Kerangka-Kerangka Kajian Lepas Untuk Meneliti Protagonis Wanita Dalam Filem Melayu (Previous Research Frameworks to Study Female Protagonist in Malay Films)

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Para sarjana lazimnya mengangkat filem-filem U-Wei Haji Saari sebagai subjek kajian dalam meneliti pemaparan wanita dalam filem Melayu. Hampir kesemua protagonis wanita U-Wei dipaparkan bertentangan dengan norma-norma masyarakat Melayu dan hal ini menjadikan watak-watak wanitanya subjek kajian yang popular. Oleh itu, artikel ini memberi tumpuan kepada kerangka-kerangka kajian lepas yang diaplikasikan dalam meneliti empat filem U-Wei yang berprotagonis wanita iaitu Perempuan, Isteri &… (1993), Black Widow-Wajah Ayu (1994), Buai Laju-Laju (2004) dan Hanyut (2016). Antara penulisan pertama tentang protagonis wanita U-Wei pada tahun 1994 sehingga yang terakhir pada tahun 2019, terdapat 15 penulisan ilmiah yang mengaplikasikan pelbagai kerangka kajian untuk membincangkan protagonis wanita U-Wei. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah kerangka kajian yang diaplikasikan dalam meneliti filem-filem berprotagonis wanita U-Wei Haji Saari sehingga Jun 2019?’. Bagi menjawab persoalan tersebut sebuah penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajiannya. Analisis kandungan dilaksanakan terhadap bahan-bahan seperti artikel jurnal, buku dan tesis untuk memperoleh data. Dapatan dalam artikel ini adalah terdapat lebih 10 kerangka kajian yang diaplikasikan untuk meneliti pelbagai permasalahan tentang filem-filem U-Wei yang berprotagonis wanita. Antara kerangka yang diaplikasikan adalah teori feminisme, semiotik, psikologi budaya, psikoanalisis feminis, psikoanalisis Lacanian, nasionalisme, performative, fasisme, paradigma three act structure, model peletakan produk, elemen mise-en-scene, self-construal dan pendekatan Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis. Kerangka-kerangka kajian yang telah diaplikasikan ini bukan sahaja terbukti mampu menemukan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan, malah turut membantu kefahaman terhadap protagonis wanita U-Wei dalam pelbagai dimensi.

 

Kata kunci: Filem Aliran Baharu Malaysia; Filem Melayu; kerangka kajian; korpus ilmu; U-Wei Haji Saari

 

Abstract

 

U-Wei Haji Saari’s films are usually picked by scholars as their subject to study the portrayal of female protagonists in Malay films. Almost all female protagonists by U-Wei are presented against the Malay society norms and this makes his female characters a popular research subject. Thus, this article focuses on previous research frameworks that were applied to analyze four of U-Wei’s female protagonist films, namely Perempuan, Isteri &… (1993), Black Widow-Wajah Ayu (1994), Buai Laju-Laju (2004) dan Hanyut (2016). Between the first article written on U-Wei’s female protagonist in 1994 until the last in 2019, there are 15 academic writings which employ various research frameworks to discuss U-Wei’s female protagonists. Thus, this article intends to answer the question, ‘what are the research framework employed to study U-Wei’s female protagonist films up to June 2019?’. To answer this question a fundamental research was chosen with a qualitative research design. Content analysis is the main research instrument to gather data from journal articles, books, and thesis. The findings in this article is, there are more than 10 research frameworks employed to study various problems on U-Wei’s female protagonist. Amongst them are feminism, semiotic, cultural psychology, feminist psychoanalysis, Lacanian psychoanalysis, nationalism, performative, fascism, paradigm three act structure, product placement model, mise-en-scene elements, self-construal and Islamic approach based on the al-Quran and hadis. These frameworks not only have proven its ability to produce answers, but also provide various dimensions to understand U-Wei’s female protagonists.

 

Keywords: Malaysian New Wave Films; Malay film; research framework; corpus knowledge; U-Wei Haji Saari

Full Text:

PDF

References


Anon. 2009. Kakak Tua ‘jalang’ dulu dan ‘jalang’ sekarang. Mstar, 20 November. http://www.mstar.com.my. Retrieved on: 1 Mei 2018.

Anuar Nor Arai. 2007. Kumpulan Esei dan Kritikan Filem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Astro Awani. 2014. Di sebalik filem Perempuan, Isteri & …. https://www.youtube.com/watch. Retrieved on: 1 Mei 2018.

Azlina Asaari & Jamaluddin Aziz. 2013. Mencabar ideologi maskulin: Wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia. Jurnal Komunikasi 29(1): 113-126.

Fatimah Muhd Shukri. 2014. Dramaturgi filem: Peletakan produk dalam naratif filem-filem Melayu dan Hollywood. Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan D.N.

Fatimah Muhd Shukri & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Pengkajian isu negara-bangsa dalam filem Melayu 1997-2015. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar, anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 23-24 Februari, Pulau Pinang.

Fatimah Muhd Shukri, Nur Afifah Vanitha Abdullah & Nur Azliza Mohd Nor. 2017. Korpus ilmu sinema nasional di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Development, Environment and Society, anjuran Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, 16-17 Ogos, Sarawak.

Fuziah Kartini Hassan Basri & Raja Ahmad Alauddin. 2012. The search for a Malaysian cinema: Between U-Wei, Shuhaimi, Yusof and LPFM. Asian Cinema 7(2): 58-73.

Hanita Mohd. Mokhtar Ritchie. 2011. Negotiating melodrama and the Malay woman: Female representation and the melodramatic mode in Malaysian – Malay films from the early 1990s-2009. Ph.D Thesis, University of Glaslow, United Kingdom.

Kartina Dollah. 1994. Imej wanita jalang di layar perak: Kajian kes Perempuan, isteri & …? Arahan U-Wei Haji Saari: Satu pendekatan semiotik dan psikoanalisis. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Khoo Gaik Cheng. 1999. Gender, modernity and the nation in Malaysian literature and film (1980s and 1990s). Ph.D Thesis, University of British Columbia Vancouver.

Khoo Gaik Cheng. 2002. Strangers within the (imagined) community: A study of modern Malay identity in U-Wei Hj. Saari’s Jogho and Sabri Zain’s Face Off. Review of Indonesian and Malaysian Affairs 36(2): 81-114.

Khoo Gaik Cheng. 2006. Reclaiming Adat: Contemporary Malaysian Film and Literature. Vancouver: University of British Columbia Press.

Khoo Gaik Cheng. 2010. Gendering old and new Malay through Malaysian auteur filmmaker U-Wei Haji Saari’s literary adaptations, The Arsonist (1995) and Swing My Swing High, My Darling (2004). South East Asia Research 18(2): 301-324.

Lawrence Quek. 1993. P.I. & …? Bicaranya… Dewan Budaya, November.

Mohd Hafiz Che Othman. 2010. ‘Mise-en-scene’ dalam filem U-Wei Haji Saari: Kaki Bakar dan Buai Laju-laju. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ngo Sheau Shi. 2003. The construction of sexual difference in the films of U-Wei Haji Saari: A feminist psychoanalytic analysis. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ngo Sheau Shi. 2010. Pembentukan seksualiti dalam filem U-Wei Haji Saari: Satu analisis psikoanalitik feminis terhadap filem Perempuan, Isteri & … In Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan, edited by Azman Azwan Azmawati, Mahyuddin Ahmad, Mustafa Kamal Anuar dan Wang Lay Kim, 105-121. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Noor Aida Mahmor & Nasihah Hashim. 2015. Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin. Journal of Education and Social Sciences 2:137-149.

Noor Bazura Baharuddin & Abd Ghafar Ibrahim. 2008. Filem Buai Laju-laju arahan U-Wei Haji Saari: Satu analisis semiotik. Jurnal skrin Malaysia 5:55-70.

Nor Rafidah Saidon, Sity Daud & Mohd Samsudin. 2017. Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika 87(3): 61-73.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Sorotan literatur bangsawan di Malaysia 1960-2017. Jurnal Melayu 16(2): 179-190.

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Yusmilayati Yunos & Mohammad Nazri Ahmad. 2016. Seksisme dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari. Kertas kerja di bentangkan di The Tenth International Malaysian Studies Conference, anjuran Universiti Malaysia Sabah, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), IKMAS, FSSK dan KPWKM, 15-17 Ogos, Sabah.

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Yusmilayati Yunos, Mohammad Nazri Ahmad & Fatimah Muhd Shukri. 2017. Pemaparan kognisi dan emosi wanita Melayu U-Wei Haji Saari dalam Perempuan, Isteri & … (1993). Kertas kerja di bentangkan di Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar, anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 23-24 Februari, Pulau Pinang.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Korpus ilmu filem-filem U-Wei Haji Saari. Kertas kerja di bentangkan di International Conference on Development, Environment and Society, anjuran Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, 16-17 Ogos, Sarawak.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Filem sebagai wadah komunikasi: Sorotan kajian lepas karya U-Wei Haji Saari. Jurnal Melayu Edisi Khas 304-317.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2018. Self-Construal watak protagonis wanita sebagai seorang anak dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994). Kertas kerja di bentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali ke-10, anjuran Jabatan bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, 6-7 Februari, Kelantan.

Nur Azliza Mohd Nor & Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2019. Sisterhood political solidarity dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari. Jurnal Melayu 18(1): 43-57.

Nur Azliza & Nur Afifah Vanitha. 2019. Self-construal watak protagonis wanita dalam filem Melayu. Jurnal Akademika Special Issue 89(1): 163-174.

Nur Nafishah Azmi. 2015. Watak wirawati unggul dalam filem Melayu: Kajian kes Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990), dan Perempuan Melayu Terakhir (1999). Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.

van der Heide, W. 2002. Malaysian Cinema, Asian Film: Border Crossings and National Cultures. Amsterdam: Amsterdam University Press.

Wan Hasmah Wan Teh & Md. Salleh Yaapar. 2015. Pandangan S. Othman Kelantan dan U-Wei Haji Shaari terhadap masyarakat Melayu Kelantan dan Patani: Adaptasi daripada Novel Juara kepada Filem Jogho. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(2): 224-244.

Wan Zawawi Ibrahim. 2003. The search for a ‘New Cinema’ in post-colonial Malaysia: The films of U-Wei bin Haji Saari as counter-narrations of national identity. Inter-Asia Cultural Studies 4(1): 145-154.

Zawawi Ibrahim. 2004. On Erma Fatima’s the Last Malay woman: Gendering discourse on reclaiming Malayness in the new Malaysian cinema. Screening Southeast Asia 24(2): 27-38.

Zawawi Ibrahim. 2009. Contesting ‘nation’. Renegotiating identity and multiculturalism in the new Malaysian cinema. Kertas Kerja di bentangkan di Korea-ASEAN Academic Conference on Popular Culture Formations Across East Asia, anjuran ASEAN University Network (AUN) and Korean Association of Southeast Asian Studies (KASEAS), 1-4 Februari, Thailand


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694