Penglibatan Komuniti Tempatan dalam Pasaran Tumbuhan Ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah (Involvement of Local Community in the Sale of Medicinal Plants at Tamu Markets of West Coast Sabah)

Jurry Foo

Abstract


Penglibatan komuniti dalam penjualan tumbuhan ubatan pasar tempatan yang dikenali sebagai tamu, merupakan kelaziman yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Sabah. Pergantungan terhadap sumber tumbuhan ubatan itu boleh dikaitkan dengan konsep tradisi ruang dalam kajian geografi, di mana manusia mengorganisasi dan menyusun ruang yang digunakan bagi mencapai matlamat penghidupan yang lebih baik. Dalam konteks ini, penyusunan ruang pasaran tumbuhan merujuk kepada tindakan terhadap sumber yang dikendalikan di tamu, kerana ia membentuk corak penglibatan komuniti yang biasanya dilabelkan sebagai ‘peranan’. Oleh kerana semua tindakan manusia merupakan penentu kepada fenomena dalam ruang, maka artikel ini akan mengupas penglibatan masyarakat tempatan dalam  penjualan tumbuhan ubatan di tamu Pantai Barat Sabah dari perspektif tradisi ruang.  Seramai 107 responden yang terdiri daripada sembilan etnik tempatan telah terlibat dalam proses soal selidik dan sesi temubual. Hasil kajian mendapati bahawa kuasa penuh diberikan kepada penjual dalam membuat keputusan terhadap tindakannya di tamu, manakala aspek pendapatan menjadi faktor utama motif penglibatan. Manakala mobiliti pengetahuan dan sumber mengenai tumbuhan ubatan telah dibawa bersama melalui pergerakan penjual di dalam lingkungan kawasan kajian dan dibawa masuk dari lokasi lain. Kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti tidak hanya tertakluk kepada tindakan, tetapi juga meliputi kuasa membuat keputusan dan proses mobiliti sumber dan bahan.

 

Kata kunci: Penglibatan; komuniti; penjualan; tumbuhan ubatan; tamu


Abstract

 

The involvement of communities in the sale of medicinal plants at tamu markets has become part of the cultural landscape of Sabah. Dependence on the source of the medicinal plants can be attributed to the concept of spatial traditions in geographic studies, in which humans organize and arrange the space to achieve goals, in accordance with their will and desires. In this context, the arrangement in the sale of medicinal plants at tamu markets is referred to action towards resources, as it forms a community engagement pattern that is usually labelled as 'role'. Since actions are the determinants of phenomena in space, this article will examine the involvement of local communities in the sale of medicinal plants at the tamu in West Coast of Sabah from the perspective of spatial tradition. A total of 107 respondents, comprising nine ethnic groups, participated in questionnaires and interview sessions. Findings show that authority is given to the sellers in making decisions at the tamu, while income became the major factor of their involvement. Mobility of knowledge and resources on medicinal plants have been brought together through the sellers’ movements within the study area and brought in from another location. This study suggested that community involvement is not only subject to action, but also includes the power of decision-making and the process of mobility of resources and materials.

 

Keywords: Involvement; community; market; medicinal plants; tamu



Full Text:

PDF

References


Abd Latif Mohmod. 2015. Prakata. Dlm. Memperkasa Jalinan Industri Herba Ke Arah Transformasi Ekonomi, disunting oleh Asiah, O., H.F, Lim., B.J, Chee., M. Nik Musaadah., M. Mastura ., K. Getha., M. G. H, Khoo., P. Mazura & S. Vimala. Prosiding Persidangan Industri Herba 2015. FRIM Proceedings No. 7. Putrajaya, 3-5 Nov. Kepong: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Hlm. ix.

Abdul Samad Hadi. 1989. Evolusi Dan Kedinamisan Ruang. Kajian Etnografi Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.

Andersen J., Nilsson, C., Richelier, T.D., Fredriksodottir, H., Januarius Gobilik, Mrtz, O., Gausset, Q. 2001. Local use of forest products in Kuyongon, Sabah, Malaysia. ASEAN Review of Biodiversity and Environmental Conservation (ARBEC). http://www.arbec.com.my/pdf/art2janmar03.pdf Tarikh capaian: 4 Mei 2012

Asmiaty Amat & Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2012. Brunei. Dlm. Murut dan Pelbagai etnik kecil lain di Sabah, disunting oleh Kntayya Mariappan & Paul Porodong. 2012. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Azlizan Talib, Hamzah Jusoh & Yahaya Ibrahim. 2009. Penyertaan Komuniti Luar Bandar Dalam Bidang Keusahawanan Melalui Program Gerakan Daya Wawasan (GDW). Prosiding PERKEM IV(2): 369-384. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun.

Bilcher Bala, Baszley Bee Basrah Bee & Jane Wong Kon Ling. 2012. Lundayeh. Dlm. Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah, disunting oleh Kntayya Mariappan & Paul Porodong. (2012). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Chong, H. S. & Low, A. F. 2008. The Tamu. Sabah’s Native Market. Kota Kinabalu: OPUS Publications.

Dayu Sansalu. 2008. Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Permodenan 1881-1967. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fasihuddin Ahmad & Ghazally Ismail. 2003. Medicinal plants used by Kadazandusun Community around Crocker Range. In A scientific journey trough Borneo, Crocker Range National Park Sabah, edited by Fasihuddin Ahmad & Ghazally Ismail. Vol. 2. Socio-cultural and human dimension. Asean Academic Press,

Fatan Hamamah Yahaya. 2003. Potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-Bangi 1: 1-13. Arkib. https://core.ac.uk/download/pdf/14330177.pdf. Tarikh capaian: 11 Jan 2018.

Felix Tongkul. 2002. Traditional Systems of Indigenous Peoples of Sabah. Malaysia. Wisdom Accumulated Trough Generation. Penampang: Partners of Community Organisation (PACOS Trust).

Felix Tongkul. 2007. Resources management system. Bab 10. In Traditional Systems of Indigenous People of Sabah, Malaysia. Wisdom Accumulated Through Generations. Partners of Community Organisation (PACOS Trust), Penampang.

Gusni Saat. 2000. Alam Kesedaran Komuniti Bajau di Kota Kinabalu. Dlm. Sabah Dalam Perluasan Pasaran, disunting oleh Abdul Hali Ali, Ishak Shaari Habibah Ahmad & Er Ah Choy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haliza Abdul Rahman. 2013. Pembangunan dan Kesihatan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslina Hashim & Regina Garai Abdullah. 2009. Penglibatan Komuniti dalam Pembangunan Luar Bandar: Kajian Kes di Pusat Pertumbuhan Desa Gedong, Sarawak. Akademika 77: 41-67. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysai.

Ibrahim Jantan. 2008. Penyelidikan tumbuhan ubatan. Penemuan dan pembangunan dadah dan produk herba. Syarahan Perdana. 25 Julai. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Penerangan Malaysia. 2008. Etnik Sabah dalam Kepelbagaian Kebudayaan. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html. Tarikh capaian: 26 Julai 2014.

Jacqueline Pugh Kitingan. 2012. Murut. Dlm. Kntayya Mariappan & Paul Porodong (pnyt.). 2012. Murut dan Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah, hlm. 23-107. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Julius Kodoh, Andy Russel Mojiol & Walter Lintangah. 2009. Some Common Non-Timber Forest Products Traded by Indigenous Community in Sabah, Malaysia. Journal of Sustainable Development 2 (2): 1-18. http://www.ccsenet.org/journal/index.php/jsd/article/view/3025 Tarikh capaian: 29 Oktober 2012.

Julius Kodoh. 2006. Income of Local Sellers of Non-Timber Forest Products in Sabah, Malaysia. Sepilok Buletin 4. Sandakan: Jabatan Perhutanan Sabah:

-30.

Julius Kulip. 2003. An Ethnobotanical Survey of Medicinal and Other Useful Plants Of Muruts in Sabah, Malaysia. http://www.academia.edu/download /30923505/ Tel10Kul081.pdf Tarikh capaian: 1 Julai 2013.

Jurry Foo, Mustafa Omar, Ahmad Aldrie Amir & Abdul Latiff Mohamad. 2014. Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu di Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal. Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10(2): 147-160.

Jurry Foo. 2012. Sino. Dlm. Murut dan Pelbagai etnik kecil lain di Sabah, disunting oleh Kntayya Mariappan & Paul Porodong. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Kalsum Kayat & Nik Ashikin Mohd. Nor. 2006. Penglibatan Komuniti dalam program Pembangunan Komuniti: Satu kajian ke atas Program homestay di Kedah. Akademika 67: 77-102. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamaruddin Mat Salleh, Kusalah, G & Abdul Latiff Mohamad. 2000. Peranan Tumbuhan dalam Budaya Masyarakat Tempatan: Satu Kajian Etnobotani Masa Kini di Malaysia. Sains Malaysiana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katiman Rostam & Asmah Ahmad. 2006. Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kntayya Mariappan & Paul Porodong. (pnyt.). 2012. Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Michael Boutin. 2004. Languages of Sabah. Dlm. Languages and Literature. The Encyclopedia of Malaysia, disunting oleh Asmah Omar. Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Mumtazah Othman. 2011. Penggunaan Lestari: Konsep dan Pengenalan. Dlm. Penggunaan Lestari. Bagaimana Tingkah laku Remaja?, disunting oleh Mumtaz Othman & Nurizan Yahaya, 1-11. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nik Fuad Nik Mohd. Kamil & Noaraien Mansor. 2007. Penghidupan Mapan. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

Nur Hafizah Yusoff & Rahimah Abdul Aziz. 2010. Kelestarian Langkawi Geopark: Penglibatan Komuniti Kuala Teriang, Langkawi. Akademika 78: 95-100. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shim, P. S. 2007. Inland People of Sabah. Before, during and after Nunuk Ragang. Cultural heritage of North Borneo. Putatan: Borneo Cultural Heritage Publisher.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694