Self-Construal Watak Protagonis Wanita dalam Filem Melayu (Female Protagonist’s Self-Construal in Malay Film)

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Bilangan filem yang memaparkan wanita sebagai protagonis adalah amat terhad dalam sejarah perfileman Melayu. Di Malaysia, U-Wei adalah pengarah yang menghasilkan filem Melayu berprotagonis wanita yang paling kontroversi setakat ini. Salah satu daripada empat buah filem U-Wei yang berprotagonis wanita adalah filem Buai Laju-Laju (2004). Filem ini adalah yang ketiga bagi U-Wei tetapi yang pertama diarahnya dalam alaf 21. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan mengkaji identiti watak protagonis Zaiton dalam filem tersebut. Teori Self-Construal oleh Markus & Kitayama (1991) diaplikasikan sebagai kerangka analisis bagi mengetahui sama ada Zaiton adalah Self-Construal interdependent (Timur) ataupun independent Self-Construal (Barat). Sebagai watak Melayu Islam, Self-Construal Zaiton dikaji peranannya sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat. Sehubungan dengan itu, persoalan kajian yang diteliti adalah, ‘apakah bentuk Self-Construal Zaiton sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat dalam filem Buai Laju-Laju?’ Data bagi artikel ini diperoleh daripada kajian jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Instrumen utama kajian yang dilaksanakan ini adalah temu bual dengan U-Wei, sebagai penulis dan pengarah filem ini. Analisis kandungan turut dilakukan terhadap filem Buai Laju-Laju, di samping penulisan-penulisan lepas. Dapatan dalam artikel ini adalah kognisi, emosi dan motivasi Zaiton lebih banyak dipengaruhi oleh dirinya sendiri berbanding pandangan, perasaan dan matlamat orang lain. Sejajar dengan itu, secara keseluruhannya watak Zaiton didapati lebih cenderung dikelaskan kepada Self-Construal Barat. Atas sebab tersebut juga watak ini didapati bertentangan dengan norma-norma sosial, agama dan budaya Melayu.

 

Kata kunci: Identiti; filem Melayu; Self-Construal; protagonis; U-Wei Haji Saari

 

Abstract 

 

In the history of Malay films there are very limited numbers of films that portray female character as protagonist. U-Wei is the only Malay film director in Malaysia that has produced the most controversial female protagonist. Buai Laju-Laju is one of the four films directed by U-Wei with a female protagonist. This was U-Wei’s third film with a female protagonist but his first in the new millennium. Thus, this article intends to study Zaiton, the female protagonist of the mentioned film by U-Wei. Markus & Kitayama’s (1991) self-construal theory was applied to determine whether Zaiton’s self-construal is interdependent (Eastern) or the independent (Western) type. As a Malay Muslim character, Zaiton’s self-construal was examined based on her responsibility as a daughter, wife and member of the society. Thus, this article intends to answer, ‘what is Zaiton’s self-construal based on her responsibility as a daughter, wife and a member of her society in Buai Laju-Laju?’ The data for this article was gathering from a fundamental research with qualitative method. The main instrument for this research was interview with the writer and director of the movie, U-Wei. Content analysis was also carried out on Buai Laju-Laju, previous literatures. The findings in this article is that Zaiton’s emotion and motivation is from herself and it is not influenced by other party’s point of view, emotion or objective. Zaiton has a Western self-construal, thus this character appears to be contradictory the social norms, religion and the Malay culture.

 

Keywords: Identity; Malay film; self-construal; protagonist; U-Wei Haji Saari


Full Text:

PDF

References


A.Wahab Hamzah. 1994. Masihkah bunga desa dan air mata? Citra wanita dalam filem Melayu kontemporari. Dewan Budaya. Ogos 51-53.

Arkib Negara Malaysia. t.th. Datin Hajah Rosnani Jamil. http://www.arkib.gov.my/web/guest/datin-hajah-rosnani-jamil. Muat turun pada: 1 Februari 2019.

Asiah Sarji. 1985. Film and change. The portrayal of women in films. Kertas kerja dibentangkan di Symposium and Social Change, East-West Center, 26-30 September, Hawaii.

Azlina Asaari & Jamaluddin Aziz. 2013. Mencabar ideologi maskulin: Wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia. Jurnal Komunikasi 29(1): 113-126.

Azlina Asaari. 2017. Kajian bandingan watak wanita dalam filem seram kontemporari Melayu dan Hollywood. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buai Laju-Laju. 2004. Filem cereka. Kuala Lumpur: LeBrocquy Fraser.

Finas. 2017. Citra wanita dan sebuah bisikan seni. https://www.finas.gov.my/en/citra-wanita-dan-sebuah-bisikan-seni/. Muat turun pada: 1 Februari 2019.

Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim. 2004. Metaphor of the female in Malay movies. Jurnal Skrin Malaysia 1: 11-22.

Hanita Mohd. Mokhtar Ritchie. 2011. Negotiating melodrama and the Malay woman: Female representation and the melodramatic mode in Malaysian – Malay films from the early 1990s-2009. Tesis Doktor Falsafah. Glasgow University of United Kingdom.

Khoo Gaik Cheng. 2010. Gendering old and new Malay through Malaysian auteur filmmaker U-Wei Haji Saari’s literary adaptations, The Arsonist (1995) and Swing My Swing High, My Darling (2004). South East Asia Research 18(2): 301-324.

Markus, H. R. & Shinobu Kitayama. 1991. Culture and the self: Implications for cognition, emotion and motivation. Psychological Review 98(2): 224-253.

Mohd Hafiz Che Othman. 2010. ‘Mise-en-scene’ dalam filem U-Wei Haji Saari: Kaki Bakar dan Buai Laju-laju. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.

Mohd Helmi Yusoh & Jamaluddin Aziz. 2018. Pemerkasaan watak wanita dalam filem berunsurkan Islam: Kajian kes “Ketika Cinta Bertasbih”. Gema Online 18(1): 140-160.

Ngo Sheau Shi. 2003. The construction of sexual difference in the films of U-Wei Haji Saari: A feminist psychoanalytic analysis. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.

Ngo Sheau Shi. 2010. Pembentukan seksualiti dalam filem U-Wei Haji Saari: Satu analisis psikoanalitik feminis terhadap filem Perempuan, Isteri & … Dlm. Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan, Disunting oleh Azman Azwan Azmawati, Mahyuddin Ahmad, Mustafa Kamal Anuar & Wang Lay Kim, 105-121. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Noor Bazura Baharuddin & Abd Ghafar Ibrahim. 2008. Filem Buai Laju-laju arahan U-Wei Haji Saari: Satu analisis semiotik. Jurnal skrin Malaysia 5:55-70.

Nor Aida Mahmor & Nasihah Hashim. 2015. Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin. Journal of Education and Social Sciences 2: 137-149.

Nor Rafidah Saidon, Sity Daud & Mohd Samsudin. 2017. Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika 87(3): 61-73.

Nordin Hussin, Rahilah Omar & Siti Fathihah Abd Latif. 2012. Penyertaan ekonomi wanita Melayu dalam zaman kesultanan Melayu: Permulaan bagi sebuah perjuangan dalam Ekonomi. Akademika 82(2): 55-68.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Filem sebagai wadah komunikasi: Sorotan kajian lepas karya U-Wei Haji Saari. Edisi Khas, Jurnal Melayu 304-317.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Korpus ilmu filem-filem U-Wei Haji Saari. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Development, Environment and Society, anjuran Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, 16-17 Ogos, Sarawak.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2018. Self-Construal watak protagonis wanita sebagai seorang anak dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994). Kertas kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali ke-10, anjuran Jabatan bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 6-7 Februari, Kelantan.

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Yusmilayati Yunos & Mohammad Nazri Ahmad. 2016. Seksisme dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari. Kertas kerja dibentangkan di The Tenth International Malaysian Studies Conference, anjuran Universiti Malaysia Sabah, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), IKMAS, FSSK dan KPWKM, 15-17 Ogos, Sabah.

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Yusmilayati Yunos, Mohammad Nazri Ahmad & Fatimah Muhd Shukri. 2017. Pemaparan kognisi dan emosi wanita Melayu U-Wei Haji Saari dalam Perempuan, Isteri & … (1993). Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar, anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 23-24 Februari, Pulau Pinang.

Nur Nafishah Azmi. 2015. Watak wirawati unggul dalam filem Melayu: Kajian kes Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990) dan Perempuan Melayu Terakhir (1999). Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.

Siti Marziah Zakaria, Nor Ba’yah Ab. Kadir & Nasrudin Subhi. 2017. Selarikah makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia berkerjaya di Hulu Langat dengan perspektif Islam? Akademika 87(2): 119-131.

Soh Geok Choon. 1988. Pemaparan imej wanita dalam filem-filem bersiri “esok” arahan Jins Shamsuddin. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

U-Wei Haji Saari. 2014. Di sebalik Perempuan, Isteri & … (1993). https://www.youtube.com/watch?v=SRI9cJ77WnI&t=88s. Muat turun pada: 30 Januari 2019.

U-Wei Haji Saari. 2018. Filem Buai Laju-Laju (2004), Kuala Lumpur. Temu bual, 14 April.

U-Wei Haji Saari. t.th. The unmaking of Buai Laju-Laju. Video. Kuala Lumpur: Pengedaran J.A.S.

Zawawi Ibrahim. 2004. On Erma Fatima’s the last Malay woman: Gendering discourse on reclaiming Malayness in the new Malaysian cinema. Screening Southeast Asia 24(2): 27-38.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694