CORAK PENCAPAIAN PELAJAR KUMPULAN PERTA M ASISTEM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Azami Zaharim

Abstract


Selaras dengan keperluan Lembaga Jurutera Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pada sesi akademik 2005/2006, Fakulti Kejuruteraan UKM telah mula melaksanakan pendekatan kurikulum pengajian prasiswazahnya kepada Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) yang melibatkan perubahan pendekatan pengajaran serta silibus beberapa kursus tahun pertama dan kedua. Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan di peringkat fakulti bertujuan memantau secara berterusan perjalanan dan keberkesanan usaha ini. Kertas kerja ini menerangkan salah satu hasil kajian yang dijalankan, iaitu mengenai corak pencapaian PNGS pelajar yang telah mengikuti kurikulum baru ini selama empat semester. Kajian ini melibatkan 391 pelajar tahun 2 sesi akademik 2006/2007. Pelajar dibahagikan berdasarkan jabatan, jantina dan PNGK kemasukan yang terbahagi kepada Pelajar dibahagi kepada 1)lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran, 2)lepasan STPM, 3)lepasan Kes Khas Sains, dan 4)lepasan Kes Khas. Antara hasil kajian yang menarik ialah pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik dari pelajar lelaki untuk 2 tahun pertama pengajian.

Kata kunci: Pendidikan Berasaskan Hasil; corak pencapaian; pendekatan kurikulum 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index