Hubungan antara Sistem Pengukuran Prestasi Strategik, Kapasiti Penyerapan dan Ketangkasan Organisasi Berdasarkan Perspektif Keupayaan Dinamik

Khairul Naziya Kasim, Sofiah Md Auzair, Amizawati Mohd Amir, Nor Liza Abdullah

Abstract


ABSTRAK

Salah satu elemen penting di dalam Revolusi Perindustrian ke-empat (Industri 4.0) ialah pembangunan ketangkasan organisasi, iaitu keupayaan firma untuk mengenalpasti dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan. Namun, peranan perakaunan pengurusan, terutama sistem pengukuran prestasi strategik (SPPS) ke atas pembangunan keupayaan ini masih kurang jelas dan belum konklusif. Perspektif Keupayaan Dinamik (DCV) didapati menyediakan premis kerangkakerja teoritikal asas dalam menerangkan peranan yang boleh dibentuk ke atas SPPS bagi menyokong pembangunan ketangkasan organisasi. Menurut Perspektif ini, terdapat tiga jenis keupayaan dinamik yang perlu dibangunkan secara berterusan oleh firma yang diterjemahkan dalam kajian ini sebagai keupayaan SPPS, kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi. Kajian ini mengkaji hubungan langsung dan hubungan tidak langsung di antara ketiga-tiga keupayaan dinamik. Maklumbalas soal selidik daripada 159 firma perkilangan bersaiz besar dan sederhana dianalisis menggunakan kaedah Partial Least Square. Analisis menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara SPPS dan kapasiti penyerapan serta kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi. Hubungan antara keupayaan SPPS dan ketangkasan organisasi pula didapati berbentuk hubungan pengantara penuh melalui kapasiti penyerapan sebagai faktor pengantara, menunjukkan bahawa peranan keupayaan SPPS ke atas ketangkasan organisasi adalah tidak langsung. Penemuan ini menandakan bahawa SPPS yang dibangunkan akan hanya memberi kesan ke atas ketangkasan organisasi sekiranya SPPS tersebut berupaya meningkatkan keupayaan pembelajaran firma dalam memperoleh pengetahuan baharu sehingga mengeksploitasi pengetahuan tersebut melalui maklumat yang tersedia dalam sistem itu sendiri. Suntikan peranan baharu SPPS sebagai keupayaan integrasi turut dijangka dapat menyediakan sudut pandangan baharu berkenaan peranan SPPS yang boleh diteroka oleh penyelidik dan pengamal industri dalam mengenalpasti elemen dan ciri SPPS yang perlu diberi keutamaan, khususnya dalam pembangunan keupayaan dinamik bagi memastikan firma kekal berdaya saing dalam persekitaran Industri 4.0.

Kata kunci: Sistem pengukuran prestasi strategik; perspektif keupayaan dinamik; kapasiti penyerapan; ketangkasan organisasi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060