PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA DI NEGERI SARAWAK

Zamri Mahamod

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang belajar di negeri Sarawak tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar di IPTS yang dikaji. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pendekatan pengajaran, perkaedahan pengajaran, sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 218 orang pelajar tempatan yang terdiri daripada pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang sedang mengikuti kursus Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Statistik inferensi digunakan untuk melihat perbezaan min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signiÞkan dari segi min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera  terhadap pendekatan pengajaran, sukatan pelajaran dan bahan pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signiÞkan dari segi min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap perkaedahan pengajaran dan penilaian pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index