Analisis Kajian Sastera: Semiotik Dalam Novel Anwar Ridhwan (Analysis of Literature Research: Semiotik dalam Novel Anwar Ridhwan)

Jyh Wee Sew

Abstract


Perbincangan ini meninjau kualiti sebuah buku ilmiah bahasa Melayu yang diterbitkan pada 2014. Kerangka ilmiah yang digunakan membahagikan penilaiannya ke dalam dua kategori, iaitu penampilan luaran dan struktur dalaman. Kategori pertama memeriksa kualiti suntingan dan ketelitian rujukan manakala kategori kedua meninjau kualiti kajian serta kepersisan aspek teori yang digunakan sebagai wadah perbincangan. Kualiti suntingan bermaksud ketepatan dalam ejaan sesuatu bahasa. Ketelitian rujukan ilmiah bererti penampilan kesemua rujukan yang digunakan ke dalam senarai bibliografi. Kualiti kajian dalam perbincangan ini merujuk pada sebarang lanjutan pengetahuan daripada analisis buku yang berkesinambungan dengan hasil kajian yang tersedia ada, atau memperbetul hasil kajian yang terkandung dalam sorotan kajian. Kepersisan aspek teori dalam konteks ini merupakan kejelasan penulis mengaitkan pandangannya dengan ufuk pemikiran baharu berdasarkan pemilihan pecahan tertentu daripada mazhab pemikiran yang diperguna sebagai kerangka kajian. Keempat-empat sudut pandangan ini beroperasi sebagai kayu pengukur bagi sebuah tulisan yang berpegang pada kerangka semiotik. Kandungan buku ini mengandungi kekurangan dari segi kesalahan ejaan hingga ke tatacara rujukan ilmiah yang kurang teliti diperhatikan dalam bibliografi. Perbincangan semiotik yang dipaparkan agak terbatas pada hubungan penanda dan rujukan. Konsep mitologi, iaitu analisis semiotik pada tahap tinggi yang dipelopori oleh Roland Barthes, di luar skop analitik buku ini. Perhitungan ikon, indeks dan simbol dalam analisis novel-novel menunjukkan bahawa kajian semiotik dalam buku ini hanya setakat mengemukakan istilah semiotik sebagai satu katalog penganalisian novel Melayu.

Kata kunci: Buku ilmiah Melayu; kajian semiotik; Anwar Ridhwan; novel Melayu; mitologi

 

ABSTRACT

This discussion inspects the quality of a Malay academic book published in 2014. The academic framework examines the external presentation and the internal structures. The former scrutinises the qualities of editing, and attentiveness to referencing whereas the latter evaluates the qualities of research as well as the accuracy in using aspects of theory as part of the argument. The quality of editing informs on the accuracy of spelling whereas attentiveness academic referencing entails a complete inclusion of all the consulted references in the bibliography. Research quality refers to any expansion of knowledge from the analysis of the book in cohesion with the existing findings, or any reconciliation for the existing findings identified in the literature review. The accuracy of theoretical application, on the other hand, refers to the author’s clarity in detailing the arguments towards a new horizon of viewpoints based on the selection of specific components from the theory subscribed in the research. This article shows that the book under investigation contains shortcomings ranging from errors in spelling to inconsistent reference organization in the bibliography. Furthermore, the rather limited discussion in the book on the associations between signifier and signified fails to uphold the concept of mythology, a higher order semiotic analysis pioneered by Roland Barthes. Due to a surface application of the field of semiotics, that is a mere counting of icon, index and symbols in the analyses, the research of this book is limited to a cataloguing of semiotics terminology into Malay novels.

Keywords: Malay academic book; semiotic research; Anwar Ridhwan; Malay novel; mythology


Full Text:

PDF

References


A. Rahim Abdullah. 1992. Tunggul-tunggul gerigis kaya dengan semiotik. Dewan Sastera. 22, 88-92. Mei.

Anwar Ridhwan. 2012. Wajah Timur Lidah Barat: Permasalahan Imperialisme Linguistik di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. 2015. Kampar dalam geolinguistik dan geobudaya Melayu. Jurnal Bahasa 15(2): 201-218.

Barthes, R. 2012/1957. Mythologies. Trans. Richard Howard & Annette Lavers. New York: Hill and Wang.

Barthes, R. 2002. The death of the Author. In The death and resurrection of the Author? edited by William Irwin, 3-7. Westport: Greenwood Press.

Belsey, C. 2002. Poststructuralism: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press.

Chandler, D. 2007/2002. Semiotics: The Basics. 2nd Edition. London: Routledge.

Deal, A.R. 2016. Person-based split ergativity in Nez Perce is syntactic. Journal of Linguistics 52(3): [belum cetak; 32 muka surat]

Hajijah Jais. 2003. Novel-novel Anwar Ridhwan: Penerapan Teori Teksdealisme. Tesis Sarjana Sastera, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Howells, R., & Negreiros, J. 2012/2003. Visual Culture. Cambridge: Polity.

Isa Kamari. 1998. Satu Bumi. Singapura: Pustaka Melayu.

Kalthum Ibrahim. 2006. Maria Zaitun dalam Salam Maria lambang wanita mukmin masa kini. GEMA Online Journal of Language Studies 6(1): 11-20.

Kincheloe, J. L., eds. 2004. Multiple Intelligences Reconsidered. New York: Peter Lang.

Mana Sikana. 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Safei. 2005. Kajian bandingan novel intertekstual Melayu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Mohamad Shaidan. 2001. Penjabaran semiotik dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad. Tesis Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Noriza Daud. 2004. Semiotik daripada perspektif Islam: Konsepsi lambang pantun warisan rakyat. Tesis Sarjana Sastera, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Peirce, C.S. 1965. Collected papers of Charles Sanders (Vol. I & II). Cambridge MA: Harvard University Press.

Ratna Roshida Abdul Bakar. 2010. Memahami watak Sa’aman dalam Keluarga Gerilya: Satu pendekatan logoterapi Frankl. Akademika 79(1): 65-72.

Riffaterre, M. 1978. Semiotics of Poetry. Bloomington: Indiana University Press.

Sahlan Mohd. Saman. 1988. Antara dua kepercayaan: Satu perspektif semiotik. Dewan Sastera. 18, 70-72. Dis.

Sahlan Mohd. Saman. 2002. Pengajian Melayu dalam Konteks Kesusasteraan Bandingan. Bangi: Persatuan Penulis Selangor.

Saussure, F. de. 1983. Course in General Linguistics. Trans. Roy Harris. London: Duckworth.

Sew, J.W. 2015a. Semiotics of performing in Najwa Latif’s music videos. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication 31(2): 299-321.

Sew, J.W. 2015b. Assessing Malay proficiency at the tertiary level: Criteria features in learner language. Kajian Malaysia 33(1): 19-41.

Sew, J.W. 2015c. Aspects of cultural intelligence in idiomatic Asian cultural scripts. WORD 61(1): 12-24.

Sew, J.W. 2009. Semiotik Persembahan Wacana. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Sew, J.W. 2011. Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan BeR-. GEMA Online Journal of Language Studies 11(2): 155-170.

Shahnon Ahmad. 1992. Ummi & Abang Syeikhul. Pulau Pinang: Percetakan Yusran.

Shakila Abdul Manan. 2011. Doing gender in literature. In Our Lived Realities: Reading Gender in Malaysia edited by Cecilia Ng, Noraida Endut & Rashida Shuib, 65-79. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Supardy Muradi. 1984. Semiotik dan kajian perlambangan. Dewan Sastera. 14, 35-39. Dis. Supardy Muradi. 1985. Semiotik dan muzik. Dewan Sastera. 15, 25-34. Mac.

Supardy Muradi, eds. 1990. Teori-Teori Kesusasteraan daripada Perspektif Semiotik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teeuw, A. 1992. Membaca dan Menilai Karya Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Intan Marlina. 2014. Semiotik dalam Novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Umar Junus. 1981. Puisi yang mantera di Indonesia: Suatu interpretasi. Dewan Sastera. 11, Nov.

Van Zoest, A. 1990. Fiksi dan Non Fiksi dalam Kajian Semiotik. Terj. Manoekmi Sardjoe. Jakarta: Intermasa.

Yusafli. 2000. Kod sastera dalam puisi-puisi terpilih W.S. Rendra. Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Wong, S.K. 2011. Gender, Islam and the “Malay Nation” in Fatimah Busu’s Salam Maria. In Melayu: Politics, Poetics and Paradoxes of Malayness edited by Maznah Mohamad & Syed Muhd Khairudin Aljunied, 124-142. Singapura: Penerbit Universiti Nasional Singapura.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.