from mental disorders about society reactions towards them. The information was analyzed using SPSS 21 and presented in the form of distributions and percentages. The findings showed that a large number of individuals who suffer from mental disorders express society reactions to them are positive. These findings reflect that not all of individuals suffer from mental disorders faced negative stigma from society.

 

Keywords: Stigma; mental disorders; neurosis; psychosis; psychiatry



DOI: http://dx.doi.org/10.17576/akad-8501-02


Full Text:

PDF

References


Abdul Kadir Abu Bakar. 2012. 12% rakyat Malaysia sakit mental. Utusan Malaysia, 04 Febuari. http://www.utusan.com.my. Tarikh capaian: 9 Januari 2013

Azizi Yahya & Jamaludin Ramli. 2007. Psikologi Abnormal. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad & Sharifudin Ismail. 2006. Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Colson, A. 1971. The perception of abnormality in malay village. Dlm. Psychological Problems and Treatment in Malay Village, disunting oleh

Wagner. N. N., & Tan, S. E, 88-101. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Press.

Corringan, P. W. & Watson A. C. 2002. Forum stigma and mental illness: Understanding the impact of stigma on people with mental illness. World Psychiatry 1(1): 16-20.

Goffman, E. 1963. Stigma: Notes on the Management of Spoiled Identity. Harmondsworth, Middlesex: Penguin Book.

Haris Abd. Wahab & Che Azlina Che Zam. 2002. Penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap pesakit mental. Jurnal Manusia dan Masyarakat 13: 179-200.

Hospital KKM Pulau Pinang. 2014. Jenis-Jenis Rawatan Psikiatri. http://hpp.moh.gov.my. Tarikh capaian: 1 Oktober 2014.

Intan Nurhaila Meor Safari, NorLija Kasim, Nur Falihin Iskandar, Mohamad Haazik Mohamed & Mohd Yusof Hj. Abdullah. 2011. Tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Kajian kes di UKM, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar 14: 37- 44

Kamus Jururawat. 2012. Bailliere Edisi Malaysia. Singapore: Elsevier Pte. Ltd.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2008. Kajian Morbiditi Kebangsaan 2006 III. Institut Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi. Laporan banci penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Lemert, E. M. 1972. Human Deviance, Social Problem and Social Control. 2nd Edition. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Mahmood Nazar Mohamed. 2005. Pengantar Psikologi: Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Saat Baki. 1993. Tingkah laku tak normal. Dlm. Psikologi Melayu, disunting oleh Abdul Halim Othman, 344-385. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marcionis, J. J. 1987. Sociology. Eaglewood Cliffs: Prentice Hall.

Mohamad Jamil Yaacob. 2007. Kerjaya sebagai Psikiatri. Selangor, Kuala Lumpur: PTS Publication

Mohamed Hatta Shaharom, Anisah Che Ngah, Susan Tan Mooi Koon, Abdul Hamid Abdul Rahman, Hatta Sidi. 2008. Etika Perubatan Islam dan Isu-isu Psikiatri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Hatta Shaharom. 2001. Psikiatri: Perubatan Undang-undang dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohamad Hussain Habil. 2010. Psiko budaya halangan rawatan. Utusan Malaysia, tarikh 23. September. http://www.Utusan.com.my. Tarikh capaian: 1 Ogos 2011.

Mohit, A. 2001. Psychiatric and Mental Health for Developing Country Challenges for The 21 st Century. Kertas kerja dibentangkan di Kongres Persatuan Psikiatri Pakistan ke 13, Anjuran Perubuhan Kesihatan Sedunia, 25-29 Januari, Pakistan.

Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi & Noremy Md Akil. 2012. Manifestasi penjagaan keluarga: Tekanan psikologikal dalam menjaga pesakit mental. Journal of Social Sciences and Humanities 7: 59-75.

Myint Zan. 2010. Analysis on aspect of traditional (indigenous) and western-based thinking in the classical and modern Burmese elites’ discourse concerning madness. Akademika 78: 15-35.

Niraj Ahuja. 2006. A short textbook of psychiatry. New Delhi: Jaypee Brothers.

Persatuan Psikiatri Malaysia. 2012. Penyakit mental di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. http://www.psychiatrymalaysia.org/article.php?aid=1122. Tarikh capaian: 4 Mac 2012.

Rohana Man. 2010. Pesakit mental bertambah. Utusan Malaysia, 09 Januari. http://www.utusan.com.my/utusan. Tarikh capaian: 5 Febuari 2015.

Rusch, N., Angermeyer, M. C. & Corringan, P. W. 2005. Mental illness stigma: Concepts, consequences and initiatives to reduce stigma. European Psychiatric 20: 529-539.

Saloma Pawi, Zabidah Putit, Rekaya Vincent Balang & Jane Buncuan. 2012. Quality of life of people with mental illness who lives in the community in Sarawak. Malaysian Journal of Psychiatry 21(2): 38-49.

Stier, A. & Hinshaw, S. P. 2007. Explicit stigma and implicit stigma against individuals with mental illness. Australian Psychologist 42: 106-117.

Sulaigah Baputty, Sabtu Hitam & Sujata Sethi. 2008. Mental Health Nursing. Shah Alam: Oxford University Press.

Yeap Kah Min Reiko. 2008. Common misconceptions and attitudes towards psychology and mental health: A Malaysian context. Tesis Doktor

Falsafah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Yusmarhaini Yusof. 2005. Penilaian kesihatan mental dan kerja sosial. Dlm. Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial, disunting oleh Azlin Hilma Hillaludin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Rusimah Sayuti &

Yusmarhaini Yusof, 61-72. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Wetzel, J. W. 2000. Women and mental health: A global perspective.

International Social Work 43(2): 205-215.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694