Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan

KADARUDDIN AIYUB (Universiti Kebangsaan Malaysia, kada@ukm.my)

Abstract


Coastal zone is a very productive area and rich with natural resources. A number of uses have been identified along the Negeri Sembilan coastal zone include urban, tourism and recreation, trade, housing, and industry. Same of these uses are incompatible with one another due to poor or lack of planning and management. Such incompatibility has resulted in the deterioration of the physical coastal environment which can easily be detected through the presence of high concentration of suspended sediment and changes in the beach profiles. The water quality, although not exceeding standards set by the Department of Environment, is actually deteriorating. However, for E. Coli. it has already exceeded the stipulated standard. Sources of the coastal waters pollution can be traced mostly from development process carried out on land. The efforts of the Negeri Sembilan state government and MDPD in trying to manage the coastal zone is still found wanting due to a number of factors such as old and unresolved problems of incompatible uses, pressures from both the public and private sectors to develop the coastal zone especially for tourism and leisure development, and the lack of coordination among government agencies which lead to poor enforcement efforts. It is envisaged that these problems could be solved through a conscientious enforcement effort by a systematic and holistic planning and coastal zone management system.

ABSTRAK

Zon pinggir pantai merupakan kawasan produktif dan kaya dengan sumber alam. Beberapa jenis kegunaan telah dikenal pasti di zon pinggi pantai Negeri Sembilan seperti kegunaan bandar, pelancongan dan rekreasi, perniagaan, perumahan dan juga perindustrian. Sesetengah kegunaan itu tidak sepadan di antara satu dengan lain disebabkan perancangan yang kurang teliti atau pun kurangnya perancangan dan pengurusan. Ketidaksepadanan penggunaan itu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal pinggir pantai yang dapat dikesan melaluiĀ  kewujudan konsentrasi sedimen terampai yang tinggi dan perubahan pada profil pantai. Kualiti airnya didapati merosot walaupun masih berada di bawah had yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Bagaimanapun, untuk E. Coli had yang ditetapkan itu sudah dilampaui. Sebahagian besar punca pencemaran perairan pinggir pantai ini merupakan proses pembangunan yang dilakukan di darat. Usaha-usaha kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Port Dickson (MDPD) untuk menguruskan masalah tersebut masih menghadapi kekangan disebabkan beberapa faktor seperti masalah lama penggunaan yang tidak sepadan yang masih belum diselesaikan, tekanan kedua-dua sektor kerajaan dan swasta untuk membangunkan zon pinggir pantai terutamanya untuk pemajuan rekreasi dan peranginan, dan kurangnya koordinasi di antara agensi-agensi kerajaan yang menyebabkan kekurangan penguatkuasaan. Masalah ini dijangka dapat diatasi melalui penguatkuasaan yang rapi oleh suatu bentuk perancangan dan pengurusan zon pinggir pantai yang sistematik dan holistik.


Full Text:

PDF

References


Jabatan Pengairan Dan Saliran 1989. Feasibility study and detailed design of coastal protection works at Port Dickson (Negen Sembilan) and Pantai Kundor (Melaka). Kuala Lumpur. Jurutera Konsultant (S.E.A) Sdn. Bhd.

Jamaluddin, M.J. 1986. Beberapa aspek penggunaan dan pengurusan pinggir pantai di kawasan Majlis Perbandaran Knala Terengganu, Terengganu. Laporan dikemukakan kepada Jawatanknasa Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin, M.J. 1993. Pengurusan alam sekitar cara perundangan di Malaysia. Dlm. Sham Sani, Abdul Samad Hadi dan Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.), Alam sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Technical Reports, Working Group on Urban Ecosystems, Malaysia National MAB Committe and MAB UNESCO. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia/UNESCO.

Majlis Daerah Port Dickson, 1990. Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Majlis Daerah Port Dickson. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Malaysia.

Mohd. Ibrahim, M. 1982. Trends in international cooperation in research and training in coastal zone management. Dlm. Kato, 1. et al. (pnyt.) Environmental protection and coastal zone management in Asia and the Pacific. Tokyo: Universiti of Tokyo Press.

Stanley Consultants, Inc., 1986. National Coastal Erosion Study. Excutive Report, Jentera Konsultant (S.E.A) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Tourist Development Corporation Malaysia. 1995. Tourist statistics 1994. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.

Zelina, Z.I., 1993.Pengurusan zon pinggir pantai. Dlm. Sham Sani, Abdul Samad Hadi dan Jamaluddin Md. Jahi, (pnyt.), Alam Sekitar dan Pengurusannya di Malaysia, Technical Reports, Working Group on Urban Ecosystems, Malaysia National MAB Committe and MAB UNESCO. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia/UNESCO.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694