TAHAP PEMBACAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI UiTM TERENGGANU

Azman Che Mat

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana kemampuan pelajar UiTM Terengganu membaca al-Quran. Maklumat kajian diperoleh melalui dua cara, iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Melalui kaedah kuantitatif, maklumat diperoleh melalui sampel soal selidik daripada 500 orang pelajar diploma tahun akhir, dan kaedah kualitatif dilakukan melalui temu bual soalan berangka dengan 6 orang pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan program windows SPSS versi 12.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kemampuan para pelajar adalah sederhana dalam aspek asas pembacaan al-Quran dan dalam aspek-aspek tertentu masih ramai pelajar agak lemah seperti dalam menguasai pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, pengetahuan hukum tajwid dan pembacaan secara bertajwid. Kajian menunjukkan juga bahawa wujudnya perbezaan penguasaan membaca al-Quran mengikut pemboleh ubah jantina, sekolah asal pengajian, bidang pengajian dan pencapaian mata pelajaran Agama Islam pada peringkat SPM.


KataKunci: kemampuan, membaca al-Quran, pelajar UiTM


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index