Eko-Kritik dalam Puisi Melayu (Ecocriticism in Malay Poetries)

Mohd Saberi Muda, Mas Rynna Wati Ahmad

Abstract


Perjuangan tentang kelestarian alam sekitar merupakan satu fenomena universal yang terdapat di seluruh dunia. Pencemaran udara, air sungai dan laut serta penerokaan hutan antara faktor yang menggugat kesejahteraan kehidupan. Pelbagai medium digunakan dalam mendidik dan memberi kesedaran umum tentang kepentingan kelestarian alam demi kerukunan kehidupan. Penulisan kesusasteraan merupakan salah satu kaedah yang dapat dinyatakan melalui novel, cerpen, puisi dan drama. Marzuki Ali merupakan seorang penyair dan aktivis teater yang memulakan karier awal tahun 80-an mempunyai satu gaya atau ‘signature’ dalam memperjuangkan alam sekitar. Karya-karya yang bersifat eko-kritik mendominasi keseluruhan karya-karya puisi beliau. Kumpulan puisi Jeritan Satwa Luka (2000), Bungkau Rimba Hujan Tropika (2008), Khazanah Segala Rimbun (2011) dan drama Dasila: Racau Satwa Rimba Tropika (terbitan dalam Dewan Sastera Disember 2015-Februari 2016) merupakan satu sekuel puisi beliau yang berlatarkan subjek alam sekitar. Ekologi, etika ekologi dan bahasa yang mendasari elemen eko-kritik turut menjadi unsur-unsur dominan dalam karya-karyanya. Pembangunan fizikal dan penerokaan hutan tanpa kawalan yang menggugat kelestarian flora fauna alam rimba yang menjadi subjek dalam teks turut menggabungkan maklumat dan ilmu sains, geografi dan sejarah. Ianya memperlihatkan karya tersebut bersifat didaktik serta berupaya menjadi rujukan kepada masyarakat umum. Keberanian, kelantangan dan keprihatinan Marzuki Ali dalam memperjuangkan alam sekitar telah memperlihatkan satu kronologi proses kreatifnya. Makalah ini akan memfokuskan bagaimana penyair mengangkat isu alam sekitar dalam karya kreatif Marzuki Ali yang menjadi refleksi kepada pemikirannya yang bertunjang kepada alam sekitar sebagai khazanah warisan yang akan datang.

 

Kata kunci: Kelestarian alam; flora fauna; pencemaran alam; eko-kritik; didaktik.

 

Abstrak

 

The pursuit of global environmental sustainability has become a universal phenomenon, which has yet remained a struggle. Pollutions which affected rivers, oceans and severe deforestations have all contributed towards the ecological imbalances. Countless efforts through various mediums and approaches have been widely applied to educate the masses on the importance of sustainability; this with an intention to ensure a better, greener and safer world in the future. Literature has been identified able to become a tool to disseminate information and create awareness among the society. Marzuki Ali, a poet and a dramatist who started his literary career circa in the 80s has always known for his sensitivity towards the environmental plights. His collection of poems such as Jeritan Satwa Luka (2000), Bungkau Rimba Hujan Tropika (2008), Khazanah Segala Rimbun (2011) and also his drama, Dasila: Racau Satwa Rimba Tropika (published in Dewan Sastera December 2015-February 2016) are the depictions of his strong inclinations towards environment, hence he is known to be an ecocritic poet. It is to be found that, topics on ecology, ethics in ecology and symbolic language became the thrust of the subject matter in his creative works. The combinations of various knowledge that would relate science, geography and history have become his points in highlighting the effects of world’s pollution. Thus, his woks can be perceived as to be didactic which could have easily become the point of reference to many. His perseverance in advocating his thoughts and being vocal on environmental issues have marked his creative endeavours. This paper will focus on the ways in which how Marzuki’s poems portrayed his concerns on environmental issues through his works. This would certainly reflect the poet’s strong sense in sharing his thoughts and concerns to sustain the environment as heritage for the next generations to live and appreciate.

 

Keywords: sustainability of environment; flora and fauna; pollution; ecocriticism; didactic. 


Full Text:

PDF

References


Baha Zain. 2014. September yang Hitam: Pesan Alam Suram. Dlm. Esei dan Puisi Baha Zain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Glofelty, Cheryll. 1966. Introduction: Literary Studies in an Age of Environmental Crisis. Dlm. Glotfelty, Cheryll & Harold, Fromm (ed.). The Ecocritism Reader. Athens and London: The University of Georgia Press.

Hamoud Yahya Ahmed & Ruzy Suliza Hashim. 2012. An ecocritical reading of selected poems of Muhammad Haji Salleh. Malay Literature 25(1): 1-17.

Howarth, William. 1966. Some Principles of Ecocriticism. Dlm. Glotfelty, Cheryll& Harold, Fromm (ed.). The Ecocriticism Reader. Athens and London: The University of Georgia Press.

Jamilah Hj Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab. 2011. Pengetahuan, sikap, dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika 81(3): 103-115.

Marzuki Ali. 2000. Jeritan Satwa Luka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzuki Ali. 2008. Bungkau Rimba Hutan Tropika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzuki Ali. 2011. Khazanah Segala Rimbun. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Marzuki Ali. 2018. Pemikiran penyair dalam karya, Muzium Negeri Terengganu. Temu bual, 7 April.

Mohamad Shaidan. 2016. Jeritan Satwa Luka: Dunia Penyajak, Dunia Nyata dan Dunia Pembaca. Dlm. Sharif Putera (pngr.). Pengarang Terengganu dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad. 2017. Puisi ke teater: transformasi karya Marzuki Ali. Jurnal Melayu 16(1): 101-114.

Mohd. Shafeea Leman. 2010. Pemuliharaan geowarisan di Langkawi Geopark, Malaysia. Akademika 80(Disember): 19-30.

Saroja Dhanapal & Kalai V. Rajakandram. 2014. Literature and the endangered world: a comparative study of selected works of eastern and western poets. Asian Journal of Education and e-Learning 2(3): 234-244.

Sharif Putera (peny.). 2016. Marzuki Merintih Bagi Pihak Mergasatwa. Dlm. Sharif Putera. Sebuah Tanggapan Tentang Karya dan Orang-orang Sastera. Kuala Terengganu: Sharif Kreatif.

Sohaimi Abdul Aziz. 2014. Keprihatinan Usman Awang dalam Melestarikan Alam Sekitar. Dlm. Sohaimi Abdul Aziz. (peny.). Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Zainor Izzat Zainal & Suhada Fadzil. 2018. At odds with each other: development and environmental sustainability in Cecil Rajendra’s selected poems. Journal of Language and Communication 5(2): 283-296.

Zawawi Ibrahim & Sharifah Zarina Syed Zakaria. 2009. Environment in social science perspectives in Malaysia. Akademika 76(1): 43-66.

Zurinah Hassan. 2010. Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694