KAJIAN KES KEATAS KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK ’JIGSAW’ DALAM KURSUS ISYARAT DAN SISTEM

Hafizah Hussain

Abstract


Kaedah pembelajaran koperatif (KOOP) berpusatkan pelajar merupakan suatu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil berbanding kaedah pembelajaran kompetitif (KOMP) atau secara individu dan berpusatkan pensyarah. Teknik Jigsaw yang merupakan subset pembelajaran KOOP telah menunjukkan keupayaan memupuk kemahiran interaksi berkumpulan, berfikiran kritis serta sifat positif, selaras dengan paradigma masa kini yang berlandas keperluan hasil pembelajaran. Dalam kajian ini ia digunakan dalam proses mengulangkaji topik yang telah diajar di bilik kuliah. Sehubungan dengan itu, kertaskerja ini membincangkan kedua-dua metodologi pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam kelas kursus isyarat dan sistem (KL2093) di Fakulti Kejuruteraan, UKM dan mengupas keberkesanannya secara kuantitatif dan kualitatif. Ia juga membandingkan struktur pembelajaran kooperatif dan kompetitif menggunakan rekabentuk kuasi-ujikaji. Analisis kuantitatif dilakukan ke atas dua set data markah peperiksaan pelajar untuk melihat kesan ke atas pencapaian akademik manakala analisis kualitatif dilakukan secara analisis sebab-akibat (cause-effect) untuk mengkaji kesannya terhadap sikap pelajar. Pemerhatian dan analisis awal menunjukkan teknik jigsaw yang berpusatkan pelajar memberikan kesan yang lebih positif berbanding kaedah tradisional pembelajaran KOMP berpusat pensyarah.
Kata kunci: pembelajaran koperatif, teknik jigsaw, pembelajaran kompetitif,
pembelajaran berpusatkan pelajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index