Universiti Kebangsaan di dalam perjuangan Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung: tinjauan dari tahun 1946-1958

Mohd Ali Kamarudin

Abstract


Idea tentang pembentukan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mulai timbul dalam tahun-tahun 1920an. Namun demikian, sebelum Perang Dunia Kedua, tiada sesuatu yang konkrit dicapai terutamanya kerana sikap tiada hirau pihak Inggeris. Dalam tahun 1945, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah ditubuhkan. Organisasi inilah yang menjadi penggerak utama dalam keinginan menubuhkan sebuah universiti yang berbahasa Melayu. Dalam tahun-tahun 1940an dan 50an, KPGMS bergiat menentang segala halangan terhadap usaha meninggikan taraf sekolah-sekolah Melayu sehingga mencapai taraf yang sama seperti sekolah Inggeris, dan menyediakan asas bagi pendidikan peringkat tertinggi dalam bahasa Melayu. Bagi kali pertamanya, pada tahun 1958, pendidikan menengah telah diadakan di sekolah-sekolah Melayu. Ini menandakan kejayaan KPGMS dalam mendorongkan kerajaan supaya meninggikan taraf pendidikan Melayu dan seterusnya merintis jalan ke arah terbentuknya universiti berbahasa pengantar Melayu.

 

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694