PERSEPSI PELAJAR INSITUSI PENGAJIAN TINGGI TERHADAP AKTIVITI DEBAT BAHASA ARAB DALAM MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR

Muhammad Shukri Abdul Halim, Muhammad Taufiq Abdul Ghani

Abstract


Kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Arab merupakan aspek penting yang memberi impak besar kepada penguasaan bahasa. Aktivti debat bahasa Arab dijangka mampu memainkan peranan penting dalam membantu pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan aktiviti debat bahasa Arab dalam meningkatkan kemahiran bertutur. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 112 pelajar IPT yang terlibat dalam aktiviti debat bahasa Arab dan analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap aktiviti debat adalah positif, dengan nilai min keseluruhan 4.30. Aktiviti debat terbukti berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar secara menyeluruh melibatkan komunikasi, pemerolehan ilmu dan keyakinan diri. Walau bagaimanapun, variasi dalam tahap keselesaan pelajar untuk berbahasa Arab menunjukkan perlunya sokongan tambahan. Kajian ini menyimpulkan bahawa aktiviti debat bahasa Arab berkesan dalam meningkatkan kemahiran bertutur pelajar IPT dan mencadangkan penyelidikan lanjut serta bimbingan tambahan bagi meningkatkan keberkesanannya.


Keywords


Pembelajaran bahasa Arab; Debat bahasa Arab; Kemahiran bertutur; Pendidikan tinggi; Persepsi pelajar

Full Text:

PDF

References


Abdulhafid, K. A. S., Mustapha, N. F., & Ismail, M. Z. (2024). Improvement of Arabic speaking skills among non-Arabic students through role-play activities. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(1), 2299-2313. https://ijarped.com/index.php/journal/article/view/729

Gamkrelidze, N. (2022). How to promote the development of pupils’s oral speech. Language and Culture, (28). https://doi.org/10.52340/lac.2022.21

Kurniawati, E., Ni'mah, M., & Sofa, A. R. (2024). Tahlilul akhtha’fi maharoti al-kalam bi al-lughah al-Arabiyah lithullabi ma’hadi Siraju al-thalibin al-Islami. El-Tsaqafah: Jurnal Jurusan PBA, 23(1), 29-48. https://doi.org/10.20414/tsaqafah.v23i1.9788

Linh, P. T. D. (2024). The use of debate technique to develop students’speaking skills. Journal of Science Educational Science, 69(3), 71-82. https://doi.org/10.18173/2354-1075.2024-0048

Maryani, N., Syafei, I., & Kosim, A. (2024). Improving Arabic speaking proficiency (muhādatsah) using interactive-communicative instruction. Ta'lim al-'Arabiyyah: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab & Kebahasaaraban, 8(1), 18-33. https://doi.org/10.15575/jpba.v8i1.34894

Nisa, M., & Arifin, S. (2020). Bahasa Arab untuk tujuan khusus di Indonesia dan Malaysia: Tinjauan normatif dan empiris. Buletin Al-Turas, 26(1), 37-53. https://doi.org/10.15408/bat.v26i1.13303

Pourmehdi, M. (2021). Measurement reliability. Dalam J. C. Barnes & D. R. Forde (Eds.), The encyclopedia of research methods in criminology and criminal justice (Chap. 15). Wiley. https://doi.org/10.1002/9781119111931.ch15

Rizki Nugrahawan, A., Zuriyati, Z., & Iskandar, I. (2023). Bahasa Arab sebagai bahasa lintas zaman (systematic literature review). Riyahuna: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab, 3(1), 19–34. https://doi.org/10.22236/jpba/3113370

Ruiz-Olaya, A. F. (2022). Self-efficacy. Dalam S. Li, P. Hiver, & M. Papi (Eds.), The Routledge Handbook of Second Language Acquisition and Individual Differences (1st ed., pp. 207–219). Routledge. https://doi.org/10.4324/9781003270546?urlappend=%3Futm_source%3Dresearchgate.net%26utm_medium%3Darticle

Salmas, A. N. H., Bahruddin, U., & Syuhadak, S. (2024). Exploring language proficiency: Dynamics of acquiring Arabic speaking skills from Stephen Krashen's perspective at Islamic universities. AL-ISHLAH: Jurnal Pendidikan, 16(3), 4012-4023. https://doi.org/10.35445/alishlah.v16i3.5100


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright @ 2009 ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education