KAJIAN KERELEVENAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Alias Mat Saad

Abstract


Membangunkan sesebuah kurikulum bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat diperlukan supaya matlamat akhir kurikulum selari dengan citra negara. Justeru, kertas ini memerihalkan kajian kerelevenan objektif Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Reka bentuk yang sesuai dengan objektif kajian ini ialah analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis ialah dokumen Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dan dokumen Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebanyak 108 item yang terdapat kerelevanan antara Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk tujuan keesahan dan kebolehpercayaan, pekali persetujuan Kappa digunakan untuk menilai persetujuan dalam kalangan pakar. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya kerelevenan antara item-item objektif Pendidikan Islam Politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik tidak tersimpang dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun beberapa cadangan dibincangkan dalam artikel ini hasil dari dapatan kajian untuk memastikan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik memenuhi tuntutan semasa.


Katakunci: falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum dan pendidikan islam.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index