KERANGKA PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL BELAJAR CARA BELAJAR BAHASA MELAYU PELAJAR ASING INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Fa’izah Abd.Manan

Abstract


Demi memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan sistem pendidikan BM di IPT, satu reformasi atau perubahan dalam sistem pendidikan BM di IPT telah dilakukan. Bahasa Melayu yang dahulunya hanya diajarkan dan dipelajari oleh pelajar warganegara tempatan, telah diperkenalkan kepada pelajar asing sebagai satu mata pelajaran wajib. Pelbagai isu telah dibangkitkan. Antara isu yang sering dibincangkan ialah kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di IPT menghadapi masalah dan lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat. Kelemahan ini secara langsung menjejaskan kelancaran pengajian dan pencapaian akademik mereka secara keseluruhannya. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pembentukan kerangka pembangunan dan penilaian Modul Belajar-Cara-Belajar Bahasa Melayu (Modul BCB BM PA) di IPT Malaysia. Kerangka ini dibina berdasarkan langkah-langkah reka bentuk instruksi yang diubah suai daripada Model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa utama, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Secara keseluruhan, kerangka ini memperjelaskan mengenai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membangun dan menilai Modul BCB BM PA yang bertujuan untuk meningkatkan strategi atau teknik belajar BM dalam kalangan pelajar asing di IPT di Malaysia dalam lima kemahiran berbahasa Melayu, iaitu mendengar, membaca, bertutur, menulis dan kosa kata.


Kata kunci: bahasa Melayu, strategi pembelajaran bahasa, pengajaran strategi
pembelajaran bahasa, latihan pengajaran strategi pembelajaran bahasa, belajar-cara-belajar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index