Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah Dalam Masyarakat (Solving the Problem Of Illegitimate Birth In Malaysia: The Role Of Syariah Criminal Law In The Society)

Azizah Mat Rashid, Noor Aziah Mohd Awal, Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha Abd Hamid, Tg. Noor Azira Tg. Zainudin

Abstract


Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di Malaysia membuktikan masyarakat sedang mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam kehidupan berkeluarga. Artikel ini bertujuan menganalisis prinsip dan pengaplikasian syariah berkaitan anak tak sah taraf. Dalam penganalisisan tersebut, beberapa sorotan literatur dilakukan berkaitan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf. Seterusnya artikel ini akan mengenalpasti permasalahan berkaitan kelahiran anak tak sah taraf dan mencadangkan beberapa saranan sebagai penyelesaian. Kajian yang digunapakai dalam artikel ini menggunapakai kerangka kajian perundangan tulin berbentuk kualitatif di mana metod kajian perpustakaan diaplikasikan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dari penulisan tesis, artikel jurnal, buku-buku, laporan akhbar serta sumber-sumber rujukan umum lain dianalisis secara kritis. Analisis kritis turut dilakukan terhadap dokumen-dokumen kajian lepas berkaitan isu anak tak sah taraf dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah. Artikel ini turut mengutarakan pandangan bahawa satu kajian mendalam yang lebih kritis dan komprehensif perlu dilakukan sebagai sumbangan kepada korpus akademik khususnya bagi menambah khazanah ilmu perundangan jenayah syariah berteraskan kepentingan memelihara maqasid syariah. Langkah tersebut juga merupakan suatu usaha ke arah memastikan agar perundangan jenayah syariah di negara ini mampu membendung permasalahan kelahiran anak tak sah taraf dalam masyarakat.

 

Kata kunci: Anak tak sah taraf; jenayah syariah; penguatkuasaan; moral; maqasid syariah

 

Abstract

Generally speaking, an illegitimate child refers to a child which has been born outside wedlock regardless of whether the illegitimate birth is caused by adultery or rape, and neither that the said birth is the result of a syubhah consummation.  The rise of illegitimate birth in Malaysia has significantly proved that our community is facing a very serious issue of moral demolition. This is obviously against the Islamic principle of upholding the dignity of lineage. This article intends to analyze the principles and application of Syariah rules pertaining to illegitimacy. This article further analyzes the previous literature on the enforcement of Syariah Criminal Law in preventing illegitimate birth. It then identifies problems pertaining to the issue of illegitimate birth and suggests some practical solutions. For the purpose of data collection, this purely legal doctrinal research applied a qualitative method based on library research. Critical analysis has been applied in analyzing data from a previous thesis, articles, journals, news and other general references regarding illegitimacy issues and the enforcement of Syariah Criminal Law. It is suggested that a further critical and comprehensive research to be conducted as a contribution to the academic corpus and for the enhancement of maqasid syariah in Syariah Criminal Law. 

 

Keywords: Illegitimate birth; syariah criminal law; enforcement; moral; maqasid syariah


Full Text:

PDF

References


Abd. Ghani Ahmad dan Nuarrual Hilal Md. Dahlan. 2016. Kewajipan menanggung nafkah anak tidak sah taraf: satu kajian kes di Negeri Kedah. Kanun 28 (2): 214-244.

Adibah Bahori & Siti Zubaidah Ismail, 2017. Kehamilan luar nikah dari perspektif Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia dan pengawalannya melalui program pencegahan. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat Special Issue: 29-38.

Ahmad ‘Azam Mohd Shariff. 2012. Prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah: lacuna dalam peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. PhD Thesis, Fakulti Undang-undang. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Ahmad ‘Azam Mohd Shariff. 2011. Prosedur pendakwaan jenayah syariah: analisis ke atas peruntukan undang-undang di bawah akta prosedur jenayah syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (15): 1-18.

Ainul Bashirah Ismail et. al. 2012. Kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan dan hukumannya menurut Islam. Jurnal Hadhari 4 (2): 65-88.

Anita Abdul Rahim et. al. 2012. Hukuman bagi kesalahan seksual di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992: Keperluan kepada Hukum yang lebih berat. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (16): 29-42.

Asmida Ahamd. 2001. Pelaksanaan prosedur kedilan Jenayah Syariah dan keberkesanannya di Malaysia. Tesis Sarjana. Fakulti Undang-undang. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Azlina Abdullah. 2010. Tema dan isu penyelidikan mengenai gejala sosial pada dekad pertama abad 21 di Malaysia. Akademika 78 (1): 3-14.

Che Maryam Ahmad. 2007. Penentuan nasab menurut perspektif Islam dan amalannya di Mahkamah Syariah di Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Fatwa Negeri Selangor. Garis Panduan Anak tidak sah taraf JAKIM (1998).

Hamidah Abd Hamid. 2008. Anak tidak sah taraf: suatu kajian perbandingan antara Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Selangor D.E.

Hamdani Zainal Abidin. 2016. Pelaksanaan hukuman sebat dalam kes Jenayah Syariah di Provinci Acheh: kajian perbandingan. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Hamdi bin Ishak. 2008. Kaedah penentuan kesahtarafan anak: analisis fiqh berasaskan keilmuan semasa. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor D.E.

Hasnizam Hashim & Jasri Jamal. 2017. Pelaksanaan hukuman alternatif di Mahkamah Syariah: keperluan kepada pemantapan peruntukan perundangan dalam Akta/Enakmen Syariah negeri-negeri. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat Special Issue: 49-58.

Malaysiakini. 2017. Ada lebih 500,000 anak tak sah taraf. https://m.malaysiakini.com/news/394299. Retrieved on: 15 June 2018.

Mohamad Hashim Kamali. 1989. Principles of Islamic Jurisprudence. Second Revised Editon. Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn Bhd.

Mohd Al Adib Samuri & Noor Aziah Haji Mohd. Awal. 2009. Hukuman terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia: pencegahan atau pemulihan? Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 13: 35-54.

Mohd Al-Adib Samuri. 2012. Teori penghukuman bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia. PhD Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Mohd Azhar bin Abdullah. 2012. Peruntukan dan penguatkuasaan terhadap kesalahan kesusilaan di bawah bidangkuasa kerajaan tempatan: kajian menurut Undang-Undang Kecil. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Phd Thesis. Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor D.E.

Muhamad Sujimon. 2010. The Problems of the Illegitimate Child (Walad Zina) and Foundling (laqit) in The Sunni Schools of Law, Gombak: International Islamic University Malaysia Press.

Musliha binti Idris. 2003. Kedudukan anak tidak sah taraf di Malaysia: kajian perbandingan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor D.E.

Mustafa 'Afifi et al. 2013. Bayi yang dibuang: hak dan kedudukan bayi di sisi undang-undang. MLJ 5 (lxii): i-xi.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2002. Al-Fiqhul Manhaji, Kitab Fikah Mazhab Shafie. Menghuraikan Bab Undang-undang kekeluargaan. Terj. Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Neng Djubaedah. 2014. Peruntukan perzinaan dalam undang-undang di Malaysia dan Indonesia. Tesis Sarjana, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Nik Radziah binti Nik Ali. 2001. Kedudukan anak tidak sah taraf: satu kajian perbandingan antara Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil, Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Nor ‘Adha Abdul Hamid. 2007. Pertikaian perdagangan pengguna: penyelesaian pertikaian alternatif di Malaysia. PhD Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Noor Aziah Mohd Awal. 2009. Legal status and rights of illegitimate children in Malaysia: the conflicting rights? International Society of Family Law 275-299.

Nur Al-Farhain binti Kamaruzaman. 2014. Penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri berdasarkan perspektif Islam. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Nurul ‘Izzati Mohamad. 2015. Khalwat: keperluan kepada hukuman sebat dan alternatif. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 19: 1 – 8.

Paizah Hj Ismail. 2013. Anak tak sah taraf dari perspektif syariah dan perundangan Islam di Malaysia. Jurnal Fiqh 10: 77-90.

Salina Bt Mohd Sari. 2012. Penguatkuasaan, pendakwaan dan perbicaraan kes percubaan persetubuhan haram: satu kajian di bahagian penguatkuasaan dan bahagian pendakwaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Shariah Law Reports 2 (Lxix):1-15.

Shamrahayu. 2016. Isu penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamrahayu A. Aziz. 2015. Kuasa dan peranan polis dalam penguatkuasaan Jenayah Syariah. KANUN 27(1): 85-101.

Siti Rahmaniah Bachok. 2010. Pelaksanaan penguatkuasaan kes hamil dan melahirkan anak luar nikah di Negeri Melaka dan Negeri Sembilan: satu kajian bandingan. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-undang kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Siti Zubaidah Ismail. 2008. Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di Malaysia: satu analisis. Jurnal Syariah. 16: 537-554.

Siti Zubaidah Ismail. 2013. Penjara khas bagi pesalah syariah: suatu keperluan? Shariah Law Reports 2: 1-6.

Siti Zubaidah Ismail. 2014. Pemerkasaan mahkamah syariah dalam pengurusan kes Jenayah Syariah. Jurnal Hukum 38 (1):17-25.

Siti Zubaidah Ismail. 2014. Hudud dan undang-undang jenayah syariah dalam kerangka perlembagaan dan sistem perundangan dualisme: komitmen pelaksanaan ke arah membendung jenayah di Malaysia. Jurnal Syariah 22 (2) 193-212.

Siti Zubaidah Ismail. 2014. Mendepani krisis moral: cabaran penguatkuasaan undang-undang Jenayah Syariah. Shariah Law Reports Articles 2(1): 1-9.

Yusuf Al-Qardhawi. 2012. Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan. Terj. Mohamaz Zaini Yahaya. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694