Reaksi Masyarakat Limbang terhadap Rancangan Pembentukan Malaysia Melalui Siasatan Suruhanjaya Cobbold 1962 (The Limbang Society Reaction to Malaysia Formation’s Plan through the Cobbold Commission Enquiry 1962)

Habids buhigiba Mohamad bustamam, Suffian Mansor, Mohd Samsudin

Abstract


Limbang merupakan antara daerah yang paling bergolak dalam jajahan Brunei sejak tahun 1850. Isu Limbang telah menimbulkan kontroversi berpanjangan apabila Charles Brooke merampas Sungai Limbang daripada pentadbiran Brunei pada tahun 1890. Idea penubuhan Malaysia telah membawa kepada pembentukan Suruhanjaya Cobbold bagi menyiasat pandangan dan penerimaan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara. Tinjauan di Bahagian Limbang menarik perhatian disebabkan latar belakang sejarah Limbang yang unik. Kajian ini akan cuba melihat pendirian masyarakat di Bahagian Limbang terhadap rancangan pembentukan Malaysia pada tahun 1962. Di samping itu kajian ini akan turut mengemukakan implikasi bangkangan penduduk Limbang dan kesannya ke atas kehidupan sosial masyarakat Bahagian Limbang sebelum tahun 1963. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah iaitu memberikan tumpuan utama kepada sumber primer di samping penggunaan-sumber sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini termasuklah rekod-rekod British, surat-menyurat, laporan, keratan akhbar dan warta kerajaan. Siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa majoriti penduduk Bahagian Limbang bersetuju menyertai rancangan Malaysia dengan beberapa syarat yang ditetapkan. Walaupun menerima rancangan Malaysia kajian ini mendapati wujudnya rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan British. Manakala keputusan di Daerah Limbang pula agak berbeza iaitu majority penduduk menolak penyertaan dalam Malaysia. Kebimbangan penerimaan rancangan Malaysia telah membawa kepada tercetusnya peristiwa pemberontakan penduduk di Limbang pada 8 Disember 1962.

 

Kata kunci: Suruhanjaya Cobbold; TNKU; Bumiputera; Melayu Brunei; Petisyen Limbang

 

Abstract

 

Limbang is one of the most turbulent districts in Brunei since 1850. The Limbang’s issue has led to prolonged controversy when Charles Brooke annexed the Limbang River from the Brunei administration in 1890. The idea of establishing Malaysia has led to the formation of Cobbold Commission to enquire the views and acceptance of the people in Sarawak and North Borneo. The survey in Limbang Division attracts attention due to the unique background of Limbang’s history. This study will try to see the stand of the community in the Limbang Division on the formation of Malaysia in 1962. In addition, this study will also introduce the implications of the Limbang population and its impact on the social life of the Limbang Division before 1963. This study will use qualitative methods of historical approaches that focus on primary sources in addition to secondary sources. Among the primary sources consulted in the study include British records, correspondence reports, newspapers, and government official publications. The enquiry by the Cobbold Commission found that the majority of the Limbang Division people agreed with Malaysia’s plans with certain conditions. Despite the acceptance of Malaysia’s plans, according to this study, there has been a growing number of dissatisfaction against the British Government. While the decision in Limbang District is quite different, the majority of the population rejected the Malaysia’s plan. The concern of the acceptance of Malaysia’s plans have lead to the outbreak of the Limbang rebellion on 8 December 1962.

 

Keywords: Cobbold Commission; TNKU;Bumiputera; Malay Brunei; Limbang Petition


Full Text:

PDF

References


A. Rahman tang Abdullah & Saidah Alih. 2017. Proses kemerdekaan Sabah dan Sarawak (1961-1963): tinjauan kembali aplikasi perundangan dalam penubuhan Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 44(1): 24-57.

Amni Syamimi Zaki & Anuar Ahmad. 2017. the level of integration among students at secondary school: A study in Limbang, Sarawak. The International Journal of Social Sciences and Humanities Invention 4(2): 3284-3288.

Awang Aming bin bakir. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/55, 27 Februari. the National Archive.

Awang bogol bin Daud 1962 . Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, 4 Mac, CO 947/54. the National Archive.

Berita Harian. 1962. Sarawak menolak tuntutan terhadap Limbang. 3 Mei.

Chinese Chamber of Commerce Limbang. 1962. Surat kepada Pengerusi Cobbold Commission, CO 947/55, 5 Mac. the National Archive.

Debco, A.M. 1963. Notes on meeting, 6 Mac, FCO 141/12568. the National Archive.

Deterding, D. & Ishamina Athirah Gardiner. 2017. Journal of the International Phonetic Association 47(1): 99-108.

Gabenor borneo Utara. 1961. telegram No. 662 kepada Secretary of State for the Colonies, FCO 141/12562, 15 September.

Gabenor Sarawak. 1961. telegram No. 642 kepada Secretary of State for the Colonies, FCO 141/12562, 15 September.

Gantang bin Ludin. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/55, 10 Mac.

Helen Mu Hung ting & Chang Yee Siew. 2018. Asal-usul perjuangan masyara-kat sivil Cina di Malaya tentang persoalan perlembagaan kemerdekaan terutamanya persoalan jus soli. Kajian Malaysia 36(2): 113-146.

Ho, Hui Ling. 1998. Rancangan Malaysia: bantahan Orang Cina Sarawak Melalui Suruhanjaya Cobbold. Malaysia dari segi Sejarah. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia 26: 15-44.

Lima Persatuan Masyarakat Cina Limbang. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/55, 10 Mac. the National Archive.

Melville, E. 1961. Surat kepada Colonial Office London, FCO 141/12562. 26 Ogos. the National Archive.

Mohd. Daud bin Daim & Sablee bin Hamid. 1962. Surat kepada kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/54, 23 Februari. the National Archive.

Norena Abd karim Zamri, Muhaimin Sulam & Ahmad Murad Noor Merican. 2017. tracing the trajectories of history of Malaysia: Exploring historical consciousness in Sarawak. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 25 (S): 219 - 228.

Norizan Kadir dan Suffian Mansor. 2017. Reviving the Sultanate of Sulu through its Claim over Sabah, 1962-1986. Akademika 87(3): 123-136. http:// ejournal.ukm.my/akademika/article/view/16225 Retrieved on: 3 April 2018.

Pengiran Shahbudin bin Pengiran Abu bakar. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/54, 4 Mac. the National Archive.

Petisyen Penduduk Daerah Limbang. 1962. CO 947/55, 27 Februari. the National Archive.

Ratcliffe P. 1961. telegram No. 642 kepada ketua Setiausaha kerajaan Sarawak, FCO 141/12562, 13 September. the National Archive.

Report of the Commission Enquiry, North borneo and Sarawak. 1962.

Shaw, A.N. 2016. british counterinsurgency in brunei and Sarawak, 1962–1963: developing best practices in the shadow of Malaya. Small Wars & Insurgencies 27(4):702-725. http://dx.doi.org10.1080/09592318. 216.1190052. Retrieved on: 3 Mac 2018.

Suffian Mansor 2016. Pakatan politik berasaskan kaum: kerelevanan dan kelangsungan jawatan timbalan ketua Menteri Sarawak (1963-2016). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 43(2): 100-123.

Tabed Lasong. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/54, 28 Feb. the National Archive.

Tierney, S. 2016. Should the people decide? Referendums in a post-sovereign age, the Scottish and Catalonian cases. Netherlands Journal of Legal Philosophy 45 (2):99-118. https://philpapers.org/pub/5199/2016 Retrieved on: 8 November 2018.

tunku Abdul Rahman. 1961. Sarawakor part of it should be returned to brunei, DO 169/54. the National Archive.

Wakil ketua kampung di Limbang. 1963. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/55. Mac 1963. The National Archive.

Wakil Pejabat bak kelalan. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold, CO 947/54, 7 Mac. The National Archive.

Wakil Penduduk Long Lamid et al. 1962. Surat kepada Suruhanjaya Cobbold. CO 947/54, 6 Mac. The National Archive.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694