Seruan melestarikan hubungan sosio-agama melalui Pendekatan Fiqh al-Tacayush (Sustainability of socio-religious relations using the Fiqh al-Taayush Approach)

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Ahmad Dahlan Salleh, Mohammad Zaini Yahaya

Abstract


Fitrah kepelbagaian manusia akan melahirkan sesuatu yang positif jika ditangani secara matang mengikut garis panduan agama. Pendekataan konflik pula sudah hilang justifikasinya, apatah lagi dalam suasana dunia kini mendambakan kedamaian. Begitu juga pengadaptasian fatwa klasik dari sudut pengkategorian dhimmi-harbi pada zaman Khilafah Islamiyyah dilihat kurang relevan dengan pola hubungan masa kini yang diistilahkan sebagai al-muwatinun. Bersesuaian dengan realiti ini, Fiqh al-Tacayush diketengahkan sebagai wadah kerukunan dalam meraikan kepelbagaian masyarakat berteraskan dasar kesalingan insan yang mendambakan keharmonian. Namun pendekatan kontemporari ini sering menimbulkan pelbagai persoalan kerana ia dilihat seolah-olah cubaan meminggirkan keimanan dan pembubaran ajaran Islam. Mentakdiskan fatwa silam dengan mematikan realiti atau menyembah realiti tanpa panduan nas dan thurath, menatijahkan kepincangan. Justeru, kajian bersifat makro ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi gambaran menyeluruh secara umum tentang latar belakang dan konsep asas Fiqh al-Tacayush yang meliputi garis panduan, cabaran dan seruan melestarikannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian merumuskan bahawa asas Fiqh al-Tacayush sudah pun terpahat kukuh dalam al-Quran dan Sunnah. Pendekatannya secara realistik dalam bentuk kontemporari berdasarkan dawabit syarak perlu diketengahkan dalam rangka melestarikan hubungan mesra sosio-agama pada masa kini. Implikasinya, para sarjana Islam perlu proaktif dalam memperkukuhkan konsep fiqh kontemporari ini secara komprehensif agar ia dapat dijadikan panduan hidup masyarakat dalam menangani konflik kemajmukan.

Kata Kunci: Fiqh al-Tacayush; dhimmi-harbi; al-muwatinun; kerukunan; kemajmukan

 

Abstract


The innumerable forms of human instincts could produce something positive if they are wisely handled using religious guidelines. The conflict approach has lost its justification, especially when the current global situation craves for peace. Adopting classical fatwas, beginning with the categorization of dhimmi-harbi during the Khilafah Islamiyyah era, lacks relevance to contemporary societal relations known as al-muwatinun (coalition or alliance of citizens). Therefore, when considering this current reality, Fiqh al-Tacayush could be a platform for seeking harmony in a multi-faceted or multi-ethnic society that craves for peace and goodwill. This approach frequently raises several questions because it presumptuously marginalises faith (iman), leading to the dissolution of Islamic teachings. To consecrate past fatwas by either nullifying or worshiping reality without any guidance from divine decrees and thurath (hereditary rulings), results in shortcomings. Hence, this study intended to provide a comprehensive picture about the background and the fundamentals of the Fiqh al-Tacayush concept, which includes the guidelines, challenges and its sustainability. The qualitative approach, based on a content analysis design, had carried out a library research and the documents were analysed using the descriptive analysis method. It was found that the fundamentals of Fiqh al-Tacayush are firmly established in the al-Quran and Sunnah. Realistically, the approach, which is contemporary in form and based on dawabit syarak, should be inserted in the framework to sustain current socio-religious relations. The requires Islamic scholars to proactively consolidate the contemporary fiqh concept so that it could become a living guide for society in order to overcome the pluralistic society issue.

Keywords: Fiqh al-Tacayush; dhimmi-harbi; al-muwatinun; concord; pluralism

Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Abd al-Rahman Amidu Najaati. 2017. Kalimah fi al-tacayush. Dlm. al-Irhab wa Khataruh cala al-Salam al-cAlami, disunting oleh Mahy al-Din Afifi Ahmad, hlm. 173-176. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah, al-Azhar al-Sharif.

Abdullah. 2011. Kerukunan umat beragama di Medan, Indonesia: Analisis menurut perspektif Islam. Tesis Ph.d, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abdullah Md. Zain. 2018. Islam bebaskan bukan takluk Baitulmuqaddis. Utusan Malaysia. 26 Januari.

Adeng Muchtar Ghazali. 2016. Toleransi beragama dan kerukunan dalam perspektif Islam. Religious: Jurnal Agama dan Lintas Budaya 1(1): 25–40.

Ahmad Mablaghi. 2017. Ihtiram al-ikhtilaf wa al-tanawwuc wa al-tacayush. Dlm. al-Irhab wa Khataruh cala al-Salam al-cAlami, disunting oleh Mahy al-Din Afifi Ahmad, hlm. 159-162. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah, al-Azhar al-Sharif.

Ahmad Tarmizi Talib, Nur Ayuni Mohd Isa, Sarjit S.Gill, Zaid Ahmad, Jayum Jawan & Abd Hakim Mohad. 2014. Persepsi terhadap toleransi sosio-agama di Sabah dan Sarawak. Dlm. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik, hlm. 1–11, disunting oleh Anuar Puteh & Ahmad Irdha Mokhtar. Bangi: Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM.

al-Fawzan, Salih Ibn Fawzan. 2009. Aḥkām al-Taᶜāmul Maᶜ Ghayr al-Muslimīn. Riyadh, Arab Saudi: Kunuz Ashbiliyya li al-Nashr wa al-Tawzic.

al-Mustafa, Husien Ali. 2014. Fiqh al-Tacayush fi al-Sirah al-Nabawiyyah. Lubnan: al-Markaz al-Islami al-Thaqafi.

al-Qaradawi, Yusuf. 2001. Fi Fiqh al-Aqalliyyat al-Muslimah. Kaherah: Dar al-Shuruq.

al-Qaradawi, Yusuf. 2010. al-Watan wa al-Muwatanah fi Daw al-Usul al-Aqadiyyah wa Maqasid al-Sharciyyah. Kaherah: Dar al-Shuruq.

al-Qaradawi, Yusuf. 2014. Fiqh al-Jihad: Dirasah Muqaranah li Ahkamihi wa- Falsafatih fi Daw al-Quran wa al-Sunnah. Kaherah: Maktabat al-Wahbah.

al-Saqqar, Manqaz Mahmud. 2006. al-Tacayush Mac Gyair al-Muslimin fi al-Mujtamac al-Muslim. Mekah: Rabitat al-cAlam al-Islami.

al-Sayyid Ali al-Amin. 2017. Nazrah fiqhiyyah fi al-muwatanah wa al-watan wa al-tacayush al-silmi. Dlm. al-Irhab wa Khataruh cala al-Salam al-cAlami, disunting oleh Mahy al-Din Afifi Ahmad, hlm. 135-157. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah, al-Azhar al-Sharif.

al-Sharif, Muhammad Musa. 2003. Al-Taqarub wa al-Tacayush Mac Gyair al-Muslimin. Jeddah, Arab Saudi: Dar al-Andalus al-Kadra’ li al-Nashr wa al-Tawzic.

al-Tariqi, Abdullah Ibrahim. 2007. Al-Tacamul Mac Ghair al-Muslimin: Usul Mucamalatihim wa Isticmalihim. Riyadh: Dar al-Fadilah.

al-Tuwayjiri, Abd al-Aziz Uthman. 2015. Al-Islam wa al-Tacayush Bayn al-Adyan fi Ufuq al-Qarn 21. al-Rabat, al-Mamlakah al-Maghribiyyah: Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

Ali Jumuah Muhammad. 2018. Al-Tacayush Mac al-Akhar fi Daw al-Sirah al-Nabawiyyah: al-Usus wa al-Maqasid. Kaherah: Shirkat al-Buruj li al-Adawat al-Maktabiyyah wa al-Madrasiyyah.

Asyraf Wajdi Dusuki. 2017a. Keperluan memahami Fiqh Ta’ayush. Sinar Harian. 26 Julai.

Asyraf Wajdi Dusuki. 2017b. Mengarus perdana Fiqh Ta’ayush. Sinar Harian. 19 Julai.

Azizan Baharuddin, Mohd Nuri al-Amin Endut, Zaid Ahmad, Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit Singh Darshan Singh, Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah, Faizal Abdul Khir, Atifah Ahmad Yusoff, Enizahura Abdul Aziz & Abd Ur Rahman Mohamed Amin. 2018. Ringkasan eksekutif: kajian indeks keharmonian sosio-agama di Malaysia. Dlm. Seminar Kebangsaan: Isu & Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk di Malaysia, hlm. 1–5. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Azlan Zamhari. 2018. Dr Zulkifli teruja rai Tahun Baru bersama Cina Muslim. Malaysiakini. 13 Februari. https://m.malaysiakini.com/news/412147. Dicapai pada: 10 Jun 2018.

Aznan Hassan. 2012. Wasatiyyah Adalah Lambang Kekuatan dan Keagungan Umat Islam, Majlis Ulama Isma. http://muis.org.my/2014/04/wasatiyyah-lambang-kekuatan-umat-islam/. Dicapai pada: 5 April 2018.

Baterah Alias. 2013. Kefahaman dan aplikasi hubungan etnik menurut Islam dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi awam Malaysia. Tesis Ph.d, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bustanul Arifin. 2016. Implikasi prinsip tasamuh (toleransi) dalam interaksi antar umat beragama. Fikri 1(2): 391–420.

Fatima A Ibrahim. 2017. Ahammiyat fahm al-akhar li tahqiq al-tacayush al-silmi fi daw al-Kitab wa al-Sunnah. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Fauzi Yusoh. 2004. Hubungan kemasyarakatan di antara orang Islam dengan orang bukan Islam menurut pandangan Islam. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Fazilah Idris, Khadijah Muda & Khairul Anwar Mastor. 2019. Pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia. Akademika 89(2): 33–42.

Hani al-Mubarak & Shawqi Abu Khalil. 1996. Al-Islam wa al-Tafahum wa al-Tacayush. Dimaysq: Dar al-Fikr.

Ibrahim Che’ Noh. 2001. Prinsip-prinsip perpaduan kaum di Malaysia: Satu kajian menerusi Piagam Madinah dan al-Sunnah. Tesis Ph.d, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junhairi Alyasa. 2018. Jakim seru semua pihak kekalkan keharmonian selaras konsep Fiqh Ta’ayush. Kosmo. 5 Februari. http://www.kosmo.com.my/negara/jakim-seru-semua-pihak-kekalkan-keharmonian-selaras-konsep-fiqh-ta-ayush-1.603527. Dicapai pada: 24 September 2019.

Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2018. Panduan dialog antara agama dalam disiplin ilmu perbandingan agama di Malaysia menurut konteks Fiqh al-Ta’ayusy. Dlm. Rahmah Li al-Alamin: Dakwah dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia, hlm: 56-84, disunting oleh Zulkefli Aini, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Zainab Ismail. Bangi, UKM.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi beragama dan amalannya di Malaysia: Rujukan kepada artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Usuluddin 27(May): 81–92.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Wan Ariffin Wan Yon & Suraya Sintang. 2014. Toleransi dan pluralisme menurut pengalaman masyarakat Bidayuh. Jurnal Usuluddin 40: 99–133.

Khairul Azhar Meerangani. 2016. Isu semasa terhadap hubungan sosial dengan non-Muslim di Malaysia daripada perspektif hukum Islam. Tesis Ph.d, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Khairul Azhar Meerangani, Syamsul Azizul Marinsah & Rushdi Ramli. 2017. Kewajaran penggunaan istilah al-dhimmi terhadap non-Muslim di Malaysia: Satu analisis. Jurnal Pengajian Islam 10(II): 40–53.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 2010. Transformasi Fikah Semasa. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Mahy al-Din Afifi Ahmad. 2017a. Al-muwatanah wa al-tacayush al-silmi fi manzur al-Islam. Dlm. al-Irhab wa Khataruh cala al-Salam al-cAlami, disunting oleh Mahy al-Din Afifi Ahmad, hlm. 91-123. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah, al-Azhar al-Sharif.

Mahy al-Din Afifi Ahmad. 2017b. Bayan al-azhar al-calami fi muwajahat al-tatarruf wa al-irhab. Dlm. al-Irhab wa Khataruh cala al-Salam al-cAlami, disunting oleh Mahy al-Din Afifi Ahmad, hlm. 209-214. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah, al-Azhar al-Sharif.

Maznah Barik. 2012. Al-tacayush al-silmi fi itar al-tacaddudiyyah al-madhhabiyyah dakhil al-mujtamac al-Muslim wa tadbiqatuh al-tarbawiyyah fi al-usrah wa al-madrasah. Tesis Sarjana, Jabatan Tarbiyyah al-Islamiyyah wa al-Muqaranah, Jamicah Umm al-Qura, Arab Saudi.

Mohamed Fadel Hamdan. 2017. Samat al-tacayush al-silmi fi al-Quran al-karim: Dirasah mawduciyyah. Journal of Islamic Sciences (27):758–88.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2014. Interaksi dengan golongan bukan Islam di Malaysia dari perspektif maqasid syariah. Tesis Ph.d, Jabatan Fiqh dan Usul. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Aizam Mas’od. 2012. Serangan ideologi barat terhadap pemikiran umat Islam dan implikasinya kepada iman. Jurnal Penyelidikan Islam 25: 99–118.

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. 2012. Prinsip hubungan sosial bagi menangani konflik dalam masyarakat Malaysia berteraskan Islam. Jurnal Peradaban 5: 49–71.

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. 2011. ‘Uruf majmuk: konsep dan amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Journal of Fiqh 8(8): 45–64.

Mohd Azrone Sarabatin. 2019. Hentikan penghinaan agama. Berita Harian. 17 April.

Mohd Faeez Ilias & Kamarul Azmi Jasmi. 2011. Peranan pendidikan Islam dalam pembangunan modal insan kelas pertama. Kertas kerja dibentang di Persidangan Kebangsaan Sains Sosial, anjuran Universiti Malaysia Sarawak, 20 - 21 April, Sarawak.

Mohd Muhiden Abd Rahman, Mohd Bakhit Haji Ali & Muhd Sufillah Mohd Soyong. 2017. Peranan hubungan Muslim dan non-Muslim terhadap kemakmuran dan keharmonian sejagat: Suatu kajian dari perspektif al-Sunnah. Al-Basirah 7(2): 43–51.

Mohd Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abd Razak & Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli. 2018. Aplikasi Fiqh al-Ta’ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Kertas kerja dibentang di Seminar Serantau Peradaban Islam 2018, hlm. 390–405, anjuran Institut Islam Hadhari, UKM, 14-15 November, Bangi.

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi & Ahmad Dahlan Salleh. 2015. Konsep jihad Yusuf al-Qaradawi dalam karya Fiqh al-Jihad. Jurnal al-Hikmah 7(1): 149–71.

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Ahmad Dahlan Salleh & Mohammad Zaini Yahaya. 2019. Melestarikan Fiqh al-Ta’ayush Malaysia dalam konteks kontrak sosial. Dlm. International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia (ICDIS) 2019, disunting oleh Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Al-Muslim Mustapa, Muhammad Razak Idris, Adawiyah Ismail & Anis Pattanaprichawong, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. 2016. Wasaṭiyyah dalam Fiqh al-Jihad karya al-Qaradawi. Tesis Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mualim, Jaffary Awang & Ibrahim Abu Bakar. 2014. Pela Gandong sebagai pemangkin toleransi antara Muslim dan Kristian di Ambon. Jurnal Hadhari 6: 43–55.

Muhammad Abd Rabb al-Nabiy. 2013. Al-Tacayush al-Silmi Mac Gyair al-Muslimin fi Daw Maqasid al-Sharicah. Manarat. http://www.manaratweb.com/التعايش-السلمي-مع-غير-المسلمين-في-ضوء-م/. Dicapai pada: 2 Januari 2019

Muhammad al-Ghazali. 1993. Kaifa Natacamal Mac al-Quran. Al-Mansurah: Dar al-Wafa’.

Muhammad Faisal Abdul Aziz. 2017. RUU 164 & Fiqh Co-Existence. ABIM. http://www.abim.org.my/berita-program/abim-pusat/item/1248-ruu-164-fiqh-co-existence.html. Dicapai pada: 4 September 2018.

Muhammad Nazmi Abd Halim & Jaffary Awang. 2016. Tahap persepsi Muslim dan non-Muslim mengenai hubungan interaksi antara agama: Kajian tinjauan di negeri Kedah dan Selangor. Journal of Social Sciences and Humanities 11(2): 104–24.

Muhammad Nazmi Abd Halim. 2017. Pola interaksi sosio-agama antara Muslim dan non-Muslim: kajian di Kedah dan Selangor. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Mukhtar Jumuah. 2014. Al-Tacayush Nahw Manhaj al-Jadid. Abu Dabi: Markaz al-Imarat li al-Dirasat wa al-Buhuth al-Istiratijiyyah.

Muntaha Artalim. 2017. Qadaya al-tacayush bayn al-Muslimin wa ghayrihim fi al-waqic al-ijtimaci wa al-siyasi al-mucasir: Dirasah fiqhiyyah ta’siliyyah fi daw maqasid al-sharicah. al-Tajdid 21(41): 222–177.

Mustafa Makki Husain al-Kubaisi. 2013. Ahkam al-Tacayush Mac Ghayr al-Muslimin fi al-Muacmalat wa al-Ahwal al-Shaksiyyah. Urdun: Dar al-Nafais li al-Nashr wa al-Tawzic.

Mustafa Rusyum. 2013. Fiqh al-Tacayush mac al-akhar min manzur al-madhhab al-Maliki. Majallah al-Sharicah wa al-Iqtisad 2(3): 39–88.

Nazneen Ismail, Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin & Maryam Habibah Kamis. 2018. Pendekatan Fiqh Ta’ayusy dalam menangani konflik antara agama. Islamiyyat 40(2): 151–60.

Nazri Muslim, Nik Yusri Musa & Ahmad Hidayat Buang. 2011. Hubungan etnik di dalam Malaysia dari perspektif Islam. Kajian Malaysia 29(1) :75–90.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. 2014. Kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran pendidikan Islam: Isu dan kepentingan. The Online Journal of Islamic Education (Special Issue of ICIED 2014): 1–11.

Qutrennada Rosli & Ahmad Yunus Mohd Noor. 2017. Pengajaran dan pembelajaran hadith di Darul ‘Ulūm Iḥyā’‘Ulūmuddīn Alor Setar Kedah: keberkesanan, metodologi dan persepsi pelajar. Akademika 87(3):137-149.

Raman Kumar & Pritam Roy. 2018. War and peace: is our world serious about achieving sustainable development goals by 2030? Journal of Family Medicine and Primary Care 7(6):1153.

Rashid Kuhus. 2016. Al-Tacayush khilal sirah. Majallah Usul al-Din (1):111-43.

Ruhaizah Abdul Ghani & Jaffary Awang. 2020. Tasamuh versus tolerance as practical approach to encounter the conflicting issue. Akademika 90(April):15-23.

Saiko Marafa. 2015. Athar al-khitab al-dini al-muacasir fi nashr thaqafat al-silm: Khitabat al-Qaradawi unmudhajan. Majallah al-Rasikun al-cAlamiyyah li al-Ulum wa al-Ulum al-Insaniyyah 1(1): 1-13.

Shayuthy Abdul Manas & Mohamed Ibrahim Mohamed Siddeek. 2016. Al-Tacayush al-silmi fidaw maqasid al-sharicah al-Islamiyyah: Sri Langka unmudhajan. Global Journal al-Thaqafah 6(1):113-26.

Siddiq Fadzil. 2015. Fiqh al-Waqi’: Teks dan Konteks dalam Pembinaan Fiqh Malaysia. Wadah Utara.http://wadahutara.blogspot.com/2015/08/dr-siddiq-fadzil-fiqh-malaysia.html. Dicapai pada: 18 Januari 2019.

Siddiq Fadzil. 2016a. Dr Siddiq Fadzil: Maqasid al-Shari’Ah: Aktualisasinya di Ranah Politik Demokrasi. Wadah Utara. http://wadahutara.blogspot.com/2016/05/maqasid-al-shariah-aktualisasinya-di.html. Dicapai pada: 25 Oktober 2018.

Siddiq Fadzil. 2016b. Dr Siddiq Fadzil: Melawan Budaya Takut: Dakwah dan Pemberdayaan Umat. Wadah Utara. http://wadahutara.blogspot.com/2016/09/dr-siddiq-fadzil-melawan-budaya-takut.html. Dicapai pada: 23 Disember 2018.

Siddiq Fadzil. 2018. Dr Siddiq Fadzil: Fiqh Coexistence, Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian. Wadah Utara.https://wadahutara.blogspot.com/2018/10/dr-siddiq-fadzil-fiqh-coexistence-hidup.html. Dicapai pada: 21 Januari 2019.

Siti Shamsiah Md. Supi. 2001. Kedudukan bukan Islam dalam perubahan sosio-politik di Malaysia menurut teori fiqh: Analisis pelaksanaannya. Tesis Sarjana, Jabatan Siyasah Syar’iyyah. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Sri Mahariyani. 2018. Pembinaan sikap toleransiberagama untuk menciptakan kerukunan siswa sekolah dasar negeri Kauman 1 Kota Malang. Tesis Sarjana,Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang.

Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli. 2017. Sinkretisme dalam adat masyarakat bajau di sabah. International Journal of Islamic Thought 12(1):83-93.

Umar Abd al-Hafiz Abdullah Muhammad. 2006. Afaq al-tacayush al-hadari fi daw surah al-maidah. Tesis Ph.d, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Uthman Mandhu Malam Musa. 2009. Al-tacayush al-silmicinda Sayyid Qutb fi tafsirih FiZilal al-Quran. Tesis Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Yang Marya Abd Khahar. 2016. Pelaksanaan dan keberkesanan pendidikan Islam dan moral di dalam memupuk persefahaman antara penganut agama: Kajian kes di SMKMethodist (ACS) Ipoh, Perak. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zulkefli Aini & Wan Nurul Anis Wan Ismail. 2018. Amalan konsep Fiqh al-Ta’ayusy (فقهالتعايش) sebagai wahana dakwah masyarakat majmuk. Dlm.Rahmah Li Al-Alamin: Dakwah dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia, hlm. 23-38, disunting oleh Zulkefli Aini, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Zainab Ismail. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifli Mohammad al-Bakri. 2018a. Konsep Fiqh al-Ta’ayush: Isu di Malaysia dan Penyelesaiannya. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2826-bayan-linnas-siri-ke-155-konsep-fiqh-ta-ayush-isu-di-malaysia-dan-penyelesaiannya. Dicapai pada: 10 Disember 2018.

Zulkifli Mohammad al-Bakri. 2018b. Masjid dan Gereja Berkongsi Ruang Meletak Kenderaan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/868-bayan-linnas-siri-ke-89-masjid-dan-gereja-berkongsi-ruang-meletak-kenderaan. Dicapai pada: 10 Julai 2018.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694