Nota Editor (Editor Note)

Nor Haniza Sarmin

Abstract


Pada akhir 2000-an, negara-negara di rantau Asia Tenggara telah menyaksikan peri pentingnya pendidikan tinggi kerana bertumpu pada peningkatan kemampuan manusia yang secara langsung memberi hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, penting bagi kita untuk membawa pendidikan tinggi ke peringkat antarabangsa dalam membina kerjasama yang erat dalam kalangan negara-negara di rantau ini.

Suatu program antarabangsa bagi mobiliti pelajar universiti yang pada mulanya dinamakan “Projek Perintis Program Mobiliti Pelajar M-I-T” telah ditubuhkan pada tahun 2009. Projek ini pada awalnya hanya merangkumi Malaysia, Indonesia dan Thailand (M-I-T). Projek ini bertujuan untuk mewujudkan titik awal dalam program pertukaran pelajar selama satu semester yang melibatkan 23 buah universiti dari tiga negara tersebut dalam bidang tertentu dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh negara masing-masing.

Pada tahun 2012, program ini kemudiannya disertai oleh negara negara lain iaitu Brunei, Filipina, Vietnam, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Nama program ini kemudiannya ditukar kepada “Program Mobiliti Antarabangsa ASEAN untuk Pelajar”. Program pertukaran pelbagai hala ini mengkhusus kepada sepuluh bidang pengajian iaitu pertanian, perhotelan dan pelancongan, bahasa dan budaya, perniagaan antarabangsa dan sains makanan dan teknologi, kejuruteraan, biodiversiti, ekonomi, sains alam sekitar dan sains marin. Bagi negara Malaysia, sebanyak 10 buah universiti terlibat dalam program AIMS ini iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kemudian, pihak SEAMEO RIHED, peneraju dan sekretariat Program AIMS, melihat bahawa program ini merupakan model pelbagai hala yang telah berjaya di rantau Asia. Maka pada tahun 2018, nama Program AIMS telah ditukar menjadi “Program Mobiliti Antarabangsa Asia untuk Pelajar”.

Sehubungan dengan itu, Edisi Khas Jurnal Akademika ini diterbitkan untuk memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan AIMS. Selain itu, penerbitan ini juga memperlihatkan kerjasama yang bagus, semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi dari semua universiti ahli AIMS, bertepatan dengan moto AIMS “Kita Adalah Sekeluarga”. Penerbitan ini juga merupakan satu penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa AIMS yang telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua objektif dicapai sepanjang 10 tahun program AIMS ini dilaksanakan.

Skop Edisi Khas Jurnal Akademika ini merangkumi topik-topik berikut:·         Inisiatif untuk memupuk bakat global dalam kalangan pelajar AIMS·         Pengantarabangsaan dan pengembangan graduan global: Impak program mobiliti AIMS·         Kepelbagaian budaya dan keterangkuman Program AIMS·         Inovasi pembelajaran akademik baru dalam Program AIMS Penyumbang artikel bagi edisi khas ini ialah wakil-wakil dari universiti ahli AIMS dan seorang penulis tamu dari Universiti Mae Fah Luang, Thailand iaitu Dr. Romyen Konsaikanot. Dr Romyen telah bersama AIMS Thailand selama lebih daripada tujuh tahun. Beliau terkenal di negara Thailand oleh sebab pengalaman beliau yang luas dalam bidang pengantarabangsaan dan mobiliti pelajar. Penulis-penulis dari UTM, USM, UUM, UiTM, UKM, UMT, UMS dan UM ialah antara lain yang terlibat. Semoga wacana ilmiah yang julung-julung kalinya diterbitkan dalam mana-mana jurnal di Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca.  

Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin

Editor Jemputan

 

EDITOR’S NOTE

 

In the late 2000s, nations in the Southeast Asia region had witnessed the significance of higher education as it is devoted to human capacity building, which directly provides positive results to the country’s economic growth. Thus, it is important for us to elevate higher education to the international level in building cooperation among the member countries in this region.

An international programme for mobility of university students which was primarily named “M-I-T Student Mobility Programme Pilot Project” was created in 2009. In the very beginning, this programme only covered Malaysia, Indonesia, and Thailand  (M-I-T). This project aimed at creating a starting point in the student mobility programme for one semester involving 23 universities from the aforementioned three countries in certain areas with the expenses fully sponsored by the respective countries.

In 2012, this programme was later joined by other countries, namely Brunei, The Philippines, Vietnam, Japan, South Korea, and Singapore. The name was then changed to “ASEAN International Mobility for Students (AIMS) Programme”. This multilateral exchange programme focused on ten fields of studies: agriculture, hospitality and tourism, language and culture, international business and food science and technology, engineering, biodiversity, economics, environmental science and marine science. In Malaysia, 10 universities have been involved in this programme, namely Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) and Universiti Malaysia Pahang (UMP).  

Later, SEAMEO RIHED, the driving force behind the programme which is also the programme secretariat had recognised AIMS Programme as a successful multilateral model for the Asian region. Thus, in 2018, the programme was renamed to “Asian International Mobility for Students (AIMS) Programme”.

Today, we commemorate the 10th anniversary of AIMS in this Akademika Special Edition. In addition, it is to signify the great cooperation, teamwork and immense commitment among AIMS member universities, in line with the AIMS motto, “We are One Family”. It is also as an appreciation to the AIMS committee members that have been working tremendously in ensuring that the objectives are met these past 10 years.

The scope of this Akademika Special Edition covers the following topics:

  • Initiative towards fostering global talent among AIMS students
  • Internationalisation and the development of global graduates: Impact of AIMS mobility programme
  • Cultural diversity and inclusivity of AIMS Programme
  • New academic learning innovation in AIMS Programme

 

The contributors of the articles for this special edition are representatives from AIMS member universities and one guest author from Mae Fah Luang University, Thailand, Dr. Romyen Konsaikanot. Dr Romyen has been with AIMS Thailand for more than seven years and is well known in Thailand for her vast experience in internationalisation and student mobility. Other authors are from UTM, USM, UUM, UiTM, UKM, UMT, UMS, and UM.

We hope that this scholarly discourse, through its maiden publication in any journal in Malaysia, will benefit the readers.

 

 

Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin

Guest Editor


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694