Pembinaan Indikator Perumahan Bagi Mengukur Kesejahteraan Penduduk Dengan Menggunakan Kaedah Analisis Faktor (Development of Housing Indicators for Measuring Population Wellbeing Using Factor Analysis Methods)

Yazid Saleh, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Mohamad Khairul Anuar Ghazali

Abstract


Pembentukan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan rohani adalah bermula daripada tempat tinggal. Disebabkan itu, persekitaran perumahan yang inklusif dan selamat merupakan aspek  penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap negara untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat terjamin. Sebuah indikator yang meliputi semua aspek dalam pembangunan perumahan inklusif dan selamat perlu dirangka dan dibentuk untuk digunakan sebagai alat pengukuran bagi memastikan tahap kesejahteraan hidup penduduk semakin baik di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membina indikator perumahan bagi tujuan mengukur kesejahteraan hidup penduduk di kawasan pinggiran Lembah Klang-Langat.Sejumlah 1000 ketua isi rumah yang tinggal di 15 buah kawasan pinggiran Lembah Klang-Langat telah dipilih sebagai responden secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis faktor yang merangkumi analisis faktor penerokaan (EFA), analisis faktor pengesahan (CFA) dan pemodelan persamaan berstruktur (SEM).  Hasil kajian menunjukkan hanya tiga sub indikatoriaitu (i) kemudahan, (ii) pemilihan kawasan dan (iii) keselamatan daripada indikator perumahan dengan sembilan item yang mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu CR melebihi 0.7. Penemuan ini menunjukkan bahawa indikator yang dibina memenuhi kriteria pengukuran bagi mengukur kesejahteraan penduduk bagi kawasan pinggiran. Oleh yang demikian, indikator yang telah ditentusahkan ini boleh digunapakai bagi mengukur kesejahteraan penduduk dalam konteks perumahan di kawasan-kawasan pinggiran metropolitan yang lain di Malaysia.Selain memberikan implikasi terhadap persekitaran perumahan di Malaysia, penemuan dalam kajian ini juga boleh digunakan oleh negara-negara serantau yang mempunyai corak hidup masyarakat dan persekitaran geografi yang sama dengan Malaysia sebagai kayu ukur membina persekitaran perumahan yang sejahtera.

Kata kunci:Kesejahteraan hidup;Perumahan;Pinggir bandar; Lembah Klang Langat; Analisis faktor

 

Abstract 

 

The formation of a physically and spiritually healthy society starts from the place of residence. Due to that, an inclusive and safe housing environment is an important aspect that needs to be given attention by every country to ensure the well-being of the community. An indicator that covers all aspects of inclusive housing development and is very necessary to be designed and developed to be used as a measurement tool to ensure the level of well-being of the population is improving in Malaysia. Therefore, this research aims to develop housing indicators for measuring the well-being of people living in the peri-urban of the Klang-Langat Valley. A total of 1000 heads of households from 15 areas at the peri-urban Klang-Langat Valley were selected as respondents. Data were analyzed using factor analysis methods that included exploratory factor analysis (EFA), Confirmatory factor analysis (CFA) and structural equation model (SEM). The results showed that only three sub-indicators were (i) facilities, (ii) settlement selection and (iii) safety with nine items with a high validity value of CR greater than 0.7. This finding indicates that the indicator meets the criteria for measuring the well-being of the population for the peri-urban area. Therefore, these verified indicators can be applied to improve the well-being of the population in the context of housing in other metropolitan suburbs in Malaysia. Apart from providing implications for the housing environment in Malaysia, the findings in this study can also be used by regional countries that have the same community lifestyle and geographical environment as Malaysia because the yardstick builds a prosperous environment.

Keywords: Wellbeing; Housing; Peri-urban; Klang-Langat Valley; Factor analysis




Full Text:

PDF

References


Aishah Haji Mohamed. 2013. Perubahan sosial, kesihatan dan kualiti hidup di Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat. Akademika 83(1): 11-24.

Abdul Rahman, E. 2011. Pembandaran dan kehidupan bandar di Semenanjung Malaysia. Akademika81(2): 23-39.

Abdul Samad, H., Shaharudin, I., Abdul Hadi, H. S., & Ahmad Fariz, M. 2008. Dayahuni bandar (urban livability). Bangi: LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ary, D., Jacobs, L. C., & Asghar, R. 2002. Introduction to research in education(6th ed.). Belmont: Wadsworth.

Azahan, A., Abdul Hadi, H. S., & Kadaruddin, A. 2008. Penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Akademika72(1): 45-68.

Bing Sheng, Wu., & Sui, D. 2016. Modelling impacts of globalization on desakota regions: A case study of Taipei Metropolitan Area. Environment and Planning B: Planning and Design 43(2): 320-340.

Christiaensen, L., Weerdt, J., & Todo, Y. 2013. Urbanization and poverty reduction: The role of rural diversification and secondary towns. Agricultural Economics44(4-5): 435-447.

Chua, Y. P. 2014. Kaedah dan statistik penyelidikan(3rd ed.). Kuala Lumpur: Mc. Graw Hill Sdn Bhd.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. 2000. Research methods in education(5th ed.). London: RoutledgeFalmer.

Comrey, A. L., & Lee, H. B. 1992. A first course in factor analysis(2nd ed.). Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Fornell, C., & Larcker, D. 1981. Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research18(1): 39-50.

Friedman, F., & Wulff, R. 1986. Perubahan bandar: Kajian perbandingan masyarakat perindustrian yang baru (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hair, J. F., Black, B., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. 2010. Multivariate data analysis: A global perspective. New Jersey: Pearson Education.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. 2006. Multivariate data analysis(6th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Haryati, S., & Nurasyikin, M. 2013. Transformasi dan pembangunan luar bandar: Kesan ke atas penduduk dan persekitaran. International Journal of the Malay World and Civilisation(IMAN)1(2): 71-81.

Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. 2016. Dasar Perbandaran Negara Kedua. Kuala Lumpur: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Malaysia.

Jones, G. W. 2014. Urbanisation and development in south-east Asia. Malaysian Journal of Economic Studies51(1): 103-120.

Katiman, R., Abdul Rahim, M. N., Er, A. C., Aishah@Eshah, M., Zaini, S., Mohd Hasan, N., & Rosniza, A. 2011. Impak pembangunan bandar baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat. Geografia Malaysian Journal of Society and Space7(5): 14-28.

Katiman, R., Mochamad, R., Choy, E. A., Abdul Rahim, M. N., Zaini, S., & Norazuan, Md. H. Aishah@Esah, H. M. 2010. Pembandaran dan rebakan bandar di pinggir Wilayah Metropolitan Klang-Langat. Geografia Malaysian Journal of Society and Space6(2): 37-50.

Katiman, R. 2006a. Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia. Jurnal E-Bangi1(1): 1-27.

Katiman, R. 2006b. Migrasi ke kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang. Akademika68(1): 3-27.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30(1): 607-610.

Malaysia. 2000. Banci penduduk dan perumahan negara. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

McGee, T. G. 2009. The spatiality of urbanization: The policy challenges of Mega-Urban and Desakota regions of Southeast Asia.UNU-IAS Working Paper No. 161. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/237521773_The_Spatiality_of_Urbanization_The_Policy_Challenges_of_Mega-Urban_and_Desakota_Regions_of_Southeast_Asia

McGee, T. G. 1991. The emergence of desakota regions in Asia: Expanding a hypothesis. Dlm. Ginsburg, N. S., Koppel, B., & McGee, T. G. (Eds), The extended metropolis: Settlement transition in Asia(pp3–25). Hawaii: University of Hawaii Press.

Meyers, L. S., Gamst, G., & Guarino, A. J. 2006. Applied multivariate research: Design and interpretation. United States of America: Sage Publications.

Mohamad Sofiyuddin, S., Abdul Samad, H., Shaharudin, I., & Syazwani, A. 2016. Dayahuni perumahan dalam pembangunan bandar lestari. Dlm. S. Yazid, H. Mohmadisa, N. Nasir, & C. N. Mohamad Suhaily Yusri (Eds.), Pembandaran dan transformasi ruang di Malaysia (pp. 83–94). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Yusof, H., & Mohamad Lukman, Z. 2002. Pembangunan bandar mapan dan kualiti hidup masayarakat: Penelitian sepintas lalu.Dlm. Z. Mohamad Lukman, J. Abdul Aziz, H. Mohd Yusof, & Faridatul Azna (Eds.), Impak pembangunan: Kualiti hidup dan persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Molly O’Meara, S., Kai, L., & Peter, N. 2007. State of the World. Our Urban Future. London: Earthscan.

Norisma Aiza, I. 2020. Susunan Tempat Tinggal dan Kepuasan Hidup Warga Emas: Satu Kajian Kes di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Akademika 90 (2): 39-50

Nurasyikin, M. 2013. Transformasi Pekan Parit Raja: Kajian terhadap kesejahteraan hidup masyarakat. Tesis Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurasyikin, M., & Haryati, S. 2013. Transformasi pembangunan luar bandar: Kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. Dlm.Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar, 5-6 Mei 2013. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Nurizan, Y. 1998. Kualiti perumahan dan kualiti hidup. Analisis5(1&2): 133-149.

Samruhaizad, S. 2015. Kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan: Komponen meningkatkan kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di daerah Hulu Langat, Selangor. International Journal of the Malay World and Civilisation3(3): 37-121.

Samruhaizad, S., & Azahan, A. 2014. Isu perbandaran dan kualiti hidup penduduk pinggir bandar. International Journal of the Malay World and Civilisation2(1): 63-75.

Sekaran, U., & Bougie, R. 2016. Research methods for business: A skill building approach (7th ed.). United Kingdom: John Wiley & Sons Ltd.

Sekaran, U., & Bougie, R. 2009. Research methods for business: A skill building approach (5th ed.). United Kingdom: John Wiley& Sons Ltd.

Shaharudin, I., Abdul Samad, H., Ruslan, R., & Abdul Hadi, H. S. 2016. Transformasi dan dayahuni perumahan di Malaysia. In M. J. Jamaluddin, H. Abdul Samad, M. Ahmad Fariz, & A. Kadaruddin (Eds.), Transformasi dan dayahuni habitat manusia (pp. 157–174). Malaysia: UKM.

Shaharudin, I., Abdul Samad, H., Abdul Hadi, H. S., & Ahmad Fariz, M. 2008. Spatial urban metabolism for liveable city. Blueprints for Sustainable Infrastructure Conference. Dlm.The New Zealand Society for Sustainability Engineering and Science (NZSSES). Auckland, New Zealand.

Shaharudin, I., Lim, C. S., & Abdul Samad, H. 2004. Kemudahterancaman (Vulnerability) penduduk terhadap perubahan guna tanah di Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management5(1): 79-98.

Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. 1996. Using multivariate statistics (3rd ed.). New York: HarperCollins.

Unit Perancangan Ekonomi. 2002. Kualiti hidup Malaysia 2002. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Unit Perancangan Ekonomi. 1999. Kualiti hidup Malaysia 1999. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Wan Maznah, W. H., Rosniza Aznie, C. R., & Azahan, A. 2016. Pembandaran dankemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space12(14): 41-49.

Webster, D. 2002. On the edge: Shaping the future of peri-urban East Asia. Stanford: The Asia/Pacific Research Center, Stanford University.

Yahaya Ibrahim. 2002. Proses industrialisasi luar bandar: Impak terhadap komuniti di Tanah Rancangan Felda. Dlm. Z. Mohamad Lukman, J. Abdul Aziz, H. Mohd Yusof, & Faridatul Azna (Eds.), Impak pembangunan: Kualiti hidup dan persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yazid, S., Mohmadisa, H., Hanifah, M., & Nasir, N. 2017. Issues of rural-urban transformation on the fringe of metropolitan region: Several findings from the Selangor Northern Corridor, Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences7(6): 913-924.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694