Hubungan antara Firma Audit Pakar Industri dan Pendedahan Urusniaga Pihak Berkaitan di kalangan Syarikat Tersenarai di Malaysia

Nur Hidayah Waad, Hamezah Md. Nor, Mohd Mohid Rahmat, Harlina Mohamed On

Abstract


Kajian ini mengkaji hubungan antara firma audit pakar industri (FAPI) dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan (UPB) yang mana bukti empirikal hubungan antara keduanya masih kurang. UPB merupakan uruniaga yang sukar diaudit dan oleh itu juruaudit yang mempunyai kepakaran industri diandaikan dapat mengesan dan meningkatkan pendedahan UPB. Sejumlah 646 buah syarikat tersenarai di Malaysia yang melibatkan sebanyak 3,230 pemerhatian dari tahun 2014 sehingga 2018 digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini. FAPI diukur menggunakan nilai ambang penguasaan pasaran yang berbeza iaitu FAPI 10% dan FAPI 20% untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap (robust). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk kutipan data UPB. Berdasarkan ujian regresi, hasil kajian mendapati hubungan antara FAPI dan UPB adalah bergantung pada nilai ambang FAPI. Secara khususnya kajian ini mendapati nilai ambang penguasaan pasaran yang lebih tinggi (FAPI 20%) berhubungan secara positif dengan pendedahan UPB. Hasil kajian ini dapat memberi bukti tambahan bahawa firma audit yang mempunyai kepakaran industri yang tinggi dapat memberikan perkhidmatan audit yang lebih berkualiti menerusi peningkatan pendedahan UPB berbanding firma audit bukan pakar. Badan pengamal dan pengawalselia perakaunan boleh mempertimbangakan ciri kepakaran industri dalam mengawal selia syarikat-syarikat yang terbabit dalam mana-mana kontrak yang melibatkan pihak-pihak berkaitan.

Kata kunci: Firma audit pakar; kualiti audit; nilai ambang; pengkhususan industri; urusniaga pihak berkaitan


Keywords


Firma audit pakar; Kualiti audit; Nilai ambang; Pengkhususan industri; Urusniaga pihak berkaitan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060