Transitiviti Dalam Bahasa Mendriq (Transitivity in Mendriq Language)

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Khairul Faiz Alimi

Abstract


Malaysia kaya dengan 19 bahasa Moribun yang dituturkan oleh kaum minoriti di Malaysia yang dikenali sebagai Orang Asli. Salah satu daripada bahasa Moribun yang diambang kepupusan ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa ini dituturkan oleh 245 orang di sekitar tiga buah kampung, iaitu di kampung Kuala Lah, kampung Baru dan kampung Kuala Stail.Kertas kerja ini akan menganalisis frasa kerja transitif dan tak transitif dalam bahasa Mendriq. Data primari bahasa Mendriq diperoleh melalui kajian lapangan yang telah dibiayai oleh dana penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047. Data yang dikutip untuk kajian ini melibatkan metodologi lapangan yang menggunakan teknik temu bual. Kerencaman data yang dikutip melalui kerja lapangan telah dibersihkan dan diasingkan dengan bantuan seorang penutur natif Mendriq yang bertindak sebagai penterjemah. Analisis ke atas frasa kerja melibatkan analisis deskriptif dan analisis teoritikal. Analisis deskriptif ke atas ayat mudah mendapati bahawa bahasa Mendriq mempunyai dua jenis frasa kerja, iaitu frasa kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif menandakan dua argumen, iaitu argumen dalam dan argumen luaran. Kata kerja tak transitif pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja tak akusatif dan kata kerja tak ergatif. Kata kerja tak transitif yang menandakan argumen luaran dikenali sebagai kata kerja tak ergatif, manakala kata kerja tak transitif yang hanya menandakan argumen dalaman dikenali sebagai kata kerja tak akusatif. Manakala analisis teoritikal menggunakan kerangka Minimalist menunjukkan bahawa pemyemakan fitur berlaku di sebelah kiri struktur sintaksis ayat mudah bahasa Mendriq.

Kata kunci: Bahasa Mendriq; program Minimalis; kerjaan; transitif; intransitif

 

ABSTRACT

Malaysia is rich with 19 moribund languages spoken by minority people in Malaysia, who are known as Orang Asli. One of these moribund languages that is on the verge of extinction is the Mendriq language. Mendriq is a language which is spoken by Orang Asli Mendriq in Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. It is spoken by 245 people in three villages namely kampung Kuala Lah, Kampung Baru and Kampung Kuala Stail. This paper analyzes transitive and intransitive verb phrases in Mendriq. Primary data of Mendriq is obtained through fieldwork that was funded by a research grant UKM-GUP-PLW-08-11-047. The data that was collected involved field work which utilized interview techniques. The composition of the data collected through the field work was sorted out with the help of a Mendriq translator. The analysis on the verb phrases involved descriptive and theoretical analyses. The descriptive analysis on its simple sentences indicates Mendriq has transitive and intransitive verbs. Transitive verbs indicate two arguments namely internal and external arguments. Intransitive verbs on the other hand, are divided into two types which are unaccusative and unergative verbs. Intransitive verb which implies external argument is known as an unergative verb, while intransitive verb that only indicates internal argument is known as an unaccusative verb. While, the theoretical analysis using the Minimalist framework displays that the features checking involves the left pheriphery of the syntactic structure in Mendriq simple sentences.

Keyword: Mendriq language; Minimalist program; verbs; transitive; intransitive


Full Text:

PDF

References


Aarts, F. & Aarts, J. 1982. English Syntactic Structures: Functions & Categories in Sentences Analysis. London: Pergamon Press Ltd.

Adger, D. 2003. Core Syntax: A Minimalist Approach. New York: Oxford University Press.

Arbak Othman. 1985. Belajar Tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar.1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf. 1998. Kata kerja dan frasa kerja dalam bahasa Melayu. Jurnal Bahasa 40(11): 964-977.

Bošković, Ž. & Lasnik, H. 2007. How strict is the cycle? Linguistic Inquiry 30: 691-703.

Chambers J.K. & Trudgill, P. 1990. Dialectology. Cambridge, Mass: MIT Press.

Chomsky, N. 1995. The Minimalist Program. Cambridge, Mass: MIT Press.

Chomsky, N. 2001. Derivation by phase. In Ken Hale: A life in language, edited by Micheal Kenstowwicz. 1-52. Cambridge, MA: MIT Press.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2010. Struktur kata kerja transitif + lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Linguistik 10: 36-47.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Khairul Faiz Alimi. 2013. The Verb Phrase of Mendriq. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities 21(S): 15-26.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Khairul Faiz Alimi. 2014. Analisis deskriptif terhadap struktur frasa kerja bahasa Mendriq. Jurnal Bahasa 14(2): 169-191.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Mohd Romzi Ramli. 2015. Kata ganti nama dalam bahasa Mendriq. GEMA Online® Journal of Language Studies 15(3): 67-82.

Harishon Radzi, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2012. Analisis bahasa komunikasi bangsa minoriti Negrito menerusi pengimbuhan dan peminjaman kata. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 13(3): 885-901.

Jabatan hal ehwal Orang Asli. 2006. http://www.jheoa.gov.my. Tarikh capaian: 5 Januari 2015.

Kamus Dewan Edisi 4. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Levin, B. & Malka, R-H. 1994. Unaccusativity: At the syntax-semantics interface. Cambridge, MA: MIT Press.

Md. Isa Hassan. 1993. Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu: Masalah Penggunaan Serta Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Fauzi Mohd Harun & Nor Aini Hj Idris. 2012. Kualiti hidup Orang Asli: Pengukuran melalui indeks. Akademika 82(1): 65-69.

Nathesan. S. 1995. Kata kerja transitif dan tak transitif dalam novel satu bicara. Jurnal Dewan Bahasa 39(5):426-435.

Nik Safiah Karim & Ton Ibrahim. 1977. Laporan penyelidikan bahasa di Ulu Tembeling. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Perlmutter, D. M. 1978. Impersonal passives and the unaccusative hypothesis. Working paper presented at the Fourth Annual Meeting of the Berkeley Linguistic Society, organized by Berkeley Linguistic Society, 18-28 February. California.

Yi-Ting Chen. 2008. A minimalist approach to Amis structure and complementation. Ph.D. Dissertation, Arizona State University.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.