Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah (Teacher’s Role as an Agent of Socialization in Promoting Unity in School)

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, Adlina Ab Halim

Abstract


Sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Dalam konteks ini, guru merupakan agen yang lebih berautoriti, sekali gus dapat memberi impak yang lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan provokasi perkauman serta melakukan pengasingan pelajar mengikut kaum, latar belakang ekonomi dan agama agar pelajarnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi dan membentuk perpaduan kaum kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum. Kaedah kualitatif melalui teknik perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion atau FGD) telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian melibatkan seramai enam orang guru yang terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India. Mereka merupakan guru yang berkhidmat di enam buah sekolah rendah daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat peranan utama dalam memupuk dan membentuk perpaduan kaum, iaitu penyampai maklumat ilmu kenegaraan; ilmu perpaduan; ilmu kebudayaan kaum; dan sebagai suri teladan kepada pelajar ke arah pemupukan perpaduan kaum.

 

Kata kunci: Agen sosialisasi; perpaduan kaum; guru; sekolah rendah; pelajar

 

 Abstract


School has been reckoned to be an important institution that aids in promoting ethnic unity through socialization processes that involve agents, such as teachers and peers. Within this context, teachers are agents who process ultimate authority in delivering positive impacts to develop ethnic unity in schools. Teachers, especially at primary school level, are an important socialization agent in uniting multiracial students, thus forming awareness among the young minds regarding their responsibilities to be good citizens. Nevertheless, some teachers seem to spark racial provocations and segregations among students based on race, economic background, and religion so as to achieve good results in examinations, and partly ignore their role as a socialization agent to generate racial unity among the students. Therefore, this study had been carried out to scrutinize the role of teachers as an agent of socialization in promoting unity. As such the qualitative method through Focus Group Discussion (FGD) was performed to meet the objectives of the study by involving six teachers comprising of Malay, Chinese, and Indian teachers. They selected teachers have been serving at six primary schools from National Schools (SK), Chinese National-type Schools (SJKC), and Tamil National-type Schools (SJKT) in the Petaling district. The outcomes signify that teachers, essentially, have four significant roles as information conveyors in knowledge of nationhood, unity, ethnic cultures, as well as being the role models in nurturing unity among students.

 

Keywords: Socialization agent; ethnic unity; teacher; primary school; student



Full Text:

PDF PDF

References


Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Ahmad Rafaai Ayudin. 2011. The effectiveness of Teaching and Learning History Based On Multicultural Towards National Integration In Malaysia. Procedia Computer Sciences, 3:1588-1596.

Anne, M. P. & Rosary, V. L. 1993. An Examination of Teaching as a Practical Political Activity. Curriculum Inquiry 23(2): 155-173.

Allport, G.W. 1954. The Nature of Prejudice. Cambridge, MA: Perseus Books.

Arnett, J. J. 2007. Historical Overview of Socialization Research and Theory. In Handbook of Socialization: Research and Theory, edited by J. E. Grusec and P. D. Hastings. New York: The Guilford Press.

Ashley, K.S. & Trisha, D.S. 2013. Motivation Among Public Primary School Teachers In Mauritius. International Journal of Educational Management. 27(4): 446-464. Tarikh capaian: 21 Julai 2017.

Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin & Abdul Rahman Mad Aroff. 2001. Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, 23-25 Mei, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Brown, A. & Mistry., T. 2005. Group work with “mixed membership” groups: Issues of race and gender. Social Work with groups 28(3/4): 133-148. Tarikh capaian: 2 September 2017.

Cartledge, G., Kea, C.D. & Ida, D. 2000. Anticipating Differences- Celebrating Strengths: Providing Culturally Competent Services for Students with Serious Emotional Disturbance. Teaching Exceptional Children 32(3): 30-37.

Dowse, R. E., & Hughes, J. 1971. The family, the school, and the political socialization process. Sociology 5(1:) 21-45.

Haminah Haji Suhaibo. 2010. Pemupukan Petriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL 9. Tarikh capaian: 24 Mac 2015.

Haynes, B. 2009. Patriotism and Citizenship Education. Educational Philosophy and Theory 41(4): 365-377.

Jacobsen, R., Frankenberg, E. & Lenhoff, S.W. (2012). Diverse Schools in a Democratic Society: New Ways of Understanding How School Demograhics Affect Civic and Political Learning. American Educational Research Journal 49 (5): 812-843. Tarikh capaian: 21 July 2017.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Ku Hasnita Ku Samsu 2007. Patriotisme Di Kalangan Generasi Muda Malaysia: Kajian Kes Ke Atas Mahasiswa Bukan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Lee Lam Thye. 2009. Konsep 1 Malaysia Hapus Polarisasi Kaum. Berita Harian, 27 Mei, 2009.

Mahmood Shahsavari & Fatemeh Shahsavari. 2012. Evaluation of Al-Ghazali’s View about the Foundations of Education (Objectives, Programs, Methods, Teacher and Student). Switzerland Research Park Journal 101(8): 340-345.

Mariscal, D.C., Corredor, G.A. & Cabezas, M.F. 2014. Future Teachers’ Attitudes Towards Cultural Diversity, Minorities and Gender Violence. Procedia Social and Behavioral Sciences 132: 497-503.

Miller, N. 1995. Groups in Contact. The Psychology of Desegregation. New York: Academic Press.

Mohd. Salleh Mohd. Yassin. 2006. Peranan Universiti Dalam Memupuk dan Mengukuhkan Perpaduan dan Integrasi Di Kalangan Mahasiswa. In Readings on Ethnic Relations in A Multicultural Society: Perspectives and Research on National Unity and Integration, edited by Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian dan Abu Daud Silong. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Najeemah Mohd Yusof. 2011. Persekitaran Sekolah dan Guru dalam meningkatkan Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan. Pendidikan Sosial DP 11(2): 67-76.

Nicholas, D.S., Samantha, W., Kathryn, G. & Julia, G. (2016). Racial Discrimination, Cultural Resilience, and Stress. The Canadian Journal of Psychiatry. 61(5): 298-307. Retrieved on: 21 Julai 2017.

Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd. Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ponder, G. 1971. The Teacher as Activist. Theory into Practice 10(5): 363-367.

Reynolds, M. 2001. Education for Inclusion, Teacher Education and the Teacher Traning Agency Standards. Journal of In-Service Traning 27(3): 465-476. Retrieved on: 6 June 2014.

Rohaty Mohd Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes, H.S. 2011. Cultural Awareness among Preschool Teachers in Selangor, Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 15: 1573-1579. Retrieved on: 24 May 2015.

Rosli Yacob & Wan Hasmah Wan Mamat. 2007. Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan 27(1): 135-147.

Rosman Mohd. Yusoff & Kassim Thukiman. 2008. Teori dan Pemikiran Mengenai Hubungan Etnik. Dlm. Thukiman Kassim dan Hamidah Abd. Rahman (Eds.). Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. (ms.17-54). Skudai: Penerbit UTM Press. Tarikh capaian: 2 Ogos 2017

Rush, M. & Althoff, P. 1971. An Introduction to Political Sociology. London: Nelson

Saporito, S. & Riper, D.V. 2016. Do Irregularly Shaped School Attendace Zones Contribute to Racial Segregation or Integration? Southern Sociological Society 3(1): 64-83. Retrieved on: 22 July 2017.

Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri & Kamarulzaman Abdul Ghani. 2011. Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor. Global Journal AlThaqafah 1(1): 71-78. Tarikh capaian: 11 September 2016.

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini. 2016. Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika 86(2): 31-42.

Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasum, Nooreiny Maarol & Manisah Mohd Ali. 2014. Addresing Student Diversity via Culturally Responsive Pedagogy. Procedia Social and Behavioral Sciences 134: 101-108. Tarikh capaian: 11 April 2017.

Taylor, R.H. 2017. Let’s Talk About Race: Children’s Racial, Ethnic, and National Identification and Teacher’s Socialization Practices. Master Thesis, University of California.

Utusan. 2002. Lakonan Pura-pura Rakyat Malaysia Dalam Perpaduan Antara Kaum. Utusan Online, 18Ogos. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0818&sec=Rencana&pg=re_03.htm Tarikh capaian: 25 Oktober 2014.

Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad. 2009. Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. 141-154. Skudai: Penerbit UTM Press.

Zanariah Abd Mutalib. 2010. Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. Berita Harian. 1 September.

Zuria Mahmud & Salleh Amat. (1998). Guru berkesan: Kemahiran dalam menangani pelajar. Kertas kerja seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Pendidikan Guru untuk sekolah berkesan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694