PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ALUMNI

Shahrir Abdullah

Abstract


Konsep pengajaran Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) mula diamalkan di Fakulti Kejuruteraan UKM bermula tahun 2005. Melalui pendekatan ini, setiap  program perlu  menggubal objektif pendidikan program dan hasil program setelah mengambil kira input daripada pihak berkepentingan seperti kerajaan, majikan, dan alumni. Justeru, kertas kerja ini membentangkan kaedah  yang digunakan untuk mengukur persepsi kepentingan serta pencapaian penyataan-penyataan objektif pendidikan program (PEO) dan hasil program (PO) bagi program-program kejuruteraan yang ditawarkan. Dalam kaedah ini, setiap penyataan dikenal pasti ciri-ciri yang membentuknya dan dinilai mengikut skala Likert 1-5. Kaji selidik ini dihantar kepada industri dan alumni yang ada dalam pangkalan data Latihan Industri dan Alumni Fakulti Kejuruteraan. Soalan yang ditanya berkisar kepada aras signifikan penyataan tersebut atau pencapaian para graduan dan alumni. Keputusan kaji selidik ini mendapati ada beberapa komponen dalam penyataan-penyataan PEO dan PO sedia ada tidak dipersetujui oleh kebanyakan pihak berkepentingan manakala ada komponen lain dalam penyataan yang sama masih boleh diterima. Ini membolehkan penyataan berkenaan boleh diperbaiki supaya dipersetujui oleh pihak berkepentingan.

Kata kunci:        Pendidikan berasaskan hasil (OBE); objektif pendidikan program (PEO), hasil program(PO)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index