Mekanisme Kerajaan dengan Kerajaan (G2g) Malaysia: Perbandingan “Employment Permit System (Eps)” di Korea Selatan (Government to Government (G2g) Mechanism in Malaysia: Comparison With The Employment Permit System (Eps) in South Korea)

Mohamed Rafizal Mohamed Eusoff

Abstract


Mekanisme pengurusan kemasukan pekerja asing adalah penting untuk memastikan jumlah pekerja asing yang terdapat di negara penerima adalah mencukupi dan tidak memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan. Mekanisme biasa iaitu penggunaan agensi pengrekrutan dikatakan telah mendatangkan pelbagai masalah seperti manipulasi maklumat pekerjaan dan mengenakan kos melampau yang perlu dibiayai pekerja asing serta majikan. Inisiatif Malaysia dalam melaksanakan mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan Bangladesh di dalam sektor perladangan mulai November 2012 telah mendapat maklumbalas positif daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan menyarankan agar Malaysia meluaskan perlaksanaannya. Artikel ini bertujuan untuk membuat perbandingan mekanisme G2G Malaysia dan Employment Permit System (EPS) Korea Selatan yang diiktiraf sebagai amalan tebaik oleh ILO untuk mengenalpasti elemen persamaan, perbezaan dan penambahbaikan yang boleh diterapkan di dalam mekanisme G2G Malaysia dengan memberi fokus kepada pengurangan eksploitasi agensi pengrekrutan. Perbandingan dibuat dengan menghubungkan tema dan kategori yang timbul (mapping) di dalam kedua-dua kes supaya amalan di Malaysia boleh dinilai dengan mengambil EPS Korea sebagai penanda aras. Sumber data yang digunakan ialah dokumen, mesyuarat, laporan berkaitan, temuduga dan pengetahuan pengkaji semasa berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia (KSM). Satu penemuan yang signifikan ialah mekanisme G2G Malaysia perlu menggunakan pendekatan yang lebih holistik dengan meluaskan perkhidmatan kepada pekerja asing walaupun selepas kepulangan mereka ke negara asal. Langkah ini sangat penting dalam memastikan pekerja asing yang telah berkhidmat di negara destinasi dan telah pulang ke negara asal tidak akan kembali sebagai pendatang tanpa izin (PATI). Akhirnya, negara destinasi dan negara sumber akan mendapat manfaat bersama.

 

Kata kunci: Pekerja asing; jaringan sosial; agensi pengrekrutan; mekanisme G2G; dan Employment Permit System (EPS)

 

Abstract

 

The mechanism to manage foreign labor is important to ensure sufficient foreign labor supply in the host country without adversely affecting the local population. The existing mechanism of labor recruitment through the recruitment agencies has been subject to numerous complaints such as fraudulent manipulation of information and exorbitant fees incurred for both the migrants and employers. Malaysia’s initiative in implementing government to government (G2G) mechanism with Bangladesh in the plantation sector since November 2012 has gained a positive feedback from the International Labour Organisation (ILO) and has suggested that Malaysia broaden the implementation. This article aims to compare the G2G mechanism of Malaysia and the Employment Permit System (EPS) of South Korea which has been recognized as the best practice by the ILO to identify the elements of similarities, differences and improvements that can be implemented in Malaysia G2G mechanism which focussing on reducing the exploitation of the recruitment agencies. The analysis is done by mapping key themes and categories that arise in both cases, so as to assess the Malaysian practice against the Korean case as the benchmark of best practices. Data used in this study are collected through desk review of relevant documents, meetings, interviews and first-hand knowledge gained while the first author worked in the Ministry of Human Resources (KSM). A significant discovery is the Malaysia G2G mechanism should apply a holistic approach by extending services to the foreign workers even after their return to their own country. The approach is essential to ensure that the foreign workers who have served the destination country and returned to their origin country will not return as illegal immigrants (PATI).Finally, both countries, the country of destination and source country will mutual benefit from the process.

Keywords: foreign workers; social network; recruitment agency; G2G mechanism; and Employment Permit System (EPS)


Full Text:

PDF

References


Agunias D. Rannveig. 2013. What We Know About Regulating the Recruitment of Migrant Workers. Washington: Migration Policy Institute.

Agunias, D. 2009. Guiding the Invisible Hand: Making Migration Intermediaries Work for Development. Human Development Reports (Research Paper 2009/22). Washington : United Nations Development Programme.

Agunias, D. Rannveig. 2010. Migration’s Middlemen: Regulating Recruitment Agencies in the Philippines-United Arab Emirates Corridor. Washington: Migration Policy Institute.

Azizah Kassim, Too T., Wong S.C.M. & Mahani Zainal Abidin. 2014. The management of foreign workers in Malaysia: Institutions and governance regime. Managing International Migration for Development in East Asia (11): 241-262.

Azizah Kassim. 2012. Dasar Mengenai Pekerja Asing di Malaysia: Perlunya Anjakan Paradigma, Siri Syarahan Perdana Umum UKM Bangi. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Central Intelligence Agency (CIA). 2016. Electronic sources: Populasi rakyat Korea.

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ks.html [9 September 2016].

Che Hashim Hassan. 2009. Buruh asing di Malaysia:Trend, kaedah, kesan, masalah dan cara mengatasinya.Journal of Southeast Asian Studies (14). http://jatidseas.um.edu.my [29 April 2016].

Fairul Asmaini Mohd. Pilus, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Siraj Mohd Zaini, Mohd Azim Fitri Abd Aziz, Nurul Huda Kosnon, Ravale Savarinathan, Abu Bakar Sidek, Mohd Hasbi Sidek, Ayusliza Azizan dan Mohd Shukor Amin. 2015. Keadaan mayat menyedihkan. Harian Metro, 4 September: 10.

Hussaini Amran. 2016. MoU bawa pekerja Bangladesh dimeterai. Utusan Malaysia, 19 Februari: 4.

Intan Suria Hamzah & Sity Daud. 2016. Implikasi kemasukan pekerja asing di Malaysia: Suatu tinjauan awal. Jurnal Sains Insani 01: 69-77

International Labour Organization (ILO). 2014. ASEAN Community 2015: Managing Integration for Better Jobs and Shared Prosperity. Geneva: ILO.

International Organisation for Migration (IOM). 2010. Migrasi Tenaga Kerja dari Indonesia. Indonesia: Organisasi Internasional untuk Migrasi.

Jabatan Penerangan Malaysia. 2014. Demografi Penduduk. www.penerangan.gov.my [9 Mei 2016].

Jabatan Tenaga Kerja (JTK). 2015. Handbook on Labour Migration in Malaysia. Malaysia. Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian Sumber Manusia (KSM). 2012. Dokumen Memorandum Persefahaman berkenaan pengambilan pekerja asing Bangladesh di dalam sektor perladangan secara Mekanisme Kerajaan dan Kerajaan (G to G Mechanism) Cawangan Dasar Perburuhan. (Sulit).

Kementerian Sumber Manusia (KSM). 2016. Statistik Pekerjaan dan Perburuhan- Siri 7, bil. 1/2016. Malaysia: Kementerian Sumber Manusia.

Kibria N. 2011. Working Hard for the Money: Bangladesh Faces Challenges of Large-Scale Labor Migration. Migration Policy Institute.

http://www.migrationpolicy.org / article / working-hard-moneybangladesh-faces-challenges-large-scale-labormigration [13 Disember 2017]

Kim, J. Min. 2015. The Republic of Korea’s Employment Permit System (EPS): Background and Rapid Assessment. Geneva: International Labour Organisation.

Kuptsch, C. & Martin P. 2011. Low-Skilled Labour Migration. Dlm. Global Migration Governance, disunting oleh Betts, A., 34-59. United Kingdom: Oxford University Press.

Meyers, Eytan. 2000. Theories of international migration policy - A comparative analysis. International Migration Review 34: 1245-1282.

Mohamad Fauzi Sukimi dan Muhd Ridhwan Sariffin. 2014. Negara, undang-undang dan tenaga kerja asing: Antara ideal dan realiti di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 10 (1): 2180-2491.

Noor Rahamah Hj Abu Bakar. 2013. Masa kerja fleksibel dalam Sektor Formal di bandar: Mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Jurnal Akademika 83 (01): 77-80.

Norlia Anak Jawor. 2017. Jabatan Tenaga Kerja, Selangor. Temu bual, 2 November.

Pillai P. 1995. Labour Migration in Asia. ASEAN Economic Bulletin 12(2): 221-236.

Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed, Ramendran SPR Charles & Yacob P. 2012. The impact of employment of foreign workers: Local employability and Trade Union Roles in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 2 (10): 2222-6990.

Satish a/l Sreenivasan. 2015. Pengurusan kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia melalui mekanisme G2G, Putrajaya. Temu bual, 11 Disember.

Siti Fardaniah Abdul Aziz. 2018. Bagaimana organisasi boleh memotivasikan pekerja untuk belajar dalam latihan: Persepsi ahli Akademik. Jurnal Akademika 88 (2): 5-20.

The Daily Star. 2007. 200 Bangladeshi workers stranded at KL airport. http://archive.thedailystar.net/newDesign/news-details.php?nid=2476 [13 Disember 2015].

Wickramasekara P. 2015. Bilateral Agreements and Memoranda of Understanding on Migration of Low Skilled Workers: A Review. Geneva: International Labour Organisation.

Wickramasekara P. 2016. Review of the Government-To-Government Mechanism for the Employment of Bangladeshi Workers in the Malaysian Plantation Sector. Geneva: International Labour Organisation.

Zafir Mohamed Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun.2007. Amalan pengambilan dan pemilihan pekerja: Tinjauan ke atas firma terpilih di Sektor Perkilangan. http://ijms.uum.edu.my/images/pdf1/14no2ijms/ijms1429.pdf [29 April 2016].


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694