Variasi Leksikal Ganti Nama Diri dalam Varian Ulu Berang (The Use of Lexical Personal Pronouns in Ulu Berang Subdialect)

Shahidi A.H., Mohamad Firdaus Azaharuddin, Rahim Aman

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk mengkaji tentang keistimewaan leksikal ganti nama diri yang wujud dalam subdialek Ulu Berang. Subdialek Ulu Berang adalah salah satu bentuk pertuturan yang dituturkan oleh orang Melayu Terengganu di kampung Payang Kayu dan Baong. Subdialek ini kurang dikenali umum kerana subdialek ini dituturkan di pedalaman hulu mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu dan dipercayai terdapatnya beberapa leksikal yang unik diguna pakai oleh penutur subdialek tersebut. Selain itu keunikan leksikal dalam subdialek ini jelas berbeza dengan varian dialek Melayu Terengganu (DMT) atau dialek-dialek Melayu Semenanjung yang lain. Kajian ini memanfaatkan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah lapangan dan temu bual informan untuk mendapatkan data-data leksikal ganti nama diri. Kajian ini memfokuskan tiga tahap perbincangan mengenai penggunaan leksikal ganti nama diri yang terdapat dalam subdialek Ulu Berang iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND1), Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND2) dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND3). Secara ringkasnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak tujuh leksikal KGND yang digunakan dalam subdialek Ulu Berang ini iaitu [akǝʔ] [sajɛ] dan [kitɛ] (KGND1), [mǝŋ] dan [mumi] (KGND2), [dijɛ] dan [dimi] (KGND3). Leksikal [akǝʔ] dianggap mempunyai hubungan yang selesa dan akrab sesama mereka. Ia sering digunakan untuk merujuk seseorang individu berbanding [sajɛ]. Leksikal [kitɛ] yang merujuk kepada penanda jamak pula sering digunakan dalam setiap perbualan mereka. Penggunaan KGND2 [mǝŋ] merujuk kepada maksud kamu atau mu. Manakala [mumi] merujuk lebih dari seorang iaitu kamu semua. Leksikal [dijɛ] digunakan untuk merujuk orang ketiga secara individu manakala leksikal [dimi] dituju kepada orang ketiga secara jamak atau lebih dari seorang individu itu. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap bidang pengkajian dialektologi Melayu dan bidang pendokumentasian dialek Melayu. Selain bertujuan memperlihatkan variasi leksikal KGND, kajian ini juga cuba memastikan agar pengetahuan mengenai leksikal dalam subdialek ini akan terus dipelihara, dilindungi dan dikenali oleh generasi yang akan datang.

Kata kunci: Subdialek Ulu Berang; variasi leksikal; Kata Ganti Nama Diri; subdialek Kuala Terengganu, Dialktologi Melayu

 

Abstract


This paper aims to examine the lexical privileges of the personal pronouns that exist in the Ulu Berang subdialect. This subdialect is a form of speech spoken by Terengganu Malays in Payang Kayu and Baong village. This subdialect is less familiar because it is used deep in the upstream interior of the Kuala Berang area of Hulu Terengganu district and is believed to have some unique lexicals used by subdialect speakers. Besides that the lexical distinctions of this subdialect is clearly different from the variant of Terengganu Malay dialect (DMT) or other Malay dialects in Peninsular. This study utilizes qualitative designs that are interviews and feldwork methods for obtaining lexical data. This study focuses on three levels of discussion on the use of personal pronouns lexicals in Ulu Berang subdialect i.e. frst personal pronouns (KGND1), second personal pronouns (KGND2) and third personal pronouns (KGND3). Lexical [akǝʔ] is deemed comfortable and familiar relationship between them. It is often used to refer to an individual as compared to [sajɛ]. Lexical [kitɛ] referring to the plural marker in turn often used of all of their conversations. The use of KGND2 [mǝŋ] refers to the purpose of ‘you’ whereas [mumi] refers more than one, i.e. ‘all of you’. Lexical [dijɛ] is used to refer to the third person individually while [dimi] refers to the third person plural or more than just an individual person. This study provides important implications to the study of Malay dialectology and documenting Malay dialects. In addition to aiming at emphasizing variations on KGND, this study is also trying to ensure that knowledge about the lexical in Ulu Berang subdialect shall continue to be preserved, protected and known by generations to come.

Keywords: Ulu Berang subdialect; lexical variation; personal pronouns; Kuala Terengganu subdialect, Malay dialectology

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 2005. Lembangan Sungai dalam Peradaban Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Hamid Mahmood. 1990. Dialek Terengganu: Satu Tinjauan Ringkas. Jurnal Dewan Bahasa Mac: 217-225.

Ajid Che Kob. 1997. Word Final Nasal in Malay Dialects. Proceedings of Seventh International Conference on Austronesian. 35-43

Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin & Nor Ein Mohd. Noor. 1992. Bahasa. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1976. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, C. C. 1935. Terengganu Malay. JMBRAS 13(3): 1-111.

Chambers, J. K. & Trudgill, P. 1998. Dialectology. England: Cambridge University Press.

Collins, J. T. 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harimurti Kridalaksana. 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hervey, D. F. A. 1881. The Endau and its Tributaries. JMBRAS: 93-130.

Ismail Hussein. 1973. Malay Dialects in Peninsular. Nusantara 3: 69-79.

Kungler, Frank., Caroline Fery & Ruben Van De Vijver. 2009. Variation and Gradience in Phonetics and Phonology. Berlin: Mouton De Gruyter.

McKerron, P. 1931. A Terengganu Vocabulary. JMBRAS.

Muhammad Salleh. 1978. Terengganu dari Bentuk Sejarah hingga Tahun 1918M (1337). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mumad Chelaeh, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid, Nazihah Najwa Othaman, Suhailah Ruslan, Nooraniza Abu Bakar, Rusydiah A. Salam, Fatin Hakimah M. Fadzil & Miss Deela Sinur. 2017. Penerokaan maklumat linguistik dalam dialek Melayu Jugra: penelitian fonologi struktural. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 12(3): 1-29.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Rohana Mansor, Noraien Mansor, & Normaliza Abd Rahim. 2013. Dialek Melayu Terengganu: pendokumentasian dan pengekalan warisan variasi bahasa tempatan. Jurnal Melayu 10: 21-35.

Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida Yusof . 2002. Kata panggilan dalam masyarakat Melayu: analisis sosiolinguistik dan pragmatik. Jurnal Bahasa 2(2): 224-257.

Nor Hashimah Jalaluddin. 1995. Fungsi dan pola ganti nama Melayu: satu interpretasi semantik dan pragmatik. Akademika 47(Julai): 85-99.

Noraien Mansor, Noor Rohana Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2013. Dialek Melayu Terengganu Pesisir Pantai. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Nur Adibah Hasan & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2017. Struktur suku kata terbitan dialek Terengganu. Akademika 87(1): 165-175.

Shahidi A.H., Mohamad Firdaus Azaharuddin & Rahim Aman. 2018.

Fonologi dan Leksikal Subdialek Kuala Terengganu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Linguistik (PALING) 2018, hlm. 173-179.

Shahidi A. H., Rahim Aman, Ab. Samad Kechot & Sharhaniza Othman. 2016. Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: Perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12(11): 103-122.

Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: pendekatan Geographical Information System. Akademika. 88(1): 137-152.

Sturrock, A. J. 1912. Some notes on the Kelantan dialect and some comparisons with the dialects of Perak and Central Pahang. JMBRAS 62: 1-7.

Zulkifley Hamid & Naidatul Zamrizam Abu. 2017. Penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan murid pelbagai etnik. Dlm. Shahidi A. Hamid, Kartini Abd. Wahab & Sa’adiah Ma’alip (penyt.). Kesinambungan Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694