PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN ATURAN KENDIRI KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU DI PUSAT ASASI UIAM (PRACTISE OF SELF REGULATED LEARNING STRATEGIES IN ARABIC SPEAKING SKILL: A STUDY ON MALAY STUDENTS AT CENTRE FOR FOUNDATION S

Mastura Arshad

Abstract


Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan.Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM, majoriti pelajar  tidak berjaya melepasi tahap 6 (band 6)  dalam Ujian maharat al-kalam (kemahiran bertutur). Prestasi sebegini mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri secara efektif. Oleh itu, kajian ini meninjau penggunaan dan pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan median, frekuensi,peratus, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang memperoleh penggunaan tertinggi merupakan strategi-strategi kendiri bersifat keagamaan (metafizik),manakala strategi kendiri yang memperoleh penggunaan terendah pula merupakan strategi kendiri yang melibatkan aktiviti komunikasi bahasa Arab secara aktif. Selain itu, kajian ini juga mendapati lebih daripada 50% pelajar tidak mengetahui strategi-strategi pembelajaran aturan kendiri.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index