KEBIMBANGAN UJIAN DAN MOTIVASI DALAM KALANGAN PELAJAR KURSUS BAHASA ARAB DALAM KONTEKS KEMAHIRAN LISAN

Ghazali Yusri

Abstract


Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan melihat aspek kebimbangan ujian, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di UiTM, Shah Alam Malaysia dalam konteks kemahiran lisan. Objektif kajian ialah untuk melihat (1) tahap kebimbangan ujian, motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dan (2) tahap korelasi antara kebimbangan ujian, motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling) digunakan dan melibatkan seramai 279 orang sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa (1) tahap kebimbangan ujian semua pelajar adalah sederhana manakala motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar berada pada tahap tinggi. (2) Motivasi ekstrinsik didapati mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan motivasi intrinsik namun kekuatan perkaitan itu adalah sederhana. Tiada perkaitan yang signifikan didapati antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan kebimbangan ujian pelajar. Kajian ini mencadangkan langkah-langkah mengatasi kebimbangan ujian dan mengekalkan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.


Kata kunci: kebimbangan ujian, motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik, kemahiran lisan
bahasa Arab, pembelajaran kendiri


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index