KESEDARAN DAN KELAKUAN PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP AKTIVITI PLAGIAT DALAM PENULISAN AKADEMIK

Wan Hanna Melini Wan Mohtar

Abstract


Abstrak

Makalah ini membincangkan  tahap kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah di universiti terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik.  Objektif kajian adalah  untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai plagiat, termasuk jenis-jenis plagiat yang biasa dilakukan oleh pelajar, tahap keseriusan dan kekerapan perlakuan setiap jenis plagiat. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mempunyai tiga bahagian. Responden kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah, dari tahun pertama hingga tahun akhir pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan, hampir 80% para pelajar prasiswazah mempunyai kesedaran dan mengetahui implikasi aktiviti plagiat, namun begitu mereka mengaku masih melakukan plagiat  dalam penulisan akademik.  Dapatan dominan menunjukkan empat jenis plagiat dalam takrif serius iaitu  pencurian, penyalinan kata demi kata, penulisan hantu dan plagiat lain, manakala aktiviti plagiat seperti parafrasa palsu, parafrasa gelap dan kitar semula dianggap tidak serius kerana mendapat maklum balas yang rendah daripada pelajar. Signifikan kajian ini ialah, dapat membantu  pihak universiti untuk mengadakan kursus-kursus penulisan akademik yang beretika supaya peratus plagiat dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku.


Full Text:

PDF

Refbacks



Index